6 Tips Menukar Matawang Di Penggurup Wang Berlesen



6 Tips Menukar Matawang Di Penggurup Wang Berlesen | Assalamualaikum. Terdetik hati nak bercerita bab banknotes ini setelah ada pelancong yang tertipu apabila menukar wang di penggurup wang berlesen.


Jujurnya aku pun tak pernah check online banknotes yang valid sebelum ke mana-mana. Main percaya gitu je dengan apa yang diserahkan oleh money changer. Setakat ini belum ada masalah tetapi selepas ni perlu lebih berhati-hati terutama apabila ke tempat yang pertama kali pergi.

Pengalaman sendiri, ketika pertama kali ke Indonesia (Bandung) beberapa tahun dulu. Aku pergi seorang naik flight malam. Sebenarnya bukan nak pergi seorang tapi ketua kumpulan Mak Jemah tu salah bagi date jadi mereka pergi lewat dua hari. Memula frust jugalah tetapi pengalaman berjalan solo di London dulu membuatkan confident level tu tinggi sket gituh. Rasa frust tu terus hilang bila group yang sampai tu hanya melawat tempat shopping. Bosan giler hahah... nasib baik aku dah 'tawaf' Bandung dua hari. 

My husband bagi duit baki semasa dia ke Jakarta BANYAK tahun sebelum tu. Aku pun okaylah terima je sebab duit tu masih sangat bagus kondisinya. Bolehlah buat tambah duit belanja, konon. Kisahnya, bila teksi hantar ke hotel kita pun bayarlah dalam cahaya samar tu. Teksi pun jalan. Bila nak bayar deposit hotel, receptionist tu kata, "ini wang lama mbak... ga bisa digunakan lagi". Adoi la laki den... kesian pakcik teksi tu. Mujur aku ada tukar duit lain sebelum ke sana.

Ada juga ketikanya terbagi duit syiling China di Thailand sebab tak keluarkan selepas trip terdahulu. Kita ni bukan sahaja ada beg travel tau purse travel pun ada. Biasa ler pompuan kan? hahhah..


Tips sewaktu menukar matawang di penggurup wang berlesen:
1) Pastikan matawang yang sebenar dan sah lakunya. 
Nak pergi ke Thailand jangan tukar duit Cambodia walaupun 'cangkuknya' macam sama.

2) Semak dahulu matawang apa yang banyak digunakan di sesebuah negara. 
Contohnya Cambodia (Kemboja). Walaupun mereka ada matawang sendiri, Riel, USD juga banyak beredar di pasaran. Nilai Riel kecil jadi kita akan dapat banyak duit dan 'menjadi jutawan'. Memang lebih mudah menggunakan USD tetapi ia membuatkan barangan yang dibeli secara runcit lebih mahal. Pegawai imigresen Cambodia kat Poipet (sempadan Cambodia-Thailand) yang paw aku dulu pun nak duit Thailand. Kemain tak nak duit dia sendiri.

2) Pastikan wang kertas tidak koyak dan bagus kondisinya.
Janganlah terima duit yang lembik melepek.

3) Cuba dapatkan small denominations. 
Senang nak beli air ke... bayar teksi ke... kalau boleh nak bayar cukup cukup je naik teksi tu. Tak naklah baru sampai dah kena tipu dengan driver teksi kan?

4) Kira bebetul sebelum beredar. 
Kalau dia kira duit tu guna counting machine kemudian terus ke tangan kita tak mengapalah tapi jika dikira dengan tangan, pandang dengan teliti. Pernah tengok video penipuan money changer di Bali yang heboh dulu tak? Sangat licik ok.

5) Sila simpan resit. 
Adalah merupakan satu kesalahan jika pihak penggurup wang tidak mengeluarkan resit.

6) Jika mahu menggunakan wang tunai keseluruhannya, tukarlah di Malaysia siap siap. 
... kecuali di bandar-bandar tertentu yang sentiasa dikunjungi warga Malaysia. Ada negara yang tidak menerima tukaran wang Malaysia. Ada juga negara yang berpuluh tahun menerima MYR menghentikan sementara dalam keadaan nilai ringgit yang terus jatuh ni 😠

7) Aktifkan "penggunaan di luar negara" di akaun bank masing-masing termasuk kad kredit. Tukar status di ATM je (bagi akaun biasa).
Maybank dan CIMB ada cawangan di negara ASEAN. Bila rasa purse dah kempis bolehlah mintak nyawa... hahahhah.... sedih betul bila teringat duit di tangan habis kat Siem Reap dulu. Termangu kejap sebab salah congak. Penting ni tau terutamanya jika anda- puan-puan - melancong ke Jakarta, Bandung, Bangkok, Ho Chi Minh, Guangzhou dan Shanghai. Takde siapa akan pinjamkan duit sebab semua shopping sakan heheh... Kliklah link tu kalau malas nak search.

Contoh 
Wang kertas Jepun. Lebarnya sama tetapi panjang berbeza mengikut denominasi.

Nilai : 10,000 yen
Saiz:76×160mm
Tarikh mula dikeluarkan:1 Nov, 2004


10,000 yen front
Depan: Meiji period educator Yukichi Fukuzawa

10,000 yen back
Belakang: Phoenix from Byodoin temple. Sumber Bank of Japan.

Eh, TUJUH tips lah.

Post a Comment

1 Comments

  1. pernah ada penglaaman tak terima RM waktu kat Colombo tempoh hari. aduh. pedih rasa time tu, nasib la ada bawak lebihan USD. kalau tak memang masak saya waktu tu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.