Mencipta Kenangan Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Mencipta Kenangan Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala | Bismillah... dua minggu juga tak update blog, type-save-type-save-type-save... repeating the same actions. Entah apa yang aku sibukkan pun tak tahulah. Oleh kerana ada tempat baru yang kami sekeluarga (err...with Set B boys) pergi Ahad lalu jadi aku update segera sebelum hilang keterujaannya.


Tujuan ke Semenyih sebenarnya memenuhi undangan kenduri di rumah adik ipar. Keluarga sendiri kan, takkan tak pergi pulak sedangkan aku takde apa apa urusan tapi lewat sampai sebab husband tak sabar nak test mesin rumput baru dia 😃.  Selesai di sana takkan nak terus balik kot? Bukan akulah tu kalau makan sepinggan terus balik... bayar tol oih nak sampai sana.

Kami mak paknya dah plan nak bawa The Boys mandi-manda sebab cuti Deepavali lima hari minggu lepas tak kemana-mana pun. Bebudak tu memanglah active as always, keluar pukul 8 balik 12 tengahari, keluar lagi 5 petang balik pukul 7. Aku je lah yang mereput kat rumah berebut tv dengan anak dara yang tak sesudah menghadap drama Korea 😔. Anak-anak-anak excited sangat bila aku kata, kita nak pergi mandi di air terjun! Seluar, baju, swimming trunk semua mak dah packing sesenyap.

Maka teruslah kami ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang jauhnya hanya 13km dari pekan Semenyih dan 43km dari bandaraya Kuala Lumpur. Dokek yo.... Ia berada dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, sebahagian daripada hutan negeri yang juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. This is a lowland dipterocarp forest.

Sebelum sampai nanti kita akan menempuhi tiga buah kuburan moden. Yang terakhir tu aku terbaca, "Sales Gallery/Office", aku ingatkan projek perumahan tapi rupanya 'rumah terakhir' huhuu... Makcik aku kata dia kalau lalu memana kubur Cina dia mesti akan ingat kat aku sebab tahun 90an dulu aku pernah cakap pada dia aku nak buat bisnes kubur Cina 😁😁😁... untung worr... nampak tak betapa out of the box thinking nya aku? hahaha... 

Eh, dah sampai.


Di sebelah tempat parkir kenderaan tu ada tandas dan surau. Suka surau tu, ringkas je. Di sebelah lagi ada 30 tapak perkhemahan yang mampu memuatkan seramai 150 orang dalam satu satu masa. Bolehlah uols bawa anak murid/keluarga camping di sini nanti. Ada juga papan peringatan agar pengunjung berhati-hati dengan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) - sebenarnya kencing binatang, bukan tikus je seperti yang ramai daripada kita faham. Sila elakkan daripada mencuci bekas makanan dan kaki di air yang yang bertakung.

Ada monyet haa.... jaga jaga barang uols.

Eh, ada monyetlah! Selepas membayar tiket masuk kami pun terus menuju ke puncak. Kata nak mandi air terjun khennn... Tercari-cari jugalah tempat yang agak selesa untuk menghampar alas punggung. Aku yang pakai long skirt sempit rasa alamakkk... payahnyalah nak duduk sesuka hati. Dalam perjalanan ke atas tu aku perasan ramainya Filipino. Mereka lebih beruntung daripada yang lelain sebab hari Ahad dapat cuti. Giler ah kerja terus-terusan tak dibagi cuti. Aku yang jadi "mem" besar kat rumah ni pun nak cuti empat hari sebulan.




Air terjun ni best, banyak tempat yang kita boleh mandi. Ada natural rock pool yang membuatkan bebudak seronok mandi. Aku jadi pemerhati je sambil mengisi perut (lagi). Husband ai kata di tempat paling tinggi takde tempat yang agak luas untuk bentang tikar.

Pukul 3.30 kami mula beredar dari situ bila langit semakin gelap. Sewaktu di bawah aku nampak ada pengunjung yang baru sampai. Hhmm.... terfikir juga kan sekarang pepetang hujan, kenapa datang petang eh? Kesian anak-anak dia mengharap je nak mandi. Jangan memain dengan kepala air, jenuh Bomba nak cari kang. Kami masuk je dalam kereta hujan pun mula rintik.


Hutan Rekreasi Sungai Tekala ni menarik sebab:
1) tak jauh dari KL/Seremban
2) air terjunnya bertingkatnya tak tinggi sangat, sesuai untuk keluarga
3) ramai boleh berkelah serentak
4) nak camping pun boleh

Yang kurang menariknya cuma... ada pondok rehat yang sudah pecah atapnya dan bilik persalinan yang teruk, selain ada yang tak berpintu ia juga berdaki 😞. Kalau baju dalam kau jatuh erghhh... geli nak pakai oih! hahah... Aku nampak seorang bapa prihatin ni angkut air sebaldi dan siram bilik persalinan tu sebelum digunakan. Hmm...pancut dengan Harpic atau Mr Muscle dan tenyeh seminggu sekali bersihlah tu. Weekend je ramai orang datang.

Kami bercadang nak datang lagi tapi nak panjat Bukit Broga sekali. Bolehlah berendam dan test bilik air baru tu nanti.


Tiket masuk:
Dewasa RM2
Kanak-kanak RM1


Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah
Km 11 (Batu 7), Jalan Cheras,
43200 Cheras, Kajang
Selangor
Tel: 603-9075 2885
Faks: 603-9075 6022
Koordinat:WGS 84 : N3.0715° , E 101.8763°

Halal Tourism in Taiwan | Jom tengok Taiwan Halal Showcase di Taiwan Expo 2018!

Tags

Halal Tourism in Taiwan | Jom tengok Taiwan Halal Showcase di Taiwan Expo 2018! Taiwan Expo kembali lagi pada 25 Oktober. Taiwan Excellence - akan mempamerkan produk Taiwan yang terbaik, dengan reka bentuk inovatif, serta kualiti hebat. 

Taiwan has made significant inroads in developing its halal market and has earned the 5th position in Mastercard’s latest Global Muslim Travel Index (GMTI) under the Non-OIC Destination category. This honour comes on the back of the massive efforts made to promote Muslim friendly tourism which led to a booming market of more than 170 halal certified restaurants and hoteliers across Taiwan. 

Tak risau dah mana nak cari makanan halal bila ke Taiwan.




Pengalaman 92 Teknologi Pintar dengan Taiwan Excellence
Taiwan Excellence Pavilion, yang mewakili ekstrak jenama Taiwan, akan ditonjolkan di TAIWAN EXPO 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 25 hingga 27 Oktober 2018. 200 syarikat Taiwan dengan jumlah 250 gerai dalam pameran 3 hari ini. Sebagai kemuncak tema Ekspo, Pavilion Taiwan Excellence merupakan pameran istimewa bagi inovasi paling mencecah dengan masa depan melalui 92 produk pameran.

Keseluruhan pameran di Pavilion Taiwan kali ini akan menampilkan bidang kehidupan pintar, Industri 4.0 dan E-sukan merangkumi peneraju industri terkemuka seperti seperti Advantech - Pakej Sedia Solusi Pengurusan Fleet, Techman Robot untuk mempamerkan keupayaan pengiktirafan visual yang canggih. Expo tahun ini dijangka akan membawa lebih banyak peluang kerjasama ekonomi antara pengusaha-pengusaha Taiwan dan Malaysia. 

Logo Taiwan Excellence telah menjadi tanda kualiti terunggul untuk produk inovasi Taiwan sejak tahun 1993. Selama 26 tahun yang lalu, Taiwan Excellence telah membina reputasi yang kukuh dengan proses pemilihan yang tinggi berdasarkan tahap R & D, reka bentuk, kualiti produk dan pemasaran. 

Produk-produk anugerah Taiwan Excellence yang memiliki kualiti dan tahap teknik serta inovasi yang unggul pasti dapat memenuhi permintaan pasaran Malaysia yang semakin agresif dalam pentadbiran bandar pintar dan perlaksanaan polisi perindustrian automasi. 

Sementara itu, pasaran e-sukan yang berkembang dengan pesat kebelakangan ini turut menjadi sasaran Taiwan Excellence yang buat julung kalinya, berganding bahu dengan ACER, ASUS, MSI dan Gigabyte serta lain-lain jenama e-sukan yang termuka menganjurkan kejohanan E-sukan ‘Antara Kolej Taiwan Excellence’ di sepuluh kolej dan universiti. 

Selain daripada pameran produk-produk realiti maya interaktif di Taiwan Expo yang berlangsung pada 25–27 Oktober, Taiwan Excellence juga akan mengadakan pertandingan akhir e-sukan di Sunway Pyramid Ice pada 26–28 Oktober di mana peserta-peserta berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM130,000.00. Penganjuran aktiviti tersebut juga diharapkan dapat memeriahkan lagi acara tersebut dan dalam masa yang sama dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung. 


Tentang Taiwan Excellence 
Simbol Taiwan Excellence mengiktiraf produk yang Taiwan yang paling inovatif dan memberikan nilai yang hebat kepada pengguna-pengguna di seluruh dunia. Semua produk yang membawa simbol ini telah dipilih untuk Anugerah Kecemerlangan Taiwan berdasarkan kecemerlangan mereka dalam reka bentuk, kualiti, pemasaran, penyelidikan dan pengilangan Taiwan. Dimulakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MOEA), R.O.C. pada tahun 1992, simbol Taiwan Excellence diiktiraf oleh 100 negara. 

Kini logo Taiwan Excellence telah didaftarkan di 102 negara. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.taiwanexcellence.org/my atau laman Facebook taiwanexcellence.MY 





Kuala Lumpur Photography Festival kembali lagi!

Kuala Lumpur Photography Festival kembali lagi! Well well well... photography enthusiasts out there, anda semua dijemput untuk ke KLPF 2018 dari 26-28 Oktober ini di Mid Valley.

Edisi kali ini akan menampilkan lebih banyak gambar menarik, 7 bengkel fotografi dan lebih 70 sesi talks and forums, 4 pameran utama dan 5 contests for pelawat. Penceramah pun best belaka. See you there!

For more info kindly go to www.klpf.com.my



Giveaway | 35% Off on Sunway Lagoon tickets!

Tags

Giveaway | 35% Off on Sunway Lagoon tickets! Tadi kemas almari dan ternampak beberapa keping baucer yang dapat beberapa bulan lepas. Sayangnya banyak juga yang expired. Memang sebelum ni ada plan nak buat giveaway tapi terlupaaaaa.... sebab boh dalam envelope pastu simpan dalam almari baju hahaha...


Okaylah tak nak cerita banyak, ni ada dua tiket diskaun 35% ke Sunway Lagoon. Syaratnya kegunaannya begini:

1. Diskaun pada kadar yang dipamerkan.
2.Kena bawa voucher ni di kaunter tiket Sunway Lagoon.
3. Maksima boleh beli 4 tiket dengan baucer ni.
4. Hanya sah laku pada hari tiket dibeli.
5. Tiada pemulangan, penukaran untuk tunai dan tidak terpakai untuk tawaran/promosi sedia ada.
6. Kanak-kanak dikategorikan yang berketinggian diatas 90cm dan berumur kurang daripada 12 tahun. Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
7. Promosi ini tidak sah pada cuti umum Malaysia (termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan ketika cuti persekolahan Malaysia. 
8. Tiket untuk kemasukan ke semua park, semua mainan, tarikan dan aktiviti. Tidak terpakai untuk pay-per-ride activities: Bungy Jump, G-Force X dan Go Kart.
9. Sunway Lagoon berhak untuk menolak, meminda, memadam atau menambah syarat dan peraturan  atau menarik balik promosi ini bila bila masa.
10. Tempoh sah laku: sehingga 31 Disember 2018


Berbaloi tak? Sure lah kan... boleh tahan harga normal tiket (boleh lihat di sini). Kalau tak nak pergi pun boleh hadiahkan kepada adik-beradik atau kengkawan. Boleh berjimba sebelum cuti sekolah hujung tahun ni.


To win these giveaway voucher senang je... nak minta uols LIKE dan FOLLOW dua page ni dan komen done/sudah/selesai dalam ruang komen di bawah blogpost ini. 


Tawaran ini sehingga hari Sabtu 27 Oktober 2018 jam 23.59. Nanti chek pilih secara random guna random.org . Result kita bagi tau next week ya (and the result is final). Thank you.



Hotel Review | Resort di tengah kota kuno, Aureum Palace Hotel & Resort, Bagan

Hotel Review | Resort di tengah kota kuno, Aureum Palace Hotel & Resort, Bagan | Sehari dua ni orang tengah heboh dengan bilik underwater Neelofa di Maldives. Memang unik sepadan dengan harganya, hanya untuk yang "ada ada". Kita yang tak have have ni mampu tengok je lah hehee... but don't worry, jika mahukan resort yang selesa di tempat yang menarik pemandangannya di tempat lain pun ada.


Pernah cuba mencari lokasi belon udara panas di Asia tak? Bandar lama Bagan di Myanmar ialah salah satu lokasinya dan di tengah kawasan bersejarah itulah ai menginap menikmati keindahan bangunan ciptaan manusia zaman kuno.


Nampak tak pagoda/stupa yang berwarna coklat kemerahan di belakang tu? Beribu you... Sumber Aureum Palace.

Resort Di Dalam Bagan Archaeological Preservation Zone
Di zaman dahulu kala, orang Burma (kini Myanmar) percaya bahawa kerajaan Bagan ialah jambatan antara dunia dan syurga. Mungkin disebabkan itulah begitu banyak sekali stupa dan pagoda dibina di kota lama ini.

Aureum Palace Hotel & Resort berada dalam kawasan seluas 27 hektar di kota lama Bagan. Jejak je kaki ke resort ini kita dapat rasakan macam balik ke zaman dahulu, bukan sebab resort tu teruk tapi pemandangannya yang tiada di tempat lain. Kedudukannya di tengah beribu pagoda dan  stupa yang berusia ratusan tahun dengan warna asli, reka bentuk lama. Jika uols minat history and architecture Bagan ini salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi. Beautiful. Asyikkkk...

Bilik aku Orchid Villa- Garden View seluas 90 meter persegi. Luas dah tu untuk dua orang tapi ada lima jenis bilik/villa lagi untuk dipilih. Owh mereka ada bagi complimentary chocolate and fruits too. Balkoninya walaupun menghadap ke bilik villa depan tapi masih ada privacy, bilik mandinya pula lengkap dengan bath tub, tandas berasingan dan ada ruang bersiap. Weighing scale pun ada jadi aku dok timbanglah sebelum dan selepas heheh... Ruang tandasnya diperbuat daripada bahan kayu, luas.


Photo of this room

Sumber Aureum Palace

Gallery image of this property
Sumber booking.com


Nyaman betul berehat di balkoni sambil minum petang. Sunyi dan damai. Ada juga yang sengaja baring atas rumput pepagi sambil melihat belon panas terbang kat atas nun. Mat saleh sukalah part berjemur ni terutama time musim sejuk tu. Elok ke sini selain bulan Jun hingga September, panaih oih. Kekurangan villa ini di mata aku ialah lampunya yang malap, ai is tak berapa suka.

Bila petang ramai pakat berkumpul di swimming pool untuk melihat matahari terbenam. Kolam renangnya luas jugalah dan bagusnya boleh nampak reflections di permukaan air. Cantik! Memalam ada je having their romantic dinner by the pool. Dari depan viewing tower tu boleh nampak stupa yang dipasang lampu. Pemandangannya macam...erm.. macam mana eh nak cakap? Stunning kot the best word.





Aureum Palace Hotel & Resort dilengkap dengan fasiliti lima bintang dibawah pengurusan Htoo Hospitality. Resort ini dilengkapi dengan segala yang patut ada termasuk kolam renang, gimnasium dan menara dimana kita dapat melihat 360 kawasan arkeologi Bagan. Setiap pagi ramai tetamu dan orang luar akan naik ke Aureum Viewing Tower ini untuk melihat belon udara panas terbang. Untuk guest free je... outsiders kena bayar USD5. Melihat sendiri perubahan warna cahaya dari malap ke terang sambil hot air balloon naik satu persatu rasa best sangat! Amazing! Pepetang pun boleh naik tengok sunset pula. Mujur sekarang guna kamera digital tekan je lah banyak mana pun, kalau zaman dinosour dulu habis dah Kodak ni.

Aureum Viewing Tower


  



Apart from hiring a tour guide kita boleh juga sewa e-bike dari resort untuk jalan-jalan. Ada tempat yang best untuk tengok hot air balloon pepagi. Sila rujuk entry lama untuk melihat lebih banyak gambar.

Dari segi makanan, aku boleh komen breakfast je lah sebab lunch and dinner makan vegetarian food di luar. Puas hatilah dengan breakfast yang disediakan, banyak bun cakes bread cereal semua. Hospitality? 5 bintang! Aku panggil techinician untuk adjust tv pantas dia datang. Camtu jugalah yang collect bag sewaktu nak check-out.

Resort ini hanyalah...

4.2km ke Nyaung U Airport
2.2km Bagan Nyaung U Golf Club
10km ke Ayerwardy River
Lain-lain pagoda/stupa.. rata-rata dalam 2km sahaja.



Bagaimana untuk ke Bagan menggunakan pengangkutan awam?
1) Pengangkutan udara
Naiki pesawat domestik dari Yangon dan mendarat di Nyaung Airport. Terdapat lima domestic flights ke Bagan. Perjalanannya 1 jam 20 minit.


2) Dari Yangon ke Bagan dengan bas.
Ada beberapa syarikat yang memberikan servis dengan dua jenis bas, VIP atau biasa. Bas VIP 2+1 seater lebih selesa dan ada leg rest yang boleh dinaikkan 45 darjah. Harga tiket bas VIP USD25, bas biasa yang seat 2+2 tu USD21 seorang. Semua bas ada air-cond.

Bas biasanya berlepas jam 8 malam. Perjalanan selama 10 jam dan kebanyakan bas will stop for half an hour at 115 miles on the Yangon-Nay Pyi Taw-Mandalay Expressway (2.5 hours north of Yangon). Kalau tujuannya ke tempat popular ni during peak season elok book sesiap bas yang hendak dinaiki.


Tempat menunggu bas: 
The Aung Mingalar Highway Bus Terminal (also known as Highway Bus Station). Stesen bas ini 7km dari Yangon airport dan 19km dari central Yangon di Sule Pagoda tu. Sejam jugalah dari tengah bandar Yangon tu.


3) Dari Yangon dengan keretapi (perjalanan setiap hari)
Tiket keretapi boleh dibeli online, melalui ejen atau pergi sendiri ke Rangoon Train Station. Kalau nak travel on the same day pun beli di train station.

Kalau nak buat advance booking kena pergi Advance Booking Office di Bogyoke Aung San Road di sebelah selatan trek bertentangan dengan Sakura Tower & 33rd street, and diagonally opposite Traders Hotel . Tiga hari sebelum bertolak dah boleh beli. Sila bawa passport ya. Pejabat jualan dibuka dari pukul 7 pagi hungga 3 petang. Kaunternya paling kiri.

Dari Yangon (nama lamanya, Rangoon) ke Bagan : Train no 61
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 4 petang
Waktu tiba: 9.31 pagi

Dari Bagan ke Yangon : Train no 62
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 5 petang
Waktu tiba: 10.30 pagi


S = upper class sleeping-car (tiada di musim hujan); U = upper class seats (tiada di musim hujan); 2 = 2nd class seats; O = ordinary class seats.
Harga tiket:
Upper class sleeper : MMK16,500 (USD17)
Upper class seat: MMK12,000 (USD12)
Second class seat: MMK6,000 (USD6)
Ordinary class seat: MMK4,500 (USD4)

Kanak-kanak dibawah 3 tahun PERCUMA
Kanak-kanak dibawah 10 tahun SEPARUH HARGA

**Tiada perbezaan harga antara locals and foreigners.


Aureum Palace
Near Bagan Viewing Tower
Min Nanthu Village
Nyaung Oo, Mandalay Division
Myanmar (Burma)
Tel: (+95 61) 60 046/ 047, (+95 9) 6502 963/ 964
Emel: aureumbgn.head@htoohospitality.com, aureumbgn.fo@htoohospitality.com


Kisah perjalanan dari Yangon ke Bagan ada di sini. Jemput baca juga perjalanan lain yang berkaitan. Terima kasih.

Indonesia | Pengeluaran rokok kretek besar-besaran di House of Sampoerna

Indonesia | Pengeluaran rokok kretek besar-besaran di House of Sampoerna | Sejarah menghisap rokok dikatakan dimulai oleh orang asli Amerika sewaktu melakukan pemujaan roh atau dewa. Kemudian ia diikuti oleh penjelajah eropah yang kemudiannya memperkenalkannya pula kepada para bangsawan yang menghisapnya sebagai satu aktiviti bersenang-senang.


Di Indonesia rokok telah popular sejak tahun 1800an lagi di Kudus, malah telah 'dijenamakan' sebagai rokok Indonesia (kretek) dengan mencampurkan racikan tembakau bersama cengkih lalu dibalut dengan daun jagung kering (dipanggil kelobot dalam bahasa Jawa). Ia dikatakan berkesan untuk menyembuhkan batuk dan penyakit lelah (athma). 

Rokok merupakan komoditi ekonomi yang sangat menguntungkan. Ia dimulakan secara komersil pada tahun 1850 setelah permintaan terhadap kelobot dan rokok batang semakin meningkat. Di Surabaya  yang digelar Cities of Heroes, keluarga pengeluar jenama rokok Sampoerna adalah sangat terkenal dan berjaya. Mereka telah mengusahakan perniagaan ini semenjak sebelum kemerdekaan Indonesia daripada Belanda lagi.

House of Sampoerna di Surabaya, Indonesia.

Lawatan kedua ke House of Sampoerna @ Muzium Rokok
Walaupun tidak pernah merokok malah terhidu baunya pun rasa nak marah, melawat muzium rokok di Surabaya adalah satu aktiviti yang tidak patut dilepaskan. Di sini kita akan mendapat serba sedikit ilmu tentang sejarah keluarga Putera Sampoerna iaitu cucu kepada Lien Seeng Tee, jenis tembakau, revolusi corak kotak mancis, jenis-jenis rokok dan yang paling best ialah dapat melihat cara memproses rokok yang super pantas!

House of Sampoerna ialah bangunan bercirikan senibina Belanda yang dibina pada 1862 di old Surabaya (pekan lama). Ia dibeli oleh Liem Seeng Tee, pengasas Sampoerna pada 1932 untuk dijadikan pusat pengeluaran utama rokok dan kini menjadi bangunan warisan yang masih digunakan. Pengeluar rokok ini ialah syarikat tembakau terbesar di Indonesia dan masih mengekalkan desain pek rokok kretek Dji Sam Soe 234 yang telah berusia 100 tahun!

Image result for dji sam soe

Muzium yang informatif ini menceritakan tentang perjalanan hidup pemilik syarikat yang asalnya hanyalah buruh di kilang rokok sehinggalah berjaya menjadi pengeluar rokok. Di kawasan yang agak luas ini menempatkan auditorium yang kini dijadikan muzium dan kedai, kilang pemprosesan tembakau dan rokok, di timurnya galeri seni dan kafe manakala di baratnya kediaman rasmi pemilik syarikat. Payah nak mengulau sebab bos boleh mengintai dari sebelah hahah...

Di tingkat bawah muzium ada contoh tembakau dan banyak jenis gambar tembakau yang digunakan dalam penghasilan sebatang rokok. Bahan kimia yang digunakan sebagai bahan campuran juga dipamerkan. Ada juga gambar yang menunjukkan pekerja kilang rokok di zaman dahulu, tua muda lelaki dan wanita membanting tulang mencari rezeki. Makcik makcik tu bekerja pakai baju kebaya, you. Klasik sangat. Sekarang dah boleh buat self-guided tour dengan lebih berkesan hanya dengan scan QR code yang diberikan.


Ada juga tembakau yang diimport dari negara lain.



Dari tingkat atas kita dapat melihat beratus pekerja pengeluaran bekerja dengan pantas menggulung rokok Dji Sam Soe, rokok kretek mewah paling terkenal di Indonesia. Seingat aku setiap pekerja perlu membalut 400 ratus batang rokok dalam masa sejam. Kagum betul tengok kecekapan mereka...giler laju weh. Tak pastilah mengapa ia masih dilakukan secara manual, adakah sebab seharusnya begitu atau mahu memberikan pekerjaan kepada rakyat tempatan sama seperti yang dilakukan syarikat Jeruk Madu Pak Ali. Boleh tengok saja, berfoto-foto di atas sana ngak bisa. Untuk melihatnya pastikan anda datang hari bekerja ya... Sabtu Ahad, cuti raya, cuti umum di Indonesia tiada ya pak. Mereka juga mau keluar berpacaran 😁

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi mereka mengenakan bayaran jika kita ingin mengikuti city tour menggunakan bas yang mereka sediakan.

Pesanan PENTING saya...

Image result for rokok
Sumber d'aura

Lawatan ke utara Surabaya
House of Sampoerna juga menyediakan program Surabaya Historical Track menggunakan bas yang direka seperti tram yang dulunya menjadi pengangkutan di bandar ini. Bas ini bergerak pada jam 10 pagi, 1 tengahari dan 3 petang setiap hari kecuali Isnin melalui route berbeza. Di hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad city tour dibuat selama satu setengah jam di laluan yang berbeza dengan hari Selasa hingga Khamis.

Untuk mengikuti program SHT ini sila daftarkan nama di kafe sebelah House of Sampoerna. Tak ingat dah berapa harga tiketnya tapi berpatutanlah.

Related image

Galeri seni di sebelah bangunan House of Sampoerna. Kebetulan ada pameran fotografi ketika lawatan kali kedua.

Kereta tauke.

Waktu operasi:
Isnin-Sabtu                                                   Ahad & Cuti Am
Muzium, kedai, galeri 9 pagi - 7 petang      9 pagi - 6 petang
Kafe 11 pagi - 7 petang                                10 pagi - 6 petang


House of Sampoerna
Taman Sampoerna No.6
Krembangan Utara, Pabean Cantian
Kota Surabaya, Jawa Timur 60163
Indonesia
Tel: +62 31 3539000


Nota:
Sejak 2005 Philip Morris International telah mengambil alih saham keluarga Sampoerna.

Cadangan lawatan sekolah selepas exam, BoDen Edufarm

Cadangan lawatan sekolah selepas exam, BoDen Edufarm | Kepada yang rajin mengikuti blog ini pasti sudah tahu bahawa ai pernah ke sebuah ladang kambing yang tak berbau kambing. Hah caner tu?


Ladang kambing di Serting Ilir, Jempol, ini dimiliki Datuk Zainal Abdul Ghani dan isterinya Datin Fatimah Abdullah. Mereka memulakan perniagaan ini hanya selepas bersara dari jawatan CEO syarikat. See... better late than never. Sebelum mengusahakan ladang ini mereka telah membuat kajian terperinci untuk menjayakan misi ini hingga berjumpa dengan pakar di Australia Barat dan Afrika Selatan untuk menghasilkan kambing berkualiti demi produktiviti maksimum. Sudah pasti penternakan baka bermutu dijadikan sasaran untuk memenuhi permintaan kambing yang sentiasa tinggi.


Kambing baka Boer menjadi pilihan
Mungkin masih ada yang tak tahu nama BoDen itu berasal dari kambing spesis Boer.

Kambing spesis Boer + eden (aku) = BoDen.
Boer also means "farm" in Dutch so BoDen equal to MyFarm!

Kambing Boer tulen dikatakan berasal dari Afrika Selatan. Ia mempunyai tanduk bergelung dan biasanya mempunyai badan putih dengan kepala berwarna coklat tetapi ada juga yang keseluruhan badan berwarna putih atau coklat. Telinganya panjang dan labuh, jinak, cepat membesar, tinggi kadar kesuburannya, tinggi ketahanan kepada penyakit malah senang menyesuaikan diri dengan keadaan separa gurun yang panas dan kontang.

Hasil daripada pembiakbakaan terpilih, kambing Boer mencatatkan kadar pertumbuhan yang cepat dengan kualiti karkas yang bagus. Kambing Boer adalah antara baka kambing pedaging yang paling laris di dunia. Berat pejantan Boer adalah 110-135 kg, manakala berat betina di antara 90-100 kg. Ia boleh dijual bila berumur 6 bulan bagi jantan dan 10-12 bulan bagi betina, yang mana boleh beranak sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Selain daripada itu pengeluaran susu harian boleh melebihi 200g sehari.


Mata kambing empat segi.

Setiap kambing ditandakan untuk memudahkan pengurusan.


Kita juga akan diberi peluang untuk menyusukan anak kambing.



Teknik perladangan terbaik
Melalui tunjuk ajar pakar dan kajian mereka sendiri pasangan ini telah mencipta satu Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi pekerja dalam setiap peringkat untuk meningkatkan pengeluaran dan hasil. Melaluinya mereka boleh membantu orang kampung membangunkan usaha menternak kambing bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan.

Setiap peringkat putaran penjagaan kambing perlu diberi perhatian. Bermula dari anak kambing dilahirkan, membesar dan sampai bercerai susu. Kemudian mejjadi kambing dewasa yang akan bunting dan beranak, diceraikan susu dan balik proses yang sama. Cara penjagaan dan makanan berlainan perlu diberikan mengikut peringkat umur bagi memastikan ternakan sentiasa sihat dan subur.

Setiap kandang diberikan kod, manakala kambing ada nombor pengenalan memasing. Hang ingat hang ja ada surat beranak? haha... Kambing yang baru masuk diletakkan di Kandang A, kandang B untuk kambing bunting, kandang M (beranak), kandang C (sudah bercerai susu) dan kandang D (agihan). Kambing pun dapat special treatment lepas beranak inikan pula isteri hang yang ada hati dan perasaan tu. Kambing-kambing adik-beradik berlainan jantina juga akan diasingkan bila sampai waktunya untuk mengelakkan sumbang mahram. MasyaAllah macam tu sekali pihak ladang jaga. Kita yang manusia ni lagilah kena jaga supaya tak berlaku incest.

Jika kita buat lawatan ke sini boleh merasa menyusukan anak kambing dengan susu botol. Cute weh! Daun juga disediakan untuk kita merasai pengalaman memberi kambing makan. 

In first paragraph tadi ai ada cakap ladang ni tak berbau kan? Kandang kambing ini tinggi dari tanah, lantainya dijarakkan supaya najis jatuh ke tanah yang kemudiannya akan dijadikan baja natural untuk pelbagai tanaman. Di sini ada teh herba yang kaya anti-oksidan dan tanpa kafein seperti bunga telang (butterfly pea), roselle dan mulberi. Pokok-pokok lama seperti ipoh, tampoi, mahang dan jelutong juga ditanam. Di ladang ini juga ada tea garden, kolam ikan, stingless bee (kelulut), galeri informasi, plot sayuran dan kiosk jualan.

Dari kiri atas: Bunga telang, misai kucing
Kiri bawah: roselle, pelbagai teh herba yang siap untuk dijual.


Tempat berehat yang soooo kampung style.

Dengan 800 ekor kambing yang ada sekarang BoDen Edufarm mampu menjadi pembekal daging kambing untuk kenduri, akikah dan pelbagai acara lain. Gawat macam mana pun ekonomi manusia tetap perlu makan, kan? 

BoDen Edufarm sangat mengalu-alukan kedatangan para pelajar ke ladang mereka supaya anak-anak dapat belajar sesuatu, dari binatang hingga tumbuhan dan mungkin juga sebagai pembuka minda moga suatu hari nanti anak-anak kecil ini akan menjadi usahawan pertanian juga. Yuran yang dikenakan hanyalah RM30 untuk kanak-kanak berumur 10-12 termasuk light meal. Nak naik basikal kira lain. Nak buat small scale event setakat 100 orang tu boleh berbincang dengan mereka.


BoDen Edufarm
Lot 167, Lorong BoDen
Off Jalan Menteri Besar
72100 Serting Ilir, Jempol
Negeri Sembilan.
GPS: 2.8256735,102.3613306

Phone: +603-8948 2171
Fax: +603-8941 9877
Mobile: +6012-207 5773


Cara ke BoDen Edufarm:
1) Jika dari Seremban, cari arah ke Bahau/Batu Kikir kemudian masuk simpang ke Masjid Tuanku Puan Chik.

2) Jika dari Bukit Belacan/Jelebu, sila ikut jalan ke Simpang Pertang untuk ke Sering Ilir/Hilir dan cari ke Masjid Tuanku Puan Chik. Jalan ini lebih dekat daripada berpatah balik ke Seremban kemudian ke Kuala Pilah-Batu Kikir.


*Sesungguhnya menjadi kaya itu mulia.

Setujukah anda jika cuti penggal persekolahan TIDAK serentak?

Tags

Setujukah anda jika cuti penggal persekolahan TIDAK serentak? | Panas panas panasssss....!!! Banyak betul isu panas seminggu dua ni. Dari cerita jenazah CEO Cradle Fund digali semula, kes MMC-Gamuda underground tunnel MRT2 dan hari ini Kementerian Pelancongan mencadangkan cuti pendek persekolahan dibuat secara berasingan. Memacam berita rakyat marhein kena digest hahaha...mujur ai positif.


So what say you on the latest news?

Menurut berita The Star Deputy Minister at Tourism, Arts and Culture Ministry Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata mereka sedang meneliti cadangan untuk meminda cuti persekolahan bulan Mac, Jun dan September secara peringkat sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong.

Ini komen peribadi aku:

Setuju kerana...
1) Betullah kata beliau bahawa pusat pelancongan, penginapan dan tour guide boleh cari makan secara berterusan. Kekadang kita nak stay kat satu satu hotel tu tapi penuhlah pula time cuti sekolah. Itu belum cerita kadar sewa kereta yang naik because of high in demand. Time tu lah nak pulun buat duit katanya.

2) Ada lokasi menarik yang menghadkan jumlah pelawat. Jadi ini sebagai penyelesaian.


Tak bersetuju kerana...
1) Niatnya baik tetapi sebagai ibu yang pernah ada anak belajar di Kedah tapi ai duduk di selatan ni, dahlah adik-beradik jarang berjumpa, kalau cuti pun berasingan susahlah... lagilah tak berjalan sebab anak tak cukup. Macam aku dulu rumah kat Kuala Pilah tapi bersekolah di Perak. Kalau cuti pun tak sama bilalah nak bergaduh 😄😄 Family first will you?

2) Bagaimana pula pasangan guru suami isteri di berlainan region? Jenuh menunggu Disember hahahah... 

3) Janganlah samakan Malaysia dengan orang di United States dan Australia sana, bukan semua kita boleh tiru kerana cuaca dan culture tak sama. Mereka tu anak seorang dua je dan tak biasa dengarlah anak mereka duduk asrama unlike us yang berebut nak hantar anak ke SMKA SBP MRSM. Betul ke di Australia tourist spot over crowded? Bukan biri-biri lagi banyak daripada manusia ke kat sana? #sistanya je... Pelancong asing kot yang bagi penuh.

4) Satu ketika dulu KPM pernah tukar cuti hujung tahun seminggu atau dua minggu awal untuk mengelakkan banjir yang biasa berlaku di negeri pantai timur. Tujuannya mulia supaya pembelajaran tidak terjejas tetapi parents tak setuju... alasannya sama seperti nombor 1. Bila sentiasa tak puas hati tu lelama diubah semula kepada asal. Kalau mak mak tak puas hati ko jangan buat memain oih.

Memang cadangan mengubah cuti ini tidak melibatkan cuti panjang hujung tahun but I don't think most parents will agree. 

5) Seeloknya dalam website pelancongan termasuk Tourism Malaysia mention dengan jelas jadual cuti persekolahan. Kabor ke deme, "uols tolonglah jangan tambah kesesakan di waktu tersebut. Kasi can lah family bonding".







The Orchard Wellness & Health Resort | Tempat relaks relaxxxx...

The Orchard Wellness & Health Resort | Tempat relaks relaxxxx... | Dari bandar Melaka kami ke Lubuk China. Lubuk China terletak di Alor Gajah bersempadan dengan Negeri Sembilan. Jadi orang belah sini ramai yang speaking Nogori 😊


Aku tak pernah ke sini jadi tak tahu nak agak dah dekat ke.. jauh lagi ke... sebab masuk dalam kampung. Sungguh, dalam kampung betul tapi bas besar boleh lalu kat jalan tu. When we reached there mestilah rasa takjub sebab ada resort mewah di situ.

The Orchard Wellness & Health Resort telah diiktiraf sebagai "the BEST wellness resort in Malaysia" selama tiga tahun berturut-turut dari 2015, 2016 & 2017 oleh World Spa Awards. Wow! Resort ini setaraf dengan Chiva-Som di Thailand dan The Farm di Filipina. Inilah sebabnya ai eksaited benau nak melawat.


Himalayan Crystal Salt Room, large open pool




Checking out "the BEST wellness resort in Malaysia"?
Pada awal pembukaannnya pihak pengurusan hanya mau fokuskan resort ini kepada rehat dan pulih sahaja. Nak merehatkan jiwa dan raga. Kanak-kanak tidak dibenarkan menginap di sini, kang memokak lak haha... tapi sekarang ia telah dibuka kepada semua orang asalkan anda berkemampuan membayar.

The Orchard Wellness & Health Resort berkeluasan 120 ekar tetapi buat masa ini hanya 15% sahaja digunakan. Surely they have future plans dengan tanah mereka ni. Bila anda memilih untuk menginap di sini pasti akan rasa tenang dari hiruk pikuk kota dan rasa damai je dengan kehijauan di sini. Plan awal nak explore bandar Melaka entah entah terbenam dalam keempukan tilam je. 

Paling seronok if you datang di musim buah-buahan, macam-macam ada! Jenuh makan rambutan dan durian and it's FREE dan boleh petik sendiri. Ya Allah best giler! hahah...sebab aku suka local fruits terutama yang fresh dari ladang. Melekit-lekit tangan tak berhenti makan rambutan. Durian pula daripada pelbagai spesis ohmaiii.... bahagia hantu durian macam den. Punyalah banyak dua jenis pokok ni, geram je tengok. Antara buah-buahan lain yang ditanam ialah longan dan markisa. Uish sedap kalau dibuat jus. Buah ni bila tak habis dimakan baru dijual.

Buah-buahan dan sayuran dari ladang ini semuanya organik. Terbaik!


Biliknya best ke idok???
The Orchard Wellness & Health Resort  menyediakan 43 bilik dari lima jenis penginapan. Semuanya luxury kecuali di Honeymoon Island yang mereka gelarkan Camp David. Di Camp David tu walaupun biliknya tak mewah tapi ada swimming pool yang agak besar juga dan common room, ada kolam juga untuk kaki pancing. Sesuailah kalau nak buat family gathering di sini. Lokasinya gak jauh dari bilik lain jadi takde hallah nak gelak berdekah mengilai macam langsuir ke 😀




Luxury Suite Room

Villa in the green



Honeymoon Island @ Camp David

Aktiviti yang ditawarkan
Yoga, tai chi, fitness class, orchard trail hike, spa dan memacam lagi. Boleh rujuk di sini. Wellness programme yang mereka tawarkan memang untuk menambah baik kesihatan kita. Sesuai sangat jika nak berehat selepas pembedahan. Paling koman pun buat nature walk sebelum breakfast. 

Untuk ulat buku, ada perpustakaan untukmu. Jika bosan boleh menonton wayang. Nak berkaraoke pun boleh. Jika kita nak buat team building pun bisa diatur.

Dari resort ini ke bandar Melaka 37km kira-kira 50 minit. Melaka tu kalau hujung minggu dia punya sesak umangaii... berpeluh ketiak hahah.... so plan your journey ya, tapi kat tempat sesak itulah ada macam macam.


The Orchard Wellness & Health Resort
63, Jalan Solok Uban
Kampung Baru
78100 Lubok China
Melaka

Tel +606-5528 999 
Faks +606-5529 989 

Sales Office Address : 
Unit No.50-4-10
Level 4, Wisma UOA Damansara
50, Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(SMS) +60 16 325 8888

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free