Siapa yang layak memohon Pas Sempadan @ Border Pass Malaysia-Thailand?



Siapa yang layak memohon Pas Sempadan @ Border Pass Malaysia-Thailand? Selamat menyambut cuti sekolah yang meriah mak pak semua...!! 😁😁 Tak gi memana ke? Aku tengok kengkawan update berbas-bas pergi ke Hatyai nun. Harap harap lancarlah urusan di pos imigresen kedua-dua belah pihak.


Sebelum kami balik ke Pulau Pinang dan Kedah minggu lalu aku ada buat sedikit carian untuk ke Betong Thailand. Kononnya kalau sempat nak bawalah anak-anak ke negara Gajah Putih tu.

Beberapa tahun lepas aku ada call Pejabat Imigresen Pengkalan Hulu bertanyakan tentang "border pass" sebab husband orang Kedah, jawapannya anak-anak boleh diletakkan dibawah nama husband. Oleh sebab dah lama dan tak nak ada miscommunication or misunderstanding, aku pun check website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk kepastian tapi.... jadi makin tak pasti hahahah.... Jadi aku pun emel Jabatan Imigresen Malaysia.

Okay di bawah ini adalah maklumat tentang Pas Sempadan ni berdasarkan jawapan balas yang aku terima bagi kemusykilan yang tiada penerangan di dalam official website. 


TUJUAN PAS SEMPADAN
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak. 


TEMPOH SAHLAKU
Pas Sempadan telah pun dinaik taraf kepada bentuk buku (seperti passport) berwarna biru berbanding sebelum ini hanya helaian kertas sahaja. Pas Sempadan yang baharu mempunyai tempoh sah laku 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

Biasanya kebenaran diberikan untuk tinggal selama 30 hari di wilayah yang bersempadan dengan Malaysia. Pas Sempadan TIDAK BOLEH digunakan untuk bekerja.

Apa yang dipaparkan di website Jabatan Imigresen Malaysia adalah maklumat Pas Sempadan yang lama dan masih tidak dikemaskini oleh webmaster laman sesawang tersebut.


SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PAS SEMPADAN?
Pas Sempadan hanya layak untuk rakyat Malaysia yang lahir atau menetap di empat negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Perlis, Kedah , Kelantan dan Perak (hanya beberapa daerah yang layak). 

Perincian :-
a) Bagi anak yang berumur bawah 13 tahun boleh di masukkan dibawah Pas Sempadan penjaga (ibu/ayah/penjaga yang sah). Bagi anak yang berumur lebih 13 tahun pula, ia mestilah lahir atau menetap di negeri-negeri yang disebutkan di atas dan perlu memohon Pas Sempadan individu dan penjaga mestilah mengisi borang pengesahan izin imm. 42A pin. 1/93 yang boleh didapati di Pejabat-pejabat imigresen yang berada di sempadan Malaysia-Thailand.

b) Bagi isteri, ia tidak boleh untuk dimasukkan ke dalam Pas Sempadan suami dan mestilah lahir atau telah menetap lebih setahun di negeri-negeri yang disebutkan di atas untuk memohon Pas Sempadan individu. 

*Nota : Jika telah menetap lebih setahun di negeri-negeri tersebut, dikehendaki untuk menukar alamat di Kad Pengenalan sebelum memohon Pas Sempadan.


DI MANA BOLEH MEMOHON PAS SEMPADAN?
Di mana-mana pejabat imigresen yang bersempadan dengan Thailand sahaja. Jika anda orang Kedah, dengan Pas Sempadan tersebut anda boleh mengunjungi Thailand melalui melalui memana pintu masuk sempadan kedua-dua negara.

HAD WILAYAH YANG BOLEH DIKUNJUNGI
Pemegang Pas Sempadana HANYA dibenarkan menyeberang ke wilayah-wilayah Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sahaja iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.

Antara wilayah atau bandar yang dibenarkan menggunakan "border pass" ialah:

1) Betong di wilayah Yala
2) Tak Bai di wilayah Narathiwat
3) Seluruh wilayah Songkhla - Hatyai, Danok, Padang Besar, Sadao, Klong Ngek, Samila Beach
4) Seluruh wilayah Satun - Pak Bara, Tanyong Po, Tammalang, Manang, Koh Lipe


SYARAT-SYARAT AM MEMOHON PAS SEMPADAN
a. Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan

PemohonSyarat-Syarat
Berumur 15 tahun ke atasa. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)
d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah
Berumur di bawah 15 tahuna. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang sah 
Jika pemohon diiringi oleh isteria. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak jika berumur 15 tahun kebawah
d. Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm x 5.0 sm setiap orang
e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan
BAYARAN
RM10 sahaja.


CIRI-CIRI PAS SEMPADAN





***
Berita Mstar Online pada 31 Ogos 2014 mengenai Pas Sempadan baru.

Post a Comment

57 Comments

  1. salam sis..klau sy ic klntan n husbbd ic songor blh mohon boder pass bersama x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh, untuk orang negeri yang tersebut sahaja. Husband kena guna passport. Kalau ramai buat group passport je jimat, rm200 untuk 10 orang (ke.. 20 orang eh? )

      Delete
  2. NAK TANYA KALAU LAHIR DI KEDAH TAPI MENETAP DI PENANG..boleh ka buat border pass??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Syahira,

      Jika mengikut apa yang dimaklumkan JIM, boleh, berdasarkan kod negeri yang terdapat pada kad pengenalan (mereka menggunakan "atau").

      "Pas Sempadan hanya layak untuk rakyat Malaysia yang lahir atau menetap di empat negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Perlis, Kedah , Kelantan dan Perak (hanya beberapa daerah yang layak). "

      Delete
  3. Kalau dekat kedah dgn perak, ade kawasan² tertentu ke yg boleh apply border pass ???Ke ta kesah kawasan mana pun.

    ReplyDelete
  4. Yang saya faham, you kena tunjukkan bukti bekerja/tempat tinggal jika KP bukan negeri negeri-negeri yang tersebut.

    "Pas Sempadan hanya layak untuk rakyat Malaysia yang lahir atau menetap di empat negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Perlis, Kedah , Kelantan dan Perak (hanya beberapa daerah yang layak). "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti tempat tinggak tu kalau kita tunjok ic bole? Sbb isteri saya alamat kedah tapi kod ic penang

      Delete
  5. kalau nak bawa kanak2 berusia 3 tahun tetapi tidak diiringi ibu.. hanya kakak kandung yg membawa kanak2 tersebut boleh atau tidak??

    ReplyDelete
  6. boleh sy tahu perak wilayah mna yg boleh msuk guna border pass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pasti Pengkalan Hulu (Kroh). Kawasan lain tu kena minta kepastian daripada JIM.

      Delete
  7. Saya beralamat taiping Dan berasal dri taiping boleh saya buat pass sempadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Bryan!
      Saya rasa elok you call terus JIM Pengkalan Hulu. Kalau ikut pemahaman saya, tak boleh.

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau website JIM renew passport bolehlah. Rasanya kena pergi pejabat mereka juga.

      Delete
  9. Saya nak tanya. Pass sempadan ni boleh buat dekat mana-mana pejabat imigresen atau hanya di tempat yang tertentu sahaja. Sebab saya asal kedah tetapi sekarang tinggal di terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, Saya tak pasti. Lebih baik bertanyakan terus ke JIM.

      Delete
  10. Kalau dah blacklist boleh ke apply boarding pass ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik you tanya direct JIM, call lah. Mereka lambat jawab emel.

      Delete
  11. Saya dah buat border pas, dengan anak, kemudian saya nk masuk pi danok sorang tanpa anak, boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logiknya boleh je tapi untuk kepastian lebih baik call JIM kawasan tersebut.

      Delete
  12. sy org selangor suami kod ic dia johor.. tp mak dia mmg org klntn... so mcm mana ye... bole buat boderpas ke... atau kne buat pasport... mcm mana pasport kelompuk tu bule akk xplain x tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami kena buat passport.
      Passport kumpulan tu sesiapa pun boleh buat tapi semua kena bergerak sekali. Satu passport kumpulan boleh masukkan 10/20 nama.

      Delete
  13. Hi sis, nak tya mak saya asal Betong thai, dah lama pakai ic penduduk tetap boleh ka mohon border pass, @ kena buat pasport? Sbb bru2 ni mak nak balik Betong x boleh guna border pass.. Dlu2 sblom ni boleh ja pakai border pass?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kepastian mengapa dari boleh kepada tak boleh, elok you tanya terus kepada JIM Pengkalan Hulu. Saya pun nak tahu juga mengapa tak boleh.

      Delete
    2. Kerani kaunter di imigresen sg petani...dia orang sruh buat pasport.. Sbb mak x boleh buat border pass, Mcm mana sis, kena pegi ke imigresen Alor Star ke.. 1 ja surat xde utk buat pasport mak, surat yg pertama kali dia masuk Malaysia, surat tu dah hilang masa banjir besar thn 2003, tp klu cek dlm sistem. Ada rekod.

      Delete
    3. Cuba you call JIM Pengkalan Hulu. Mereka boleh bagi jawapan yang tepat.

      Pejabat Imigresen Pengkalan Hulu,
      Kompleks Imigresen Bukit Berapit,
      33100 Pengkalan Hulu,
      Perak
      Tel: 04-4778277
      Faks: 04-4770537

      Delete
  14. Hai, kalau sy org kedah then sy nak masuk thailand melalui sempadan kelantan boleh ke?

    ReplyDelete
  15. Hai.. Kalau i org kedah then nak peegi hatyai ikut sempadan kelantan boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita buat border pass kat JIM Pengkalan Hulu kita boleh masuk Tahialnd melalui mana mana sempadan.

      Delete
  16. Salam...nk tnya kalau sy ic kelantan..tp nk buat boder pas kt sempadan kedah boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, di mana-mana JIM bersempadan dengan Thailand.

      Delete
  17. Salam..nk tnya kalau sy ic kelantan..tp nk buat boder pas kt sempadan kedah..boleh x

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..maaf nk tnya, jika kita dah ada border pass kita nk kluar dari kl ke hatyai bole ke kiranya tnpa melalui klntan, kedah atau negeri dlm malaysia yg smpadan dgn thai?? Harap sngat dpt membantu.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh ler...border pass tu untuk melepasi sempadan negara melalui jalan darat, melainkan u naik kapal terbang tapi kena guna passport.

      Delete
  19. Mengikut pemahaman saya, IC 03 (kelantan) tp menetap di negeri yg tidak bersempadanan masih boleh apply Border Pass

    Mcmana pula dengan kenderaan ya? Apa prosedur utk bawa masuk kenderaan sendiri ke Thailand? Boleh kongsikan maklumat?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya lepas je. JIM ada banyak kerja lain yang nak dipantau :))

      Saya pernah tulis mengenai cara membawa kenderaan persendirian di Thailand di sini:
      https://www.ruggedmom.com/2017/08/17-tips-memandu-di-thailand-lesen.html

      Delete
  20. Salam,nak tya menggunakn border pass...klu masuk laluan sempadan kedah dan kluar ke sempadan klantan,boleh ke?

    ReplyDelete
  21. mmg tak boleh apply ye kalu ic alamat selangor n terenganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, tak boleh. Kalau ramai buat group passport je lebih murah.

      Delete
  22. hye nak tnye. kalau ic 08 lahir di daerah chemor perak layak ke buat border pass ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Perak, yang tinggal di sekitar border tu je seperti Pengkalan Hulu dan Lenggong.

      Delete
  23. Hai nak tanya boarder pass saya tamat tempoh 24/12/2012, harini 21/12.. bolehkah guna atau ada tempoh beberapa bulan seperti passport..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah tanya JIM, mereka kata untuk laluan darat mereka benarkan maknanya boleh guna sebelum 24/12

      Delete
    2. Eh, 2012 ke 2019? Kalau 2019 boleh guna sehari je esok, itupun kalau takde problem dengan imi Thai. Lebih baik buat baru..2 jam siap

      Delete
  24. hai maaf tanya jika bapa ic 02 tp anak anak 04 boleh kah anak2 dimasukkan bawah bapa?

    ReplyDelete
  25. Hi cik nak tanya ic sy 09 tapi alamt n rumah sy dekat kl, boleh ke sy apply border pass?

    ReplyDelete
  26. Salam, kalau border pass kita langgar kawasan ke krabi kena tindakan apa ya? Berkali dh “ter” hahaha tpi alhamdulillah masih selamat. Cuma ingin tahu jika didapati bersalah dikenakan tindakan spt apa??

    ReplyDelete
  27. sy dduk langkawi jadi dkt mana sy nak kena buat border pass too n border too kna buat hari pegi too or kna buat lbih awal

    ReplyDelete
  28. setahu saya kan buat di imigresen sempadan, buat awal pun boleh

    ReplyDelete
  29. Kalau saya, orng kelantan buat border pass di rantau paniang tapi nanti maduk pintu ikut bukit kayu hitam bole ke naik bas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kepastian lebih baik tuan/puan call JIM sendiri.

      Delete
  30. Boleh saya tanya ? Kalau nama blacklist boleh masuk sempadan tk ? Utk guna boarder pass sahaja . Kalau paspoort tu dh tahu tk boleh

    ReplyDelete
  31. Lebih baik soalan ditanyakan terus kepada JIM. Cuba tengok dekat FAQ website mereka

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.