Thailand | Lubuk Pakaian Bundle di Aranyaprathet




Bila dah cross border aku pun menuju ke Rongklue Market dengan berjalan kaki dari Thai imigration. Pasar ini sangatlah besar...ada beribu kedai agaknya. Suasananya sangat sibuk. Uolls yang berniaga tu kena datang sini melawat kawasan.



Gedebuk gedebak nak menyelesaikan urusan imigresen membuatkan aku sampai di sini dalam pukul 2pm. Ingatkan hotel dekat sini je tapi pusing-pusing tak jumpa juga. Letih worrr dahlah paneh. Bila kita bertanya kan, waitress kat satu restoran tu dengan muka ketat buat isyarat don't know. Communication menjadi masalah di sini. Bahasa tidak akan menjadi masalah ketika berjual-beli. Kenalah cari orang lain kan. Cari yang segak bergaya gituh.

Selepas menghantar beg di Hotel Aran 1, aku ke Rongklue Market semula. Kalau tadi naik tuk tuk/songthew kena caj 80b ke hotel kali ni dapat 60b aje. Aku singgah dulu di tempat menjual beg second hand. Masuk dari satu kedai ke satu kedai mencari beg vintage yang secantik seperti yang dijual di Chatuchak Market, Bangkok. Kalau datang pagi boleh aku selongkar beg yang beribu-ribu tu.. serius banyak! Beg-beg ni akan dilap, diperbaiki mana yang boleh dan diganti talinya kalau dah rosak. Patutlah sesetengah beg yang aku tengok dijual di Malaysia ni nampak macam original tapi tali tak ngam. Dijahit oleh tukang jahit yang kurang kemahiran al kisahnya...

Selain daripada all kind of bags (handbags terutamanya) ada softoys, pakaian dan kasut. Hmm...sayangnya tak boleh nak masukkan gambar sendiri di sini. Entah kenapa gambar handphone ni jadi different format le pulak. Kasut-kasut semua dibasuh, dikeringkan dan diwarnakan semula mana-mana parts yang dah hilang warna atau longkeh cat eh tu. Patutlah cantik yo ghoman eh.

sumber di sini

Baju bundle pun begitu. Ada tempat menggosok (ko bayangkanlah tempat iron baju yang panas tu) before being packed dalam guni besar. Kalau kemeja biru, seguni pesen tu aje. Kalau seluar jeans seguni tu sama jenis. Raongklue Market memang  lubuk pakaian bundle di Aranyaprathet, Sa Kaeo Province, Thailand.

Lagi satu yang menarik di sini betapa banyaknya basikal yang djual, baru dan lama. Rasa nak bawa balik je basikal lipat tu. Ada seorang kawan aku dia cari barang rare macam Ray Ban lelama dan jual balik.

Di RM bukan hanya menjual barangan terpakai yang baru pun ada. Ko cari je di sini... tak larat aku nak explore kesemua seksyen. Lagipun waktu tu dah petang sangat dekat pukul 4.30. Pukul 5.30 mereka dah beredar. Peniaga ni ramai orang Khmer so sebelum border tutup mereka pun balik.

Untuk kaki pancing... sumber di sini


sumber di sini

Kepada peminat cadar, pinggan mangkuk, uniform tentera dan seumpamanya di sini tempat memborongnya. Nak melawat setiap kedai di sini perlukan 2 hari baru puas hati. Letih kaki wehhh...nasi takde, nasib baik 7E ada jual roti halal.


Bagaimana nak ke Aranyaprathet?
Senang aje uollsss.... very easy boy...

Kalau dari Siem Reap...
boleh naik van atau bas. Dengan van akan mengambil masa 3- 3 1/2 jam, bas lebih lama sikit. Tambangnya dah tak ingat berapa USD but less than 10.


Kalau dari Battambang lagi murah kot.


Kalau dari Bangkok...
Menggunakan keretapi adalah yang paling mengambil masa tetapi murah. Sila naik train Eastern Line dari Hua Lamphong Railway Station. Aku naik yang third class cuma 48b untuk perjalanan selama 5 jam! RM4.80 je uolls...KTM mampooo?

Cuma ada dua kali perkhidmatan sehari ke/dari sini iaitu :
BKK-ARP   Ord 275 5.55am / Ord 279 1.05pm
ARP-BKK   Ord 280 6.40am / Ord 276 1.55pm

Stesen Aran adalah hentian terakhir yang jauhnya 6km dari RM dan kita kena naik tuk tuk dengan bayaran sebanyak 50-100b atau motor taxi 20-30b.


Nak naik bas pun boleh terus turun di imigresen. Kalau bas turunkan di Rongklue Market Bus Terminal yang jauhnya lebih kurang 2km dari border kena naik tuk tuk lah pulak. Kena lagi dalam 40b. Berjalan kaki pun boleh...sanggup? heheh...

Bas ke sini ada dua jenis first class and second class, lebih cepat dan frekuensinya lebih banyak. Tambang bermula daripada 150b. Boleh naik di Mo Chit Bus Station (Bangkok's Northern Bus Station) atau naik dari Lumphini Park.

Apapun, aku suka naik keretapi yang third class pun takde hal. Relaks relaks.. buka tingkap bagi kena angin.. berdebu je muka hahahaa...
















 

Post a Comment

43 Comments

  1. Sis....kalau dr bangkok ade ke bus nak ke aran selain train???tq sis

    ReplyDelete
  2. Saya ada tulis kat atas tu... baca pelan pelan ya, kat bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. "ruggedmom" bukan abang hehe..

    Kalau ada group nak pergi (bukan sahaja ke Aranyaprathet) saya buleh sahaja bawakan.

    ReplyDelete
  5. aran memang best la kalau g dari bangkok boleh gak pegi naik bas tapi dah kna klua pagi2 la.

    ReplyDelete
  6. Jom bawa sy p aran..pls reply..tq ruggedmom,;

    ReplyDelete
  7. Nak beli barang bisnes eh? Bila nak pergi tu?

    emel lah kat ruggedmom@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Blh x bgi no..brmnt nk boring barang Dr sana...0194407052

    ReplyDelete
  9. Pujangga hati, saya dah mesej pagi tadi.

    ReplyDelete
  10. Klu dri hatyai brape lama nk p sana ye.. Tempat yg ade singlat tu.. Tu pnggil tempat dia nma ape ye.. Blh wasaup sy 0195244398

    ReplyDelete
  11. Klu dri hatyai brape lama ye nk p psar yg jual singlat tu..

    ReplyDelete
  12. dari Hatyai 15 1/2 jam. Jauhnya 1181km

    ReplyDelete
  13. salam sis..boleh Pm sy di wassap x..sy nk join sis klu ada sediakan perkhidmatan memborong di aran..010 287 5374

    ReplyDelete
  14. Salam. ws ke 0175246609. sy nak tnya lebih detail. berminat untuk kesana. atau ada cara lain untuk dihubungi. terima kasih

    ReplyDelete
  15. Salam sis,hotel terdekat dari market tu Namaste apa?

    ReplyDelete
  16. salam.. sis ade plan nak pergi lagi tak.. nak ikot.. email sy arezhim@gmail.com

    ReplyDelete
  17. salam.. sis jika nak pergi lagi ajak sy email ke arezhim@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Sis dari Indonesia, saya nak tanye itu barang barang pakaian, shoes, bag dll. profitable tak jual kat batam? Pasal saya sdh boring beli kat singapore. Thanks ya sister. Look forward

    ReplyDelete
  19. Barang second hand yg dari aran market

    ReplyDelete
  20. Hai Morris,
    Saya tak pasti bagaimana harga barang di Batam tapi di Aran harganya lebih murah berbanding Malaysia. Banyak barang bekas.

    ReplyDelete
  21. Please whatsapp 60163167660
    Nak tanya pasal.tempat bundle tu
    Tq sis

    ReplyDelete
  22. sy nk ke aran. cari brg bundle.. kalu flight turun airport mana yer

    ReplyDelete
  23. sape2 ada keinginan ke sana. jom set. sy pn xtahu ke sana. tp minat nk cari brg bundle dekat sana

    ReplyDelete
  24. sape2 ada keinginan ke sana. jom set. sy pn xtahu ke sana. tp minat nk cari brg bundle dekat sana

    ReplyDelete
  25. ruggedmom ..boleh tanya ... Aran ni masih dalam Thailand atau masuk dalam area Kemboja...sebab ada baca pasal lalu imigresen...

    ReplyDelete
  26. Hai...

    Aran masih dalam Thailand, sebelah border the Cambodia (Poipet). Dari border nak ke Siem Reap dalam 4 jam rasanya.

    ReplyDelete
  27. Salam,, berminat nk kesana...sis bawakan saya boleh?

    ReplyDelete
  28. Hai sis saya berminat nk ke sana..bwakan saya bole??...atau sape2 yg nk pergi?

    ReplyDelete
  29. Boleh je kalau awak sponsor semua :)) Ajak geng boleh tong tong sponsor berjemaah.

    ReplyDelete
  30. Salam Tuan - nak tanya regulation @ sop & mode transport yg mutah nak bawa blk bundle ke sempadan kita (0168862712) - Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aran ni jauh dari sempadan Malaysia/Thailand. Cara nak bawa balik sama ada melalui udara atau kapal laut tapi kena siapkan bajet untuk cukai juga. Mungkin tuan boleh share dengan penjual lain jika menggunakan jalan laut.

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Sy juga berminat nk mula perniagaan ni. Sy nk mula Di Kapit, Sarawak.mesti kos pengangkutan yg difikirkn.. Ada sesiapa yg Di aran dpt Bantu kita atau mcmn? Terima kasih atas sediakn sedikit panduan

      Delete
  31. Hi... Nak tanya nak p aran still macam sebelum ni tak... Senang nak masuk ke .. Ke ada perubahan dah... Nak berjinak2 dengan bisnes sbab slalu order kat cni habis je... Xde chance...pkir2 bagus i jer yg supplier bale.. Hehe... Nak cari rezeki lebih sbab gaji x cukup time pkp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai!
      Sekarang border masih tutup. Tempat menaiki bas di Stesen Mo Chit, bukan lagi di Victory Monumet.

      Semoga dimurahkan rezeki dan maju jaya :)

      Delete
  32. Salam sejahtera nk tnya, mcm mana cara klau nk beli kasut aran tnpa kesana, yg trusted seller..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti mana satu yang trusted tapi saya pernah tengok video satu supplier di youtube. Video dia biasanya panjang jugalah.

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.