Thailand | Tempat 'Shopping' Popular & MURAH di Bangkok

Thailand | Tempat 'Shopping' Popular & MURAH di Bangkok | Rasanya pelancong ke Bangkok dengan tujuan utamanya, membeli-belah. Betul tak? Kenapa? Mungkin sebab sesiapa sahaja yang balik dari sana akan berkata, ya Allah murahnyerrr kain baju di sana? Statement yang membuat hati tak keruan hahahh...


Ada banyak pusat membeli-belah di Bangkok, nak tulis semua tak larat der.. cuma jika pergi ke mana-mana shopping mall explore juga kawasan sekelilingnya. Lorong-lorong kecil mungkin membawa kepada pengeluar pakaian berjenama.


Tempat Membeli-belah Pakaian Yang Murah di Bangkok:

1) Pratunam
Kali keempat ke Bangkok barulah aku menjejakkan kaki ke Pratunam walhal pernah sekali dulu menginap di kawasan tersebut. Ala..yang aku naik public bas memalam tu... pastu salah tempat pula turunnya. Mujur ada yang boleh berbahasa Inggeris, dialah yang cadangkan naik motor teksi ke hotel siap bagi nombor telefon suruh call kalau tersesat.

Aku sebenarnya tak bertujuan lansung nak ke Pratunam. Malam sebelum tu beriya nak ke art gallery lah... ke muzium lah... ke tempat yang tak menghabiskan duit kononnya tetapi disebabkan dah berada di Central World alang kepalang teruskan sajalah berjalan kaki ke sana. Lima minit saja you.

Pratunam merupakan antara kawasan perniagaan utama di Bangkok dan ia juga menjadi pasar pakaian utama di Thailand. Banyak hotel di sini yang menjadikannya terlalu menarik untuk dikunjungi. Selain pakaian, cenderahati, aksesori dan pusat jualan barangan elektronik juga berpusat di sini. Di sini barangan boleh dibeli runcit atau borong. Beli tiga helai saja pun dah dapat harga borong. Di sinilah letaknya Pratunam Fashion Mall, Paladium, Pantip Plaza dan sebagainya. 

Oleh kerana rakyat Thailand masih berkabung diatas kemangkatan Raja Bhumibhol Adulyadej maka pakaian berwarna hitam sangat banyak dijual dengan harga mampu milik.


Pasar Pagi Pratunam
Pasar yang terletak di hadapan Baiyoke Sky Hotel bermula seawal jam empat pagi dan mula menutup perniagaan jam 8.30 pagi. Kebanyakan barangan yang dijual berkaitan wanita dan makanan.

Alamat
Lorong Soi Petchaburi 21 (di antara Soi Ratchaprapop 3 and Rathcaprapop 1) yang menghadap Baiyoke Sky Hotel. GPS: 13.753603, 100.540125

Pasar Borong Pratunam
Selepas pasar pagi tutup kedai-kedai runcit dan borong pula akan memulakan operasi jam 9 pagi. Pusat borong utama ialah di Baiyoke Sky Hotel dan Platinum Design Mall tetapi ada beberapa bangunan lain lagi di kawasan tersebut. Baiyoke Tower pun sampai 3.

Kawasan ini memang sibuk dengan penjual, pembeli dan pemunggah barangan. Aku hari tu masuk lorong lain keluar di depan BSH. Ada banyak kedai kecil dalam lorong tu, pengeluar school uniform pun ramai. Ada satu kedai jahit tu dia supply lingerie, jahitannya sangat kemas kualiti Triump/Wacoal tau. Mereka juga sedang menjahit gaun pengantin meleret waktu tu.

Agaknya pakaian dalam yang harga beratus di shopping mall tu dijahit dalam lorong ni je.

Harga pakaian memang murah berbanding di Malaysia sebab tu kalau datang sini elok juga beli untuk berniaga sekali. At least dapat cover kos hotel. Aku beli seluar swimming anak yang agak panjang tu gred baik THB50 saja. Kalau dia tempek cop Arena mesti jadi RM50. Dress labuh berlengan panjang kain cotton cuma THB350, belum tawar-menawar lagi tu. Skirt panjang cuma THB150, kalau beli tiga helai dapat THN100 sehelai. Hah, rasa nak datang tak? hehehh..😈

Pasar Malam di Pratunam

Platinum Fashion Mall tutup pukul 7 malam lepas tu ada pula Pratunam Mall night market setiap hari di luar bangunan hingga jam 11 malam. 

Satu lagi pasar malam di depan Paladium World Shopping Centre bertentangan dengan Platinum Shopping Mall dan Amari Watergate Hotel, di lorong yang sama dengan Centara Watergate Pavilion Hotel di Pratunam.


Alamat

Ratchaprarop Rd, Makkasan, Ratchathewi, Bangkok 10400, Thailand. Koordinat GPS: 13.750506, 100.541273

Terbaru, bermula 1 Disember 2016 Talad Neon pula dibuka diantara Phetchaburi Road Soi 23 and 29, bersebelahan Palladium Night Market. Koordinat GPS 13.749751, 100.543779

Kiranya sehari suntuklah kena berada di kawasan Pratunam ni.


Bagaimana untuk ke kawasan membeli-belah Pratunam?
Senang jer... jalan raya di Bangkok ni memang hazab ya amat dengan jam. Pilihan terbaik adalah dengan menaiki teksi motor dan sky train, turun di Stesen BTS Chit Lom (Exit 1 ke 6 eh 😕 err...ikut je signboard ke Central World, 10 minit berjalan kaki) atau Stesen BTS Ratchadewi dan berjalan kaki selama 15 minit. Dah nak shopping pakailah kasut yang sesuai, berselipar jepun lagi selesa.

Dari stesen BTS Chit Lom tu kena berjalan di Ratchadamri Road. Pastikan Central World shopping mall tu di sebelah kiri. Kita akan gunakan skywalk di depan dan berjumpa dengan Platinum Mall dulu. Hari tu aku aku ikut belakang bangunan TOT sebelah stesen BTS, jalan terus melalui car park sampai jumpa pondok jaga kemudian masuk ke Big C dari pintu belakang. Keluar dari Big C naik skywalk melintas jalan dan berjalan ke kanan dalam lima minit lagi.

Kalau nak buat passport cover buatlah dalam Big C tu, ada kedai dan kiosk.

Pasaraya Big C sebelah kiri, yang kanan tu Central World plaza.





**Hari tu aku terpaksa menaiki teksi motor balik ke hotel Grande Centre Point di Thonglor sebab terdesak nak sampai dalam masa 20 minit . Dia caj setinggi 150 baht dan aku membayar dengan rela dalam terpaksa. Mahal!! Tapi teksi tak bermeter nak caj aku 250 baht lagilah jahanam. Lebih murah naik Uber/Grab jika tak mengejar masa.

Amaran:
Kalau memang tak nak shopping jangan gatal masuk kawasan Pratunam. Syaitan-syaitan akan berbisik, "ala beli sajalah.. kat Malaysia mana dapat skirt kain jenis elok harga murah macam ni... mana nak dapat blaus sehelai 100 baht, kalau beli tiga helai sekaligus harganya turun 65 baht sehelai?" Mulah teringat seluar jeans anak yang dah senteng. Memang syaitan nirrojim sungguh! hahahha...


2) Asiatique The Riverfront
Bekas pelabuhan kapal ini telah berubah sepenuhnya menjadi ratusan kedai, restoran dan pusat hiburan. Ferris wheel pun ada. Kalau nak tengok muay Thai juga ada di sini. 


Asiatique terletak di sebelah Sungai Chao Phraya dan sudah tentunya cara terbaik untuk sampai di sini dengan menggunakan pengangkutan air yang boleh dinaiki di stesen Saphan Taksin. Oleh kerana ia dibuka bermula jam 5 petang, mengambil masa jugalah jika menaiki teksi. Jalanraya sesak oi!


Alamat: 

2194/ Charoen Krung Rd, Wat Phraya Krai, Bang Kho Laem, Bangkok 10120, Thailand



3) Talad Rod Fai Srinakarin Train Market

Pasar malam ini ialah pasar malam terpopular yang berada di atas landasan keretapi di tengah Bangkok dulu. Ia dipindahkan ke Srinakarin pada 2013 kerana pembinaan BTS Skytrain. Lokasi sekarang berada di timur laut di belakang Seacon Square Srinakarin, salah satu pusat membeli-belah terbesar di Bangkok.


Bagaimana untuk ke Talad Rod Fai Srinakarin?

Pasar malam yang sangat besar ini agak jauh dari tengah Bangkok. Naik skytrain Sukhumvit line yang menuju Bearing dan turun di Stesen On Nut kemudian naik teksi/Uber/Grab dengan tambang kira-kira 100 baht. Jauhnya dalam 20 minit perjalanan.

Waktu beroperasi : Khamis - Ahad 5.00 petang hingga 1.00 pagi


Alamat:

Soi Srinakarin 51, Srinakarin Rd, Nongbon, Prawet, Bangkok 10250


4) Chatuchak Weekend Market
Pasar hujung minggu yang terbesar di dunia. Ia dibahagikan kepada beberapa seksyen yang menempatkan ribuan kedai. Elok ambil peta yang disediakan di kaunter informasi supaya tak sesat barat.

Cara mudah ke sini dengan menaiki BTS Skytrain hingga ke Stesen Mo Chit dan ke sana melintasi Chatuchak Park atau dengan menggunakan MRT dan turun di Stesen Kamphaeng Phet dalam Chatuchak Weekend Market.



5) Sam Peng Yaowarat Wholesale Market di Chinatown
Ia mendapat nama sempena pertemuan Yaowarat Road dan Sam Peng Lane. Dengarnya hanya bisnes borong sahaja berlaku di sini. Berbagai barangan dijual seperti kasut, pakaian, aksesori, cenderahati. Tekstil pula banyak djual di Phahurat. Restoran juga banyak di sini dan kalau lalu pepetang kawasan ini sesak dengan pelancong barat.

Tiada pekhidmatan skytrain/MRT hingga ke sini. Paling dekat pun MRT Hua Lamphong. Kalau nak naik bas tunggu di hadapan Bangkok Centre (rasanya Exit 4 dari MRT Hua Lamphong). Tambang 9 baht.

Alamat:
Chinatown Sam Peng Yaowarat Wholesale Market
381-383 Yaowarat Rd
Khwaeng Samphanthawong, 
Khet Samphanthawong
Krung Thep Maha Nakhon 10100
GPS: 13.740734, 100.509244


6) Terminal 21 Shopping Mall
Ia sebuah pusat mebeli-belah yang unik di Thailand dengan konsep satu lantai satu bandar. Ada tema Paris, Rome, Tokyo dan London.

Untuk ke sini boleh turun di Stesen BTS Sukhumvit atau menggunakan MRT dan turun di Stesen Asok (bersambung menggunakan skywalk).


7) Shopping Mall di BTS Siam/MRT Sala Daeng
Di sini ada banyak pusat membeli-belah. Ada Siam Paragon, Siam Centre, Siam Discovery, Siam Square... MBK Center (Mahboonkrong) yang terkenal tu pun walking distance je dari sini tetapi lebih dekat jika turun di Setesen BTS National Stadium.


8) Up Market Shopping Mall di BTS Chit Lom/BTS Siam
Pasti ada golongan yang sukakan barangan dan perkhidmatan mewah kan? Turun sahaja di Stesen BTS Chit Lom anda akan dihidangkan dengan pelbagai tawaran daripada Central World, Gaysorn, Erawan, President Tower Arcade.

Pelbagai jenama antarabangsa terdapat di sini.. sebut saja nak yang mana. Spa mewah Thai, Harnn juga di tingkat 12M Central World. Kalau nak claim VAT silalah berbelanja minima THB2,000 dalam satu resit. Masalah kecil saja tu kan? heheh..

Sempena Krismas yang akan menjelang, dekorasi Krismas di hadapan Central World adalah yang terbaik di Bangkok yang aku nampak setakat ini. Boleh tengok di ww.instagram.com/ruggedmom



Itu sahajalah kot.

Nak tahu tentang...
Restoran makanan halal di Bangkok? Baca di sini.
Pengangkutan awam yang mudah dan murah? di sini.


















Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free