Melancong ke Guangzhou, China - part 1

Tags

Mi spik no english in Guangzhou!

Assalamualaikum...

hahahha...tak boleh blah spelling tu kan? ko rasa siapa yang cakap gitu dulu? cer teka ..cer teka....

Minta maaflah kepada peminat (owh adakah?) kerna lambek bona den update cerita travel yang terbaru - pergi memandang, melihat, mengambil iktibar, membuang peluh di Guangzhou dan Guilin sekali harung. Akak sibuk dik ke sana ke mari jadi supir jadi tukang masak jadi nurse jadi makkkkk....ado anak kocik laie, dengan laptop aku ni dah beberapa hari lembap macam siput. Malam ni elok laju.

Kami sampai di Guangzhou 12.30am, beratur di kaunter imigresen lamalah jugak sampai anak aku meraung-raung, naik segan pulak aku. Apa nak buat...beratur aje lah, kalau potong line pun kena tunggu yang lelain juga. Dia tak selesa agaknya tersangkut dalam baby carrier. Gedebuk gedebak 3 pagi baru sampai ke hotel. Masalah lagi di sini....they oso no spik english tapi kind and helpful.

Flight ke sana hampir penuh. Kali ni barulah aku rasa betapa kecikkkkknya seat AA hahhaa.... dengan badan aku yang belum kecut sepenuhnya, kelek baby 3 bulan dengan bag baby dan nursing cover tersangkut di badan membuatkan aku lemas. Paknya pulak kat tempat lain, nasib baik dapat dok kat tingkap. Kalau seat tengah lagilah lemas aku dibuatnya. Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik my prince baik saja. Menetek dan tidur.

Masa di China kebanyakan gambar orang lain yang ambil sehinggalah aku membeli kamera comel Samsung DV300 dual lcd...wahhh nak bagi tau jugak :))))

Kami sampai dalam gelap pekat. Nampak teksi tu tak? haaaa...keluar dari airport dah nampak punyalah ramai manusia beratur. Ada beberapa orang marshal menjaga area taxi ni tapi faham faham sajalah orang cina ni, nak jugak memotong barisan. Ada amoi dan makcik ni buat-buat tak faham je dia bila marshal tu suruh masuk barisan. Yang kita ni mengetap gigi dan menjeling pun dia buat dek aje. Sistem di sini lebih baik daripada airport Ho Chi Minh. Jangan risau, teksi kat sini banyak dan sentiasa bergerak. Di Guangzhou boleh dikatakan kesemua teksi menggunakan meter dan takde le pulak yang dok tersadai menunggu penumpang macam kat KL tu (lepas tu paw orang dari Bukit Bintang sampai Masjid India 40 hengget!).

Kalau sampai sebelum 11 malam naik metro je ke bandar, lagi senang. Kalau ramai orang beratur pun toksahlah naik prebet sapu. Ko tahu tak, malam tu orang yang nak cepat kononnya, naik teksi 'gelap' nih. Beg kita dia dah angkat dulu lepas tu dia paksa amoi tu panjat pagar yang arrow merah tu sebab dia parking kat line kuning tu. weiiii...kami pandang je la sebab amoi tu pakai skirt wakakakakak....amoi tu refuse so dia jalan sampai hujung pagar penghadang. Marah je drebar tu sebab melambatkan kerja dia.

My first conclusion: orang cina ni bercakap memang kasar beb. Tu sebelum aku kenal maka tak cinta.

Keesokan harinya kami ke masjid yang dinamakan sempena nama sahabat Rasulullah saw yang dijanjikan syurga iaitu Saad bin Abi Waqas. Dikhabarkan penyebaran Islam telah terjadi di China sejak 1400 tahun yang lalu melalui perdagangan. See, islam berkembang melalui perniagaan bukan macam Eropah berperang dan menjajah je kerjanya sampai sekarang. Lepas tu tuduh kita ni terrorist.

 Pemandangan depan masjid tak berapa molek sebab ajk masjid sedang menjemur tikar. Niat di hati nak datang lagi hari jumaat biar encik suami dapat solat dengan suasana berbeza malangnya tak menjadi.
 Kami sampai awal pagi so aktiviti melawat je lah kat sini. Lapang dan berangin.


 Ruang untuk menerima tetamu kot. Den tak paham tulisan cino.

 Makam Saad bin Abi Waqas. Al fatihah buat beliau dan pengikutnya.

 Sejuk je kawasan ni. Aku suka benar suasana hijau sebegini tambah-tambah time spring

Kemudian kami ke Yuexiu Park yang bertentangan dengan kawasan masjid ni. Oleh kerana hari ni jadi tourist so driver kita hantar le ke seberang sana naik van. Van lama je pun tapi lagi mahal sewanya daripada Indonesia. Eh si dia segerombolan jadi ke idak nak ke Bali? suka benor aku guide ke sana.

1hb Mei, hari cuti jua di sana. Manusia punyalah ramaiiiiiiiii...takde tempat yang takde oranglah. Kalau nak meludah suka hati dia je. Yang tak boleh tahan tu masa dalam teksi uuuiiiii...kombang tokak den. Toilet jangan masuk kalau tak terdesak. Sepatah english pun depa tak tahu TAPI barangan China ke seluruh dunia.

Masa sampai kat taman ni aku dah nampak Five Ram Sculpture arah kanan tapi hati kata jalan ke kiri dululah nanti mesti bertemu jua. Kesudahannya aku tak upaya nak naik atas lagi dengan beban 6kg nih, dah kembang kempis hidung aku turun naik tangga. Biar yang lain ajelah bergambar. Masa tu apa yang aku fikir, aku nak datang lagi..woha!! Baru pagi hari pertama dah plan yang lain. Macamlah duit sama banyak dengan bos Syabas.

Macam-macam aktiviti ada di sini, happening gilos.
 yang berorkestra ....akak amik gambar dengan hp saja

 yang naik bot

 tua muda yang main takraw dengan benda yang macam bulu tangkis...plan awal nak beli untuk the boys tapi terlupa sudahnya

uwan atuk mak ayah anak cucu Lin Dan pun ado...China sentiasa bersiap sedia dengan pelapis badminton

 ooiiiii....main mahjung ko?

 kalau bawa anak aktiviti ini yang paling bestttt..

 kesian anak aku sampai terlentok kepala. Stesen metro Yuexiu sebelah ni je

  yang berkaraoke ni tak tahan dengar hahahaaa....depa masih mengekalkan muzik tradisional yang mana walaupun tak enak di pendengaran kita tapi kagum jugaklah aku dibuatnya

 row row row your boat...

 dah puas (penat sebenarnya) kami lunch di Tasety Halal. Yang ni kira makanan segeralah. Rasanya?? bolehlah....mi la mien pun ada tapi tak berani nak order sebab mangkuknya punyalah besar wehhh...takut den. Di sini ada ruang solat tapi masa tu depa letak waktu solat yang salah tak seperti yang aku dah copy dari internet. Di satu sudut depan ada zam Zam Bakery. Lepas pilih roti....

shon sheng shon sheng?
errrr...
shon sheng shon sheng tapau?
a ah..tapau!  hahahaa...

dia gelak akupun gelak. Nasib faham boleh cakap cina sepatah....tapau!

We ate with Mummy's handsome little prince muahhhhhh......dia ni ramai peminat kat sana.

2 comments

wahh.. itulah handsome prince yg temankan aku ke jawa thn lepas ye kak? hehehe. mase tu dia masih dlm perut mamynya :)

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free