Mencari Rawatan Kiropraktik Yang Berkesan Dengan Pantas?
Pernah dengar tentang chiropractic treatment? Bone adjustment?
Rawatan kiropraktik ialah satu cabang rawatan kesihatan yang memberi tumpuan kepada diagnosis, rawatan serta pencegahan gangguan mekanikal pada sistem muskuloskeletal (otot, tulang, sendi, tendon dan rawan), dengan penekanan khusus kepada tulang belakang.
Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani cheir (tangan) dan praktikos (praktikal), yang bermaksud rawatan yang dilakukan menggunakan tangan.
Masalah Yang Biasa Rawat:
Rawatan kiropraktik sering dicari bagi menangani pelbagai masalah kesakitan akut dan kronik, antaranya:
Sakit belakang dan pinggang
Sakit leher dan bahu
Sakit kepala atau migrain
Masalah slip disk (cakera teranjak)
Skoliosis (tulang belakang melengkung)
Kecederaan akibat kemalangan atau sukan (whiplash)
Bermulanya Pendedahan
Rasanya kali pertama aku tahu tentang rawatan kiropraktik bila video seorang perawat asyik lalu lalang di facebook. Rasa kagum dengan kepakaran dia yang boleh tahu dan betulkan sendi/tulang yang sakit dengan segera dan sangat berkesan. Ada satu kes kecemasan dalam persembahan tarian singa kalau tak silap, dia dipanggil membantu membetulkan tangan seorang peserta yang terkehel. Meraung kawan tu kena tekan tapi terus baik.
Satu lagi aku jumpa di youtube seorang doktor di luar negara membetulkan tulang belakang seorang pesakit remaja yang bengkok selepas mengangkat barang berat. Bengkok 90 % badan dia hinggakan dia tak nak hidup lagi.
Untuk kes ini doktor tersebut merawat berdasarkan x-ray tulang belakang. Banyak kali jugalah kena jumpa doktor/kiropraktor hingga akhirnya dia boleh berdiri tegak kembali. Menangis terharu si bapak.
Sakit Sendi Pinggul
Selain selalu rasa lenguh belakang badan bila duduk lama aku juga rasa tak selesa di sendi (joint) pinggul kanan sejak dua tahun lalu. Tak tahulah apa puncanya, salah exercise ke apa.
Bila duduk di lantai rasa ketat nak alihkan kaki ke kiri kanan. Masalah betul bila duduk dalam majlis keramaian. Pada logik akal aku, aku rasa pangkal peha tak masuk bebetul dalam soket. Aku ni pula seterika baju sambil duduk jadi ia agak menyeksakan jugalah.
Bangun dari perbaringan aku kena berdiri sekejap sebelum berjalan tetapi beberapa langkah yang memula tak stabil, rasa kaki kanan pendek dari kiri (rasa ngilu sikit macam tenggelam) tapi selepas tu lancar je.
Rawatan Pertama
Selepas google aku jumpa seorang chiropractor di Seremban yang ada good review. Nak confirm appointment, bayar RM100. Settled.
Selepas konsultasi pertama aku diminta buat x-ray di sebuah hospital swasta tertentu. Disebabkan aku banyak masa dalam tempoh mengganggur ni laju je lah aku pergi. X-ray RM294.
Pada rawatan kali pertama, selepas dia terangkan apa yang ditunjukkan dalam x-ray, dia tekan "L" berapa entah di tulang belakang. Dia tanya sakit tak? off course tak sakit sebab bila lenguh aku selalu rehatkan badan pada alat di bawah ni. Letak badan perlahan-lahan kadang boleh rasa cracking. Setakat tekan dengan jari dan badan aku meleding beshe beshe je lah. Lepas tu dia check tulang tengkuk dan tekan belakang bahu kanan. Berderap. Best bunyi tu hahahahha..lega rasanya.
Lepas tu pembantu dia check otot belakang dan kaki pula. Bayar RM220.
Seminggu lepas tu jumpa lagi. Sama juga check tulang belakang dan buat western acupunture di dua tempat selain mengurut otot kaki sedikit. Yang sakit kat sendi pinggul kanan yang berusik lagi. Bayar lagi RM160.
Hmm...dah habis RM774 tapi yang sakit tetap camtu. Masa ni aku dah rasa tak berbaloi. Aku punya expectation dia terus betulkan sendi tu sebab motto rawatannya "rawatan bertumpu pada yang sakit".
RM774 is a large sum of money you know.
Wan Kiropraktik, Baling, Kedah
Tahun 2024 aku pernah bercerita dengan biras di Kedah jadi dia beritahu dia pun ada berubat dengan seseorang. Malangnya bila aku call perawat tu dia sibuk. Dah alang alang balik kenduri minggu lepas aku pun cuba nasib sekali lagi. Dapat appointment! Aku ajak anak bujang temankan dah apaknya sibuk dengan kenduri.
Nama perawat tu Safwan. Dia merawat secara tradisional tetapi ada Sijil Kemahiran Malaysia. Rawatan hanya melalui temujanji sahaja dan di waktu siang. Pesakit perempuan eloklah bawa mahram dan pakai seluar yang tak menggelonsor macam palazo.
Selepas aku terangkan mana yang nak diperbetulkan (kaki kiri pun ada sedikit ketidakselesaan), En Wan suruh aku rukuk. Boleh buat 90 darjah tanpa masalah.
Kemudian duduk membelakangkan dia. Dia suruh toleh belakang pandang dia. Aku buatlah, ingatkan selama ni ok, rupanya bila toleh ke kiri tak sampai belakang. Aku ikutlah arahan suruh angkat tangan semua. it. Dia tekan satu tulang di tengkuk pun sakit sikit tu sebab aku tak boleh toleh habis. Selepas ditekan-tekan eh dah boleh pusing habis ke belakang.
Sambil menerangkan fasal postur dan masalah, dia tekan di L5 (kot?) sama macam doktor di Seremban tu. Memang terasa sakit sikit. Kemudian dia suruh berpeluk tubuh sambil dia regangkan badan dari belakang dengan lutut. Hah kau... berderap tulang belakang aku. Craking!. Rasa lega sangat.
Kemudian dia suruh baring dan angkat kaki. Haa... masa ni kalau ko pakai seluar licin melorot sampai peha. Kaki kanan boleh naik 25% je sementara kaki kiri boleh lebih 90%. Maka betullah masalah sendi aku tu. Dengan tenaga dia tu dia tolak masuk balik tulang aku yang dah lari. Dua kali dia buat.
Bila angkat kaki kanan dah boleh naik 90% weh! Alhamdulillah 3x. Lega sangat.
Paling mengesankan, selepas melalui perjalanan panjang dari Baling ke Seremban, turun dari kereta aku boleh terus jalan tak payah adust kaki dulu. Amazing!
Jadi jika ada antara anda yang sedang mencari orang yang boleh buat rawatan kiropraktik atau bone adjustment, sila buat temujanji dengan Encik Safwan di 013-7234586 / 019-5274682 .
Berapa habis? RM70 sahaja dan SEMBUH. Setakat ni kaki kiri pun ok takde rasa macam satu urat yang numb hingga ke betis.
Ini bukan iklan berbayar cuma aku nak kongsi benda baik. Harapnya harga rawatan tak naiklah.



0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.