Passport Malaysia KETIGA TERKUAT Di Dunia | Stamp of glory!
Berita yang dah agak basi (sebab mula diwar-warkan 5 November 2025) tapi masih menarik. Selain nilai ringgit yang semakin mengukuh berbanding beberapa matawang dunia, passport Malaysia juga menambah baik kedudukannya ke tempat KETIGA DUNIA dalam ranking Passport Index!
Dalam laporan Jabatan Imigresen Malaysia, JIM menyatakan tentang kepercayaan antarabangsa dan pengiktirafan keselamatan serta kebolehpercayaan dokumen kembara kita yang diyakini di mata dunia. Kedudukan terbaharu ini membolehkan warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia.
15 negara lain yang turut berkongsi kedudukan dengan Malaysia di tempat ketiga termasuk Belgium, France, Germany, the Netherlands, Italy, Luxembourg dan Finland. Dengan mobility score yang tinggi bermakna kita mendapat lebih kebebasan ke banyak negara.
Setiap badan pengiktirafan ada caranya sendiri. Passport Index dicipta dan diperkasakan oleh Arton Capital, satu-satunya badan yang menyatakan kedudukan global masa nyata passport dunia yang dikemaskini sebaik sahaja mendapat pengecualian visa atau apa-apa perubahan yang dilaksanakan.
Dengan semakin berkuasanya passport Malaysia, jagalah ia seperti menjaga nyawa sendiri. Pernah dilaporkan nilai passport Malaysia setinggi RM50,000 sebuah di pasaran gelap. Jaga juga akhlak kita sebagai duta kecil negara, juga jangan buat jenayah serta tinggal lebih masa di negara orang.
Syabas Malaysia!


0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.