8 Habit Untuk Menjadi Lebih Hebat Dalam Masa 6 Bulan



Lapan Habit Untuk Menjadi Lebih Hebat Dalam Masa Enam Bulan | Sila mulakan.

1. Bangun awal.
Kau dah selangkah ke hadapan berbanding orang lain.

Sebagai umat Islam, bangun awal sepatutnya bukan masalah kerana kita wajib solat Subuh. Bangun terus mandi, badan jadi segar dan rasa masa tu panjang.


2. Baca buku.
Tetapkan 15-30 mukasurat sehari untuk tambah ilmu.

Bacalah pelbagai bahan supaya otak kita tidak beku dan mampu memberikan pendapat dalam banyak perkara untuk mengelak kejumudan. Sesungguhnya agak sukar membaca buku fizikal sejak ada smartphone. Overwhelmed dengan lambakan maklumat di tangan.


3. Jaga tidur.
Tidur yang cukup menjadikan badan dan minda lebih cerdas. 

Untuk yang berusaha kuruskan badan tidur awal tu penting tapi sejujurnya aku susah nak buat sebab selagi anak yang sekolah tak tidur aku pun tak tidur. Kadang yang besar tak balik lagi aku pun berjagalah. Biasalah mak.


4. Perbetulkan cara berfikir.
Kita adalah apa yang kita fikirkan. 

Jangan selalu buruk sangka dengan orang lain/nasihat orang. Contohnya: bila KWSP kata jumlah simpanan yang sihat untuk bersara meningkat kepada RM390,000 seorang janganlah kita kata kerajaan nak guna duit kita. Cuba kira sendiri, kalau simpanan KWSP kita ada RM200,000 dan kita berbelanja RM2,000 sebulan, duit itu mungkin hanya bertahan lapan tahun sahaja. Kena ingat:

i) Semasa kita berumur 55 tahun, duit RM200,000 itu telah dihakis inflasi. Barang semakin mahal. Jika masih menyewa rumah sewa pun naik lagi tinggi.

ii) Pada umur 55 tahun, anak kita mungkin masih belajar dan memerlukan duit yang banyak untuk yuran dan sara hidup.

iii) Mungkin juga kita akan gunakan duit untuk kenduri kahwin anak.

iv) Jika tidak bernasib baik mungkin kita sakit yang memerlukan kos tambahan.

v) Umur kita mungkin panjang seperti Tun Mahathir 101 tahun. Purata jangka hayat lelaki Malaysia ialah 73 tahun manakala wanita 75 tahun. Cukup tak simpanan kita?

vi) Akhir sekali, semasa kita bersara mesti kita bayar hutang-hutang kecil dan enjoy sedikit. Jadi bakinya bukanlah RM200 ribu lagi. 

Itu contoh untuk difikirkan.
  

5. Bersenam.
Apa sahaja aktiviti fizikal asalkan berpeluh.

Setakat ni rajin buat squat je sebab itu paling senang.


6. Pilih circle (kawan-kawan) yang betul.
Bergaul dengan orang yang postif supaya kita terus jalan ke depan. Berkawan dengan tukang besi badan kita berbau besi. Bergaul dengan penjual minyak wangi kita pun akan wangi juga.


7. Berjalan 10 ribu langkah.
Buat juga tapi hot hot chicken shit 😄. Anak dah belikan kasut sukan baru tapi baru sekali pakai, itupun briskwalk kat Mitsui hehehhheh...


8. Jana pendapatan tambahan.
Boleh jual kuih, affiliate, servis hantar orang tua ke klinik, ambil gambar kahwin dan berbagai lagi. Daripada asyik meratap tak cukup duit lebih baiklah henyak sampai lunyai waktu muda ni.


Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom