My China Trip- Shanghai Day 1 | The Bund & Shopping at Nanjing Lu


My China Trip- Shanghai Day 1 | The Bund & Shopping at Nanjing Lu | Hari ketiga aku bergerak pula ke Shanghai dan check-in Shanghai Chi Chen Hotel. Registration proses cepat, staff boleh berbahasa Inggeris dengan baik, modern design dan 30m dari Metro Xioanmen Line 9. Kunci locker pun pakai sensor kat gelang. Macam spy sangat hehe.. senang dibawa mandi.

Nama  je duduk hotel tapi aku pilih female dorm 8 orang sebilik. Yang agak tak selesanya toilet cangkung berdekatan sinki. Bila ada orang kat situ terpaksalah bersabar menahan. Segan gituh. Di sini toilet paper disediakan tapi biasalah paip tak ado…pepandai ko lah camana nak cebok huhu.. Lampu yang kat sinki tu pun cantik. Serba serbi baru di sini. Bilik private pun ada, cantik dan selesa. Mini market di sebelah kiri, shipping company sebalah kanan.
Jika di Thailand aku naik train yang paling perlahan, perjalanan Hangzhou-Shanghai aku naik China Maglev iaitu keretapi yang berkelajuan sehingga 350km sejam. Terasa macam naik Ferrari berdesup! G train ni tiketnya 77.50 yuan.

 Semua tulisan Cina. So how?

Dari Hangzhou Railway Station ke Shang Hang Qiao
 
Kaunter jualan tiket di Hangzhou Railway Station di bahagian atas. Jika kita mengadap HRS tu kindly walk to the right. Aku beli tiket di kaunter sebelah kanan no 21/31. China national boleh beli di mesin je, senang. Alu try dengan passport tapi tak boleh. Tak betul caranya kot. Janganlah ada gap dengan orang depan, ada je yang try menyelit. Rapat sangat kang takut dikata sex harasment pulak haishhh.. Lagi satu, sejak di Hangzhou lagi haktuiii haktuiii ni biasa je tak kiralah indoor ke outdoor, euwww...

Di subway dan stesen keretapi di China beg kita akan diimbas setiap kali masuk, lebih mudah tak perlu buka beg kecuali bila sensor tu berbunyi tettttt.... Lepas scan beg teruslah ke departing area mengikut jenis train yang kita nak naik. Macam aku naik G train. Grrr... kenapa entah nak potong queue walhal dah ada seat memasing. Train jenis ni ada pramugara/i yang akan menyambut di pintu so jangan risau, tak tahu boleh bertanya. Buat ayat simple sudah. Tak susahlah sebab kita memang dah menunggu di boarding room yang dikhaskan so terus turun di tangga dalam tu je. Train ni bila sampai ke destinasi dah siap cleaner 4 orang sekumpulan. Tak tahulah dalam berapa minit mereka ni mesti siap cuci kemas adjust seat segala.

Pemandangan sepanjang perjalanan sungguh indah dengan ladang bunga dan kabus memutih (eh ye ke? Atau jerebu?). Rumah-rumah di kawasan ladang besar-besar belaka terutama di kawasan Jie Qian. Kalau kita tengok dari dalam kapal terbang kawasan ladang mereka ni nampak agak tersusun, rumah berkelompok kemudian ladang tanaman yang luas.

Dari hotel ke Nanjing Road (road = ‘Lu’ dalam Bahasa Mandarin) hanya 20 minit berjalan kaki. Kat Shanghai ni lagi sejuk jadi relaks je lah jalan-jalan tak berpeluh. Sepanjang jalan tu ada banyak kedai repair motor, menjual barangan elektrik macam soket, lampu dan barangan untuk wiring tu. Sebahagiannya kedai borong tapi taklah besar pun kedainya…sangat kecik. Tak sangka terjumpa ejen menjual tiket keretapi di sini so terus je beli untuk hari last nanti. Ingatkan nak cari di Nanjing Road aje sebab di Shanghai Hong Qiao tadi punyalah ramai manusia. Beli melalui ejen kena tambah 5 yuan dan sila tunjukkan passport anda.

Bila berjalan ke depan lagi ternampak ramai orang. Aku pun bertanyalah kepada tourist guide apa nama tempat tu. Dia bagitau tapi dalam Mandarin. Tanya orang lain pun sama jugak. Payah betul. Yuyuan Garden rupanya... itupun aku tahu selepas dapat map Big Bus Tour keesokannya.

Hari semakin senja aku pun meneruskan hasrat ke tempat shopping ittew. Tetiba nampak berderet orang melintas jalan so aku pun ikutlah. Pepandai je kan, staf hotel tu suruh jalan straight aje. Kekadang tidak mengikut plan asal adalah bagus. Tengok river cruise lah dik non kat situ… belayar kat Huangpu River dengan lampu yang menyala cantik. Boleh nampak Oriental Pearl Tower dan The Bund. WOWWWW sangat cantik dan penuh dengan manusia. Puaslah bergambar di sini.

Di sinilah The Bund.
 
 The Hong Kong & Shanghai Bank and The Shanghai Custom House Building.

The Bund ialah  waterfront area di tengah Shanghai. Kawasan inilah yang paling terkenal di kalangan pelancong kerana di malam hari lampu-lampu dinyalakan di kesemua bangunan di sini menghasilkan suatu pemandangan yang sangat cantik. Dedulu kawasan ini selalu banjir bila ribut taufan melanda jadi tembok setinggi 10 meter dibina untuk mengelakkan banjir semasa taufan. Hasilnya kini ia menjadi tumpuan pelancong. Awak jangan lepaskan peluang ke sini bila melancong ke Shanghai. Senang je nak ke sini, dari Nanjing Road tu jalan terus menghala ke sungai/ The Bund. Kalau tanya aku semua aku jawab "senang jer..." hahaha... memang senang pun. Positif ok.









 Oriental Pearl Tower di kiri sekali.
 





Shoot outdoor wedding pun metetop !


 
The Bund ditempati oleh banyak bangunan yang bersejarah menghadap Huangpu River. 52 buah bangunan-bangunan ini secara amnya memiliki  Eclecticist architecture, tetapi sebahagiannya menggaambarkan stail Romanesque Revival, Gothic Revival, Renaissance Revival, Baroque Revival, Neo-Classical atau Beaux-Arts, ada juga  stail  Art Deco (Shanghai merupakan antara kota yang mempunyai koleksi Art Deco terbanyak di dunia.

Dulunya kawasan ini menempatkan bank-bank utama tetapi semasa parti komunis menang dalam perang sivil, bank, hotel dan jabatan penting kerajaan semua ditinggalkan. Bangunan ini berubah fungsinya. Bila China mengamalkan dasar ekonomi terbuka, bangunan-bangunan indah ini dikembalikan ke fungsi asalnya. Seronok melihat bangunan dan gelagat orang di sini.
 
Aku selalu frust bila minta tolong orang shoot guna dslr jadi aku pakai timer. Ulang selagi tak dapat gambar yang aku nak dan orang lain pun dok amik gambar aku pulok hahaa.. Pelik kot tengok orang bertudung. Makcik-makcik yang dalam Metro selalunya akan pandang aku dari atas sampai ke bawah. Kekadang mereka tegur tapi…. Wo pu che tau! Hahhaa.. Selama di Shanghai ni cuma tiga orang Melayu Malaysia yang aku jumpa. Rare species gituh. Uols bawalah tripod kalau nak gambar cantik. Sangat cantik dan meriah tepi sungai Hunagpu tu.
 

Bersama peminat lagi kekekek...

Nanjing Road yang ramai orang tu di timur (east Nanjing Road). Aku berjalanlah dari tepi sungai sampai ke thermometer besar kat bangunan Giodarno tu. 13C kau! Patutlah sejuk. Inner tudung ninja yang selama ni aku tak suka pakai sangat membantu menghangatkan telinga aku.

 
Macam-macamlah dijual di sini dengan beratus kedai tak termasuk yang menjaja monopod, drone dan roller blade di tengah pedestrian walk tu. Bila hujan renyai tetiba pulak ada produk baru, payung. Beribu orang, jual je lah apa benda pun mesti ada pembeli.
 
Aku tak beli apa-apa sebab tadi kan dah shopping sikit di Yuyuan Garden so berjalan je lah ambil gambar dan lepak kejap tengok budak main roller blade. Malu-malu pulak aku nak ‘tembak’. Sudahnya aku simpan je kamera, guna handphone.


 
Aku rasalah, orang yang melancong ke Shanghai ni berduit belaka. Dari pakaian sebahagian besar daripada mereka hinggalah apa yang mereka beli. Top to toe bergaya. ‘Apple’ pun macam murah sangat berbondong-bondong orang membeli. Best nyer kalau dapat beli macam-macam sampai beg beranak-pinak.


Pssttt.... aku ada tambah gambar di dalam blogpost di bawah :

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Strolling Around West Lake

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Historical & Cultural Street of Qinghefang
 
 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free