Tempat Wisata Menarik Di Bandung | Aku tahu ramai yang akan ke Bandung cuti sekolah bulan Disember nanti. Untuk memudahkan perjalanan, aku senaraikan beberapa tempat menarik untuk anda semua bincang bersama supir supaya teratur perjalanan. Bagi yang pergi dengan travel agency anda lenggang kangkung je lah.
Ada tempat jauhnya hanya 7-12km dari pusat kota tapi nak keluar dari kesesakan kota tu yang banyak buang masa. Tempat yang agak jauh macam Garut dan Pengalengan tu mungkin lebih sesuai bermalam saja di sana ambik suasano.
Di Bandung makanan halal tak susah. Untuk makan di tepi jalan pun okay je cuma perhatikan kebersihan air basuhan. Semasa ke sana hari tu aku sentiasa minta teh panas, hanya hari terakhir baru minum minuman berais. Kite takut sakit perut nanti spoil semua acara.
Ada orang pecutiannya jenis santai, aku jenis suka berjalan sampai puas dan penat. Kalau muzium aku suka jenis bertema dan akan meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam di dalamnya.
Di bawah ini aku senaraikan tempat-tempat yang boleh kunjungi bila di Bandung. Semoga bermanfaat.
Kota Bandung
1. Jl Braga - banyak restoran. Happening memalam.Jl Braga. Banyak lukisan dijual di sini. Kafe pun menarik.
2. Jl Asia Afrika - bergambar di Gedung Merdeka. Memalam ada orang pakai kostum tertentu di sini. Nak bergambar bersama hulurlah duit sikit.
2. Rumah Mode - pakaian moden. Badan saiz standard antarabangsa senanglah cari baju.
3. Cibaduyut - pusat barangan kulit asli. Beg tangan cantik dan sangat banyak warna pilihan. Rambang mata weh!
4. Jl Cihampelas atau Ciwalk. Dikenali sebagai "Jeans Street" kerana barisan kedai seluar jeansnya.
5. Saung Angklung Udjo- persembahan angklung yang interaktif. Waktu persembahan jam 10 pagi/1 petang/3.30 petang. Sabtu dan Ahad tutup.
6. Masjid Raya Bandung
8 Alun alun Bandung - depan masjid raya Bandung. Tempat beriadah.
7. Masjid Al Jabbar. Jl. Cimincrang No.14, Cimenerang, Kec. Gedebage, Kota Bandung, 16.3 km dari Stasiun Kereta Api bandung. Digelar juga sebagai masjid terapung.
8. Pasar kaget Gasibu di Gedung Sate. Hari minggu sahaja.
9. City tour naik beca. Kalau kau obes bayar lebih weh kesian pakcik tu 😄
10. Kedai buku bekas (preloved) - mana tau ada yang minat kan...
Pasar Buku Palasari - antara yang terbesar
Pasar Buku Cikapundung - buku langka
Toko Buku Geboy - kepada yang nak cari buku akademik
Toko Buku Djawa - buku sastera klasik dan sejarah. Toko ini dikatakan banyak koleksi menarik termasuk yang tidak dicetak lagi.
Lembang di utara Bandung
Lembang best, sejuk je.
1. Dago Dream Park. Wisata alam hutan pinus. Boleh bergambar, boleh juga main paitball dan ATV.
2. Bird Pavilion at Pramestha
3. Noah Park - boleh main go-kart, luge kart, ATV dan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Sesuai untuk belia.
4. The Lodge Maribaya + Fairy garden - tempat bergambar.
5. Floating Market Lembang
6. Gunung Tangkuban Parahu
7. Dusun Bambu
8 Lembang Park & Zoo
9. Farmhouse Lembang. Instagram worthy, ada kambing dan arnab sesuai juga bawa kanak-kanak.
10. Great Asia Afrika - replika bangunan terkenal
11.Orchid Forest Cikole- Ada flying fox, Noah Ark luge park
12. Lorong Lumut- jalan ke 'Avatar'. Pakai baju warna contrast baru aummm gambarnya
13. Asstro Highland Ciater. Asstro Highland yang pada awalnya fokus di restoran, kini jadi semakin lengkap dengan glamping.
14. Lugs Gravity Lembang. Menawarkan konsep sport gravity atau olahraga berbasis graviti, kenderaan yang telah dimodifikasi di Lug's Gravity bergerak tanpa mesin di trek sepanjang 750 meter. Kanak-kanak yang berusia kurang dari lapan tahun wajib naik dengan dewasa.
Ciwidey di selatan Bandung:
1. Kawah Putih
2. Kawah Rengganis - Keranjang Sultan (naik chairlift), jambatan gantung 370m.
Jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara ada di Kawah Rengganis, Ciwidey.
Di kebun teh di Ciwidey bersama rakan tak sebaya 😃
3. Glamping Lakeside - dari sini boleh nampak tasik Situ Patenggang
4. Air Panas Ciwalini Ciwidey. Berada di bawah kaki Gunung Patuha, Air Panas Ciwalini Ciwidey memiliki ketinggian sekitar 2.400 mdpl menyebabkan suhu udara terasa dingin. Sepanjang perjalanan dari arah Soreang kelihatan pemandangan alam yang masih asli dan hijau.
Garut
1. Ada mata air panas dan resort di Cipanas.
2. Pekan Sukaregang pula ialah pusat penjualan barangan kulit yang agak besar. Produk akhir yang didagangkan di Bandung kebanyakannya datang dari sini.
3. Boleh mendaki Gunung Papandayan yang sesuai untuk pendaki amatur. Kalau teringin tengok dan dengar bunyi lohong gunung berapi dakilah gunung ni. Bunyinya sama seperti di Kawah Bromo. Seram uii.
Pengalengan
1. Terkenal dengan aktiviti rafting. Ada resort sebelah sungai dan peserta rafting lalu di hadapan bilik. Menarik betul.
2. Wayang Windu - Kebun teh diantara dua gunung berapi kembar iaitu Gunung Wayang dan Gunung Windu yang hanya 40 km dari kota Bandung. Cantik pemandangan dari kafe tengah kebun tu.
3. Rumah Pengabdi Setan. Rumah yang menjadi lokasi penggambaran film seram tersebut. Rumah tua bergaya Eropah ini dulunya adalah rumah dinas pengawas perkebunan teh dan kini menjadi objek wisata populer yang buka 24 jam.
4. Camping di Taman Langit Pengalengan
Apa yang boleh dibeli di Bandung?
Selain key-chain, beg batik dan t-shirt, barangan berikut juga sesuai dibeli sebagai buah tangan:
1. Telekung bersulam. Telekung travel pun banyak tapi kali ni banyak jenis licin.
2. Kek Kartika Sari. Coklat dan biskut pun ada.
3. Kerepek-kerepek yang tiada di tempat sendiri. Ada satu kedai kerepek goreng panas panas di Jl Suniaraja tak jauh dari Pasar Baru Bandung. Dulu terjumpa kedai ni masa aku jalan pepagi dari hotel di Jl Belakang Pasar. Ingat lagi masa aku terjenguk-jenguk si tukang goreng terus cakap, "beli kak, halal". Lima kali ulang pulak tu padahal aku tak tanya pun.. mesti selalu dapat pertanyaan orang Malaysia 😄.
4. Perfume. Ada banyak jenama lokal seperti Alchemist, HMNS, Multitude dan Ataraksia. Tertinggal baunya kat tangga dan pantry office. Kami balik dari bercuti wangi office weh 😄
5. Outddor gear jenama Eiger, Consina, Arei Outdoorgear, Claw dan Antarestar.
6. Pakaian renang muslimah. Kalau setakat setahun dua kali masuk kolam renang beli yang murah di Bandung sudahlah.
7. Kain lace.
8. Sudah pastinya kain dan kemeja batik.
Chilli oil tu sedap. Walaupun tertulis pedas tapi tak pedas pun. Biskut yang bulat leper lagi nipis beli di Kartika Sari pun sedap.
Selamat bercuti!!






0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.