Rockbund Fishing Chalet



Rockbund Fishing Chalet | Assalamualaikum. Seronok juga bila berpeluang melawat dan menginap di pelbagai jenis penginapan serata Malaysia. Untuk tidak mengecewakan kaki pancing kali ini nak memperkenalkan sebuah tempat percutian tepi laut yang cantik dan selesa untuk memancing.

Rockbund Fishing Chalet terletak berhampiran dengan Marina Island Jetty Complex di Lumut, Perak. Ia berada di dalam kawasan projek pembangunan Marina Island Sdn Bhd, yang mereklamasi tanah menjadi pulau buatan yang mempunyai pelbagai jenis pembangunan seperti kediaman, penginapan dan perniagaan.

Sesungguhnya setelah sekian lama tak ke Lumut tak sangka pula Perak ni ada pulau buatan dan jeti baru ke Pulau Pangkor. Sungguhlah lamanya tak ke sana. Ingat lagi tengok konsert Shiela Majid di Teluk Batik dulu.
 
Untuk geng kaki pancing bolehlah bawa anak isteri sekali temankan memancing. Kalau bawa naik bot pancing mungkin mereka tak nak kan? Bawa tempat berehat begini barulah dapat  mendalami jiwa kaki pancing yang sungguh penyabar itu hahaaa... sabaaarrrr aje menunggu ikan. Tak sanggup den hahaa..



hah, memancing depan chalet jer... lepas panjing boleh dilaukkan

Kabin di RFC ini pula sangat cute dengan warna-warna pastel dan belang-belang. Sukakan alam dan laut? Inilah destinasi yang anda tak patut miss. Dengan 21 buah kabin dua bilik, Rockbund akan menyegarkan kita dengan desiran bayu laut dan pemandangan matahari terbit dan terbenam di luar bilik.
 
Tak kisahlah samada korang nak stay sini ke tidak, RFC mampu menyediakan perkhidmatan untuk sambutan hari lahir, wedding anniversary, annual dinner dan majlis istimewa yang lain. Yang sangat penting wifi is free hehee..                             

D'Pine Cafe

Kita padam muka diorang kang kena saman lak hohoo


Aktiviti yang boleh dilakukan di Rockbund Fishing Chalet:
- island hopping/snorkelling
- sunset cruise
- land tour (meronda kat Pulau Pangkor atau tempat pelancongan yang menarik di Manjung)
- telematch
- private ktv room (jaga pitching eh)
- bbq


Rockbund Fishing Chalet
Marina Island KM1
Teluk Muroh
32200 Lumut
Perak
Tel : 016 5580388
Emel : rockbundfishingchalet@gmail.com
www.rockbund.my


Unfold the unforgettable experience




 

Post a Comment

4 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.