MAS akan menjual 22 kapal terbang termasuk A380

Tags

MAS akan menjual 22 kapal terbang termasuk A380 | What a sad news today.



MAS offers entire fleet of Airbus A380 for sale

A380_MAS - M


SYDNEY, April 30, 2015:
Malaysia Airlines telah membuat keputusan menjual kesemua enam Airbus A380s yang baru diterimanya bersekali dengan dua Boeing 747-400Fs dan empat Airbus A330-200Fs dan empat Boeing 777-200ERs, dalam usahanya menghentikan kerugian jutaan ringgit berterusan, lapor Australian Business Traveller.

Selain itu enam buah kapal terbang pengangkut - dua Boeing 747-400s dan empat Airbus A330-200s
- yang dikatakan Leeham News‘ Scott Hamilton sebagai “menutup MAS Cargo”.

Malaysia Airlines telah menerima A380 yang pertamanya kurang dari tiga tahun yang lalu iaitu Mei 2012.

For full story, please read here. Walaupun pertuturan Bahasa Inggeris aku standard pasar malam aje, taklah berbunyi seperti Alex Ferguson atau Beyonce tapi aku yakin berita yang aku terjemahkan di atas adalah 100% correct.


Sedih memanglah sedih. Kalau nak restructure balik bisnes MAS ni memang banyak yang perlu dikorbankan dan kena jauhkan dari campurtangan politik. Abdul Kadir Jasin pernah menyenaraikan Board of Director MAS dan Air Asia di blognya sebagai perbandingan.

Di Air Asia kelihatannya orang yang dilantik itu orang yang benar-benar berpengalaman dan diyakini mampu melaksanakan kerja (sila baca 'membuat duit') walaupun belum pasti benar lagi telahan majikannya, manakala di MAS ada askar pencen, pegawai kerajaan pencen dan orang-orang yang biasa makan gaji yang mungkin kurang urge untuk membuat duit. Angin juga meniupkan ada antaranya rakan sepermainan atau yang mempunyai bau-bau stokin dengan yang melantik. Itu kata anginlah. Aku dengo dan baca jer.

Persaingan itu bagus kepada pengguna tetapi ia menggugat MAS, sebuah syarikat Malaysia yang ada sentimental value dengan kita terutamanya selepas tragedi MH370 dan MH17. MAS bukan hanya disaingi Air Asia, Air Asia X seperti sesetengah daripada kita kecohkan tetapi juga daripada syarikat-syarikat penerbangan lain sekitar asia seperti Cathay Pacific, Garuda Indonesia, Lion Air, Jet Airways, Singapore Airlines, Malindo dan sebagainya. Bukan sahaja daripada full service airlines  tetapi juga low cost carrier.

Ramai yang tak berpuas hati dengan AA tapi bukan AA je low cost airlines yang landing kat Malaysia ni sayang. Tak kisahlah korang sakit hati dengan AA... aku tetap sokong kerananyalah aku dapat terbang free setiap tahun. Tak pernah aku terfikir sekalipun yang aku mampu membawa keluarga segerabak bercuti di Tawau/Semporna dengan tambang 170 pergi dan balik. HANYA RM170!

Aku pernah terdengar Ahmad Jauhari Yahya, bekas CEO MAS, pun ada pelan penstrukturan yang melibatkan pembuangan pekerja tetapi mendapat bantahan pihak-pihak yang terlibat dan disokong pula oleh satu pihak lain. Aku dulu bekerja di bank dan semasa ekonomi gawat, beberapa bank melakukan penggabungan supaya menjadi besar dan tidak 'dimakan' oleh syarikat asing. Mangsanya adalah pekerja yang terpaksa dibuang melalui program Voluntary Separation Scheme (VSS). Bukan sekali VSS kat bank aku tu tapi TIGA kali. Aku ambil yang kedua yang mana skimnya lebih baik daripada yang ketiga sebab penerima skim pertama dan kedua ada yang membuat onar diatas loopholes dalam staff loan agreement. Hehee.. cerdik tak bertempat diorang tu. Bila kewangan syarikat kembali stabil ada juga bekas pekerja yang kembali diambil bekerja. Yes, life is not easy to the one who is the backbone of the family. Nak adjust hidup dari kebiasaan bukannya senang walaupun dapat duit seorang sebungkus.

Jadi dalam cerita Ahmad Jauhari Yahya ni, kita tak yakin dengan dia dan kita ambil orang yang kita pandang tinggi sejak sebelum merdeka dulu. Kali ni kenalah kita dengar cakap bos baru jika mahu menyelamatkan MAS.

Sedihkan? MAS dulu untung lepas tu rugi.. rugi.. rugi.. rugi.. rugi.. nak untung dah lepas beberapa aset dijual kemudian rugi balik. Hmmm.... Dua tragedi menyayat hati tu dan keganasan lanun di laut Sabah dulu tambah menyeksakan MAS.

Ada orang kata elok kalau MAS fokuskan dirinya sebagai premium airlines seperti yang dikenali dulu. Servis yang tip top, makanan yang enak, tak nak ada yang komplen makanannya sejuk kejung atau nasi lemak telanjang lagi. Mas is MAS. MAS bukan regu Air Asia. Lets be fair to both and have a level playing field.

Mudah-mudahan MAS akan kembali to its glory days. Apa-apapun insyaAllah minggu depan akan naik MAS. Dengan MAS Wings sekali. Yihaaaa...!!!

















 

2 comments

sangat sedih, sebab belum sempat pun nak try A380 MAS, ari tuh naek A380 awesome giler....

tetapi kesian plak tgk MAS, its like orang-orang dlm MAS tu sendiri yang menhancurkan kompeni tu. hurmmmmm

www.mytravellicious.com

Itulah, belum sempat naik lagi..dalam proses mengumpul duit,frust!

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free