My Birthday Wish



My Birthday Wish | Selalu kita tengok orang pejam mata sebelum potong kek hari lahir. Make a wish kata kengkawan depa. Aku pun tetiba la nak make a wish juga sebelum tiba hari ittew... haa lagi awal. Tak payah tunggu kek, entah ada orang belikan kek entah tidak.

 
My birthday wishes are ...
 
1) Umurku dipanjangkan dengan kesihatan yang baik. Cukup belanja hidup jangan sampai masuk rancangan Bersamamu TV3. Doa-doa yang kupohon setiap hari dimakbulkan Allah. Banyak dah nikmat, alhamdullillah... tapi nak lagi dan lagi.
 
 
2) Nak berjumpa Sultan Brunei di Istana Brunei. Hah gittewww... spesifik tempatnya. Tak nak atas Catamaran ambil gambar jejauh jer macam orang tu hahahaa...
 
Pernah menjadi the riches man on earth, tak kisahlah dah jatuh nombor berapa pun sebab masih memegang harta sebanyak USD20 billion. Kalau aku ada 0.001% daripada tu pun dah boleh cari tanah buat banglo dengan bilik banyak (nak buat homestay seperti di Solo tu) siap futsal court di sebelah. Swimming pool tak perlu sebab dekat dengan Kolam Renang Paroi. Maintenance swimming pool ni tinggi uolls... mengikis poket.

[Ini impian aku]
Malam Jumaat boleh berjemaah bersama penyewa di living room. Free breakfast, sewa bilik harga lain, main futsal kena tambah lagi plus deposit. Kalau gelanggang kotor dengan paper cup ke kertas tisu ke atau toilet kotor deposit hangus! hahah... jiwa landlord sangat.

Nak minta kengkawan blogger tolong promote- kalau dapat yang famous lagi bagus, itupun kalau mampu bayar. Bila dah popular nak bagi peluang usahawan IKS letak produk jajan diorang kat homestay. Kena bagi free kat penyewa akulah... ko tempeklah nama syarikat, alamat, no telefon, whatsapp, emel, twitter segala kat bungkusan tu. Aku dah bagi ruangkan? gittew

Kalau homestay aku di tempat ramai orang aku nak suruh sesiapa yang pandai masak sesedap berniaga pagi atau petang dengan syarat gerai mesti bersih. Bila ramai orang membeli makanan dia mesti homestay aku pun terjebak popular jugak.

Di laman aku nak adakan kawasan permainan kanak-kanak. Tak perlu besar cukuplah ada buaian, gelongsor, tempat nyorok-nyorok. Lantainya mestilah jenis lembut macam trek lumba lari tu. Safety first!

[impian tamat]


Merepek dah aku. Kita sambung kisah pertemuan dengan Sultan Brunei.
 
Masa berborak tu tak nak ada bodyguard baginda, karang dia jeling kelu pulak lidah nak berkata-kata. Aku nak tanya,
 
Bagaimana Tuanku membelanjakan duit yang berkepuk-kepuk tu? Kat Christie?

Brunei tak luas dan rakyat pun tak ramai, maju ke projek perumahan kat sini? Satu keluarga ada berapa rumah?
 
Tuanku ada ke shopping kat Pavillion kitorang atau ke London sajo?
 
Kereta-kereta milik Tuanku ni semuanya ditempah khas ke?
 
Koleksi kereta yang banyak tu bila masa nak drive? Tuanku kan sibuk dengan urusan negara.

Tuanku pernah naik kereta buatan Malaysia?
 
Apa aktiviti di masa lapang Tuanku selain bermain golf? Tak bosan ke main golf hari-hari?
 
Siapa jurugambar rasmi Tuanku selain yang ittew? Tuanku bawa mereka sekali ke waktu melancong?
 
Di Malaysia ni, negeri/lokasi manakah yang paling Tuanku suka? Kenapa?

Adakah Tuanku melancong bila-bila tergerak di hati atau tunggu anak cucu bercuti sekolah? (haha..macamlah Sultan Brunei tu naik commercial airlines. Naive sungguh soklan)

Tuanku rasa patutkah rakyat dikenakan bermacam jenis cukai sedangkan resources sangatlah banyak melimpah-ruah?
 
 
haha...begitulah lebih kurang soalan daripada aku.  Sibuk je nak tahu, very kepohchi :)) Agak-agak Tuanku Sultan Brunei baca tak blog sendu ni? Kalau baca jemputlah saya ke sana, saya belum pernah buat blogpost tentang Brunei lagi hehee... emelkan kat ruggedmom@gmail.com 

**Pernah aku tanyakan e-mail address SB kat seorang kawan dari Brunei. Dia kata alamat emel takde tapi nombor telefonnya ada. Ahh tak percaya aku, sedangkan Perdana Menteri kesayangan korang pun ada 13 penasihat, nombor telefon yang dia ada tu entah entah nombor Setiausaha Sulit yang ke-20. 
 
 
3) Nak merasai pengalaman berada di pelantar minyak. Ambil gambar lebih kurang.
 
 
4) Nak kamera dslr baru dengan telephoto dan wide lens yang bagus. Nak juga compact camera untuk shoot short video. Hok Samsung tu dah rosak lcd nya. Giler mahal nak tukar haishhh...


5) Nak laptop baru dengan segera sebab Compaq tu dah arwah.
 
 
6) Lain-lain... please refer di no 1.
 
 
Begitulah birthday wish untuk tahun ini. Ada banyak lagi tapi biarlah rahsia. Manusia, biasalah tak pernah puas dengan nikmat tuhan.
 
Aim for the sky, kalau jatuh pun atas bulan. Gittew.


p/s kawan aku yang seorang tu kalau baca ni mesti dia kata tajamnya selegho kau! hahaa
 
 







 

Post a Comment

1 Comments

  1. wow... byk nye soalan dgn sultan brunei, mesti berbuih-buih mulut dia nak jawab soalan uolz...hehe

    follow me at www.mytravellicious.com

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.