Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015 | Mancandat lagiiii...!! I'm so happy to be selected again as part of social media peoples covering this event. Thank you to Tourism Terengganu and Gaya Travel Magazine for this golden opportunity untuk bersama-sama berada di Negeri Cantik, Budaya Menarik. Datang sekali berkali-kali jatuh cinta dengan pasir halus memutih dan air laut yang jernih di negeri pantai timur yang satu ini.

 
Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu (FCSAT)02015 yang baru berakhir telah mendapat tempat sebagai salah satu acara ikon bagi negeri untuk menggalakkan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Terengganu. Penganjuran dari 2 hingga 7 Jun 2015 ini telah disertai oleh 120 orang wartawan media cetak dan elektronik termasuk penulis blog dan pengamal media sosial dari 28 buah negara. Kurang peserta berbanding tahun lalu tetapi lebih banyak negara yang akan mempromosikannya. Bijok.... banyak makang ikang nih!

#SquidJigging #gayatravel #tourismterengganu #terengganu #malaysia #mymotac #setiu #kenyir
 
 
Bagaimana cara mencandat sotong?
 
Squid jigging atau mencandat sotong, merupakan suatu teknik menangkap sotong yang telah dilakukan oleh penduduk negeri Terengganu bergenerasi lamanya. Menggunakan dua buah umpan yang diikat pada tali tangsi, umpan ini akan dicampakkan sehingga mencecah lantai laut. Kemudian kita yang berada di dalam bot tu akan menarik tali tersebut sehingga sekaki jauhnya berulang-kali. Umpan yang agak berat ini mempunyai cangkuk di sekelilingnya dan bila berada di dalam air ia seakan-akan udang yang menjadi makanan sotong.
 
Musim mencandat bermula dari Mac hingga September, dari lewat petang hingga ke subuh esoknya. Lampu akan dinyalakan untuk menarik sotong kepada umpan. Dia ingat bulan le kot, bercahaya.
 
Ada lima jenis sotong yang biasa dijumpai di perairan Terengganu iaitu sotong torak, sotong ketupat, sotong jarum, sotong mengabang dan sotong katak. Sotong jarum senang nak kenal.


Pengalaman Mencandat Sotong
 
Kami berpeluang mencandat sebanyak dua kali. Yang kali pertama bertolak dari Jeti Pulau Redang dengan 10 orang peserta dalam setiap bot. Kudap-kudapan juga disediakan tapi aku tak makan lansung sebab takuuuutttt .... tetiba nak kencing beghok guane? hahaha... that was my main concern.

Taman marin Pulau Pinang tempat kami snorkelling. Jernih sangat air laut ni dengan ikan pelbagai jenis dan saiz.

Air laut masa tu ya rabbi berombak kuat. Mati la orang darat macam kami ni. Yang menariknya, oleh sebab kami berada di Pulau Redang bot-bot nelayan ni tak dibenarkan masuk ke lagun untuk mengelakkan kesesakan jadi kami menggunakan transit boat dulu. Bila dah keluar dari lagun baru naik ke bot memasing. Tempat pertukaran bot ni kan airnya jernih biru sangat. Yang lagi syoknya, dari sini aku yang bawak bot sampai berlabuh di tengah laut. Haaa... ko mampu? Masa pergi kampung emas juga di Terengganu tahun lalu dapat memandu sekejap je.

Kami melabuhkan sauh kira-kira 2 batu nautika ke tengah laut. Tekong bot very understanding, banyak kali dia mengalihkan bot mencari lubuk sotong. Dapatlah 2 ekor... okaylah tu, 2 bot je yang dapat sotong pun.
 
 Asyik bawak kete je kan, bawak botlah pulak.
 
Aku takde dalam gambar ni sebab memegang portfolio sebagai pilot bot
 
Begini caranya... campakkan umpan sampai ke dasar laut dan tarik! lepas.... tarik ! Buat sampai sotong tersangkut. Nampak tak rupa umpan tu?
 

 
Bila kena hentam dengan ombak kiri kanan mulalah cari dinding nak menyandar. Tak dayo weh... nak berdiri pun tak larat, pening. Masa ni bulan besar berwarna oren yang sangat cantik muncul. Aku mencandat sambil tidur kat tayar hehee... dapat sekor kau! Puas berdoa nak merasa sotong tu merentap umpan (ke... dipanggil unjam?). Tunggu je lah TV Al Hijrah membahan aku. Seronok korang eh. Tengah shoot video seperti gambar di atas, "weiii aku nak muntah!" uwekkk..! Tercampak sotong tu atas lantai bot. Letih tapi bangga !

Daripada 12 bot hanya 2 bot sahaja mendapat hasil. Laut yang berombak kuat menyebabkan kami mabuk laut. Layan diri memasing je lah. Yang kelakarnya ada peserta bot lain yang mabuk teruk kemain sedap peluk bantal busuk pakcik bot untuk mententeramkan diri wakakakakaa.... bantal tu kalau dihumban ke laut boleh terapung semua sotong hahahha...

Stress weh memikirkan nak ke laut sekali lagi.

Mancandat kali kedua, kami bertolak dari Duyong Marina & Resort yang dulunya dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage Resort & Spa. Punyalah besar resort ni boleh cair mekap kalau berjalan kaki ke jeti. Masih berdebar-debar bimbangkan ombak kuat tapi rezeki kami perairan laut kuala tenang pada hari tersebut. Menjerit memasing bila dapat sotong. Seronoknya lahaiii... berlawan sorak! Laut dah tenang sotong tak sangkut pulak kat umpan aku aiyakkk... jumlah tangkapan bot kami hari tu 10 ekor sotong, 2 ekor ikan.

Pengalaman mencandat kali kedua ini memang sangat menyeronokkan. Laut tenang, hasil tangkapan pun banyak. Disebabkan kami ni bukan kaki pancing, lautan yang bergelora agak mengganggu fizikal dan mental tapi tetap nak mencuba juga. Bukan sepanjang tahun boleh mencandat kan?  
 
 Di jeti Duyong Marina & Resort
 
Tunduk je susah hati ke..? hehe
 
Kumpulan menang sorak
 
Aku sangat suka suasana ni
 
 
Sekejap je dah dapat!
 
 Nampak tak perbezaan warna semasa sotong baru dinaikkan dengan yang ini?
 
  Bruno dapat 2 ekor!
 
 Ya Allah, sangat indah sunset di laut. Aku post 2 keping aje lah ye
 
 Walau dimana kita berada jangan dilupa Sang Pencipta. Kamera ditala dari semua arah, kesian pakcik lagi sorang tu susah dia nak tukar seluar kikikiii...
 
  Inilah hasil tangkapan kami di hari kedua mencandat
 
Pukul 8.30 malam marshal suruh berpatah balik ke jalan yang lurus jeti. Panggilan pertama dan kedua tu kami buat dek je.. ye lah tengah syok naikkan sotong. Bila marshal kata "tangkapan selepas ini tidak akan dikira..." barulah peh peh peh.... bot bergerak pulang. Baru naik syeh dah kena panggil balik dek marshal. Anti klimaks betul hahaha...
 
Pengalaman mencandat sotong ini very enjoyable jika kita melakukannya with family and friends. Kalau ada kengkawan yang poyo kata terer sangat kat laut ko tengok je lah berapa lama dia boleh bertahan. Kami yang makan ubat penahan muntah pun muntah belilah dilambung ombak. Pengalaman yang kami dapat ni priceless walaupun seksa mokcik mencandat kali pertama tu. Dan, pemandangan bot-bot berbondong-bondong ke laut macam nak pergi berperang tu sangat indah ditambah lagi keindahan matahari terbenam. Ya Allah sangat cantik!! Kena alami sendiri baru percaya.
 
 
Aktiviti Sampingan
 
Selain daripada mencandat sotong, kami juga dibawa snorkelling di Taman Marin Pulau Pinang yang berhampiran Pulau Redang. Di sini ada banyak kumpulan ikan yang pelbagai jenis terutama di bawah jeti tu. Kalau tahun lepas aku mengekor je geng yang pandai berenang kali ni aku pergi sendiri. Confident level dah tinggi gituh. Ikan biru, belang-belang, kuning? Semua ada, banyak pulak tu. Taman marin kita ada banyak ikan. Berjenis-jenis. Berpuak-puak. Baguslah kita ni tak makan ikan yang cantik cantik tu. Kalau kita tak jaga dengan dengan baik kehidupan marin tu anak cucu kita nanti dapat tengok ikan kat dalam tv je lah kot. Tak pun dalam buku teks sekolah.
 
Kami juga dibawa ke beberapa acara anjuran kerajaan negeri Terengganu, Tourism Terengganu dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan seperti :

Mengambil bahagian dalam permainan tradisional di Festival Kenyir 2015



Bersukan air di Kenyir Water Park




Mengutip kepah di Kampung Mangkok, Setiu





 
 
 Ke Pekan Budaya dan Kesenian Setiu
 
 
 
 
Melihat gajah bermain dan mandi di Kenyir Elephant Conservation Village
 



Melihat keindahan budaya di Pesta Peranakan Terengganu



 
Melawat Muzium Terenggan yang terbesar di Asia Tenggara
 
 




Melawat kompleks Taman Tamadun Islam...

 
 
 
serta tempat peghabih duit Pasar Payang ! heheh..


 sumber di sini


sumber di sini


Eh, ada lagi.... kami bersantai sambil bergambar di Lorong Penyu dan Lorong Payung juga!


 


 You gonna love this street art peeps !!
 
 
Ingin Mencandat Sotong di Terengganu?
 
Banyak pihak mengaturkan acara mencandat sotong termasuk homestay, resort, tour and travel agency. Tuan bot yang kami naiki tu quote pakej candat sotong RM3,000 sebot untuk 3 hari 2 malam termasuk sewa bot, tekong, 3 awak-awak serta makan-minum. Satu bot boleh memuatkan  8 orang. 
 
Sila hubungi Encik Khalid untuk keterangan lanjut di nombor 014 8186587.
 
Untuk maklumat lanjut boleh juga bertanya dengan:
 
Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : +609 6262020
Faks: +609 6262022
 
 
Menurut Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya di majlis penutup (yang dibacakan oleh Dato' Mohd Jidin Shafee) program Terengganu International Squid Jigging Festival yang dimulakan pada 2014 telah membawa banyak kemajuan dalam taraf hidup masyarakat bukan sahaja kepada nelayan tetapi semua yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan sokongan kepada industri ini. Jumlah pelancong yang datang dalam tahun 2014 juga telah meningkat sebanyak 11.9% kepada 4.5 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Mereka menjangka tahun ini kedatangan pelancong adalah seramai 5 juta orang.
 
Aset negara yang lain akan lenyap ditelan masa, pelancongan akan terus berkembang selagi kita berusaha untuk mempertahankan keberadaannya dan memperbaiki kelemahan yang ada. Tidak ada sebab pelancong tidak akan datang kembali ke Negeri Cantik, Budaya Menarik ini kerana segalanya ada di sini.


(berehat di Pulau Redang sebelum mencandat sotong)
 
 
 
 
 

 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free