Pulau Tinggi | Tempat bertandang hidupan marin

Pulau Tinggi | Tempat bertandang hidupan marin | Dari Pulau Besar kami ke Pulau Tinggi juga di Mersing, menyambung keasyikan mandi-manda air laut yang jernih seperti keluar dari paip. Pure bliss.


Bayangkanlah mendarat saja di jeti nampak air jernih kebiruan sambil ikan berenang di bawah jeti. Cantik! Dari 13 pulau (if I'm not mistaken) yang ada di Mersing, Pulau Tinggi merupakan salah satu daripada enam pulau yang dibuka kepada umum dan its cater for moderate and lower budget tourists. Kepulauan Mersing sebenarnya tidak terlalu digembar-gemburkan sebagai lokasi pelancongan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang ke sana tetapi ia dah lama menjadi 'syurga' kepada penyelam. Di tepi pantai tu pun ada banyak corals.

Bersama @neyrashazeyra

Saja nak tunjuk corals di bawah tu.


Waktu paling baik untuk bercuti di Pulau Tinggi ialah selepas musim monsun berakhir bermula Mac hingga September. Masa itu laut dah tenang dan pasir halus memutih di pantai. Bulan Jun dan Julai sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan diving kerana di waktu itu air sangat jernih. 

Rasanya perkara paling best di Pulau Tinggi ialah ia menjadi tempat penyu mendarat! Masa kami ke sana takde rezeki nak tengok tetapi di sebelah TAd Marine Resort ada Pusat Taman Laut Pulau Tinggi yang berfungsi sebagai turtle hatchery. Selain itu, ikan lumba lumba (dolphin) juga sering bermain di sini. Jika bernasib baik dugong pun berkeliaran. Biasanya dolphin dan dugong akan bermain dalam kumpulan kecil. Kalau mereka tak muncul, berpuas hati sajalah dengan 'dugong' yang dok berjemur di pantai tu 😁😁😁


Aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Tinggi

Selain bersantai di pantai, ada beberapa aktiviti lain yang boleh dibuat di sini. Diantaranya:

1. Melawat pusat penetasan penyu.

2. Island hopping. 
Kena arrange dengan pihak resort. Bila pergi ke pulau-pulau di Mersing ni kan, mesti kita akan rasa sangat kagum betapa cantiknya negara sendiri.


3. Jungle trekking ke air terjun Pulau Tinggi.
Masa ai pergi tu airnya keruh, mungkin disebabkan hujan lebat malam sebelum tu. Boleh tahanlah mendaki tu, boleh dengarlah bunyi nafas sendiri dalam video hahahah... mak pancit nakkk!


Berbaloi-baloi penat mendaki ke sini.

4. Mendaki Gunung Semundu.
Kepada yang lebih aktif dan sukakan cabaran cubalah naik ke gunung ini. Dari atas boleh nampak pulau-pulau lain di sekeliling Pulau Tinggi. Mesti puas hati mendaki tiga jam.

5. Snorkeling & scuba diving
Sila berurusan dengan pihak resort untuk dua aktiviti ini. Kita akan dibawa ke satu pulau kecil lain yang sangat banyak ikan. 

Yang lucunya masa kami pergi tu, dengan seluas-luas lautan boleh kami berasak-asak di satu tempat yang sama hahah... ini kes takut airlah ni. Aku dah tentulah fobia disebabkan kes hanyut di Khai Island Oktober lepas. Dalam video boleh nampak kaki oranglah, punggunglah... siap ada yang tersepak lagi heheh...

6. Berkayak


7. Melihat kunang-kunang (fireflies)


Berjarak 20 batu nautika dari tengara Mersing di Laut China Selatan, pulau ini sangat sesuai untuk short gateaway. Berehat di pantai indah bersama keluarga dengan hembusan bayu laut perghhh...! Ya Allah bahagia betul. Pulau ini agak besar juga. Ada dua resort tiga bintang, penginapan bajet di Tok Mok, enam buah kampung yang masih berpenghuni, masjid dan sekolah. 

Hanya ada sembilan murid dengan tujuh orang guru di sekolah tersebut. Memang heaven lah cikgu yang mengajar di sana... tapi personally aku rasa ia satu pembaziran. Adalah lebih baik guru-guru tersebut ditempatkan di sekolah yang kekurangan guru. Ada guru sekolah di bandar yang menanggung beban mengajar 45 orang murid dalam satu kelas.


Bagaimana untuk ke Pulau Tinggi?
Sila naik feri atau bot dari jeti Tanjung Leman. Perjalanan dengan bot kira-kira 30 minit manakala feri 1 jam 30 minit.

Jangan lupa bayar jetty fee RM5.30 seorang dan yuran taman laut RM5 dewasa RM2 kanak-kanak.

Kos satu bot dengan 12 penumpang ialah RM450 sehala tetapi resort di sini dah siap buat pakej. Lebih mudah ikut pakej sebab dah siap makan sekali. Pulau kecil uols, barangan di kedai pun terhad.


Tips ke Pulau Tinggi
1. Sila bawa insect repellant jika mahu membuat aktiviti di hutan.
2. Bawa ubatan, tiada klinik dan hospital di sana.
3. Bawa jajan. Jenuh juga la berlapar kalau kau jenis tidur lambat.


Pergilah, Pulau Tinggi memang best!



20th Century Fox World Studio Store kini dibuka di Resorts World Genting

21 April tarikh bersejarah bagi bagi 20th Century Fox World diatas pembukaan 20th Century Fox Studio Store yang pertama di Malaysia di Sky Avenue, Resorts World Genting.

Kedai ini menjual pelbagai barangan istimewa dan edisi terhad dari filem popular keluaran 20th Century Fox yang terkenal dengan karakter kesukaan kanak-kanak seperti Ice Age, Rio, Alien Vs Predator dan Planet of the Apes. Yang pertama dibuka di Malaysia, ia merupakan sebahagian daripada 20th Century Fox World Theme Park yang dijangka akan dibuka penghujung tahun ini.

Hari pelancaran dimulakan dengan tarian Samba dari empat penari diiringi alunan muzik secara "live". Kemudian karakter kartun kegemaran kanak-kanak masuk diikuti ucapan ringkas daripada Brian Machamer, timbalan presiden kanan 20th Century Fox World Theme Park merasmikan majlis. Kemuncaknya acara memotong riben sebagai simbol pembukaan rasmi 20th Century Fox World Studio Store. Tidak sampai 10 minit acara pembukaan rasmi pun selesai dan semua media serta orang ramai masuk membuat 'lawatan tapak'. Majlis yang ringkas, pantas dan tidak membuang masa. 



Brian Machamer, Timbalan Presiden Kanan 20th Century Fox World Theme Park memberi ucapan ringkas merasmikan majlis.

Jules Vallier, GM of design and construction, Paul Baker, the deputy CEO of RWG dan Brian Machamer, the senior vice-president of the 20th Century Fox World Theme Park.

Orang kuat di sebalik 20th Century Fox World Studio Store.

Apa yang dijual di 20th Century Fox World Studio Store?
T-shirt, topi, mug, fail, poskad, fridge magnet, beg, buku nota dan pelbagai lagi dengan karakter kartun dicetak padanya. Asli tau, bukan cap ayam! Harga t-shirt diantara RM79.90 hingga RM89.90. Harganya berpadanan dengan kualiti.

Kepada yang sukakan limited edition toys tu boleh jenguk di sini.



Nak jugak nak jugakkkkkk !
  
Bos pun beratur nak bayar.

Some refreshments berkalori tinggi 😂😂

Cup cakes berjenama 20th Century Fox World.


Di mana 20th Century Fox World Store di Malaysia?
Di tingkat dua, SkyAvenue Genting, lokasi hiburan keluarga di Resorts World Genting, Genting Highland. Sebelah Uniqlo tu je.


Bagaimana untuk ke 20th Century Fox World Studio Store?
Selain menaiki kenderaan sendiri, bas juga disediakan. Pilihlah naik bas sahaja ke.. atau naik bas dan SkyWay (cable car). To me naik cable car sekali baru best.


Express Bus & SkyWay

Express Bus RoutesAdultChild
Pudu Sentral to Awana Transport HubRM12.60RM11.50
KL Sentral to Awana Transport HubRM12.30RM11.20
Terminal PUTRA LRT Gombak to Awana Transport Hub RM11.40RM10.60
1 Utama to Awana Transport HubRM12.60RM11.50

Bus Only

One-WayAdultChild
Awana Transport Hub* to Pudu SentralRM4.60RM3.50
Awana Transport Hub* to KL Sentral**RM4.30RM3.20
Awana Transport Hub* to Terminal PUTRA LRT GombakRM3.40RM2.60
Awana Transport Hub* to 1 UtamaRM4.60RM3.50
Terminal Bersepadu Selatan to Awana Transport HubRM5.50RM4.10***
* Waktu beroperasi dari 8.45 pagi hingga 8.30 malam setiap hari untuk tiket bas ke mana mana stesen bas Go Genting Express.
** Bas terakhir bertolak jam 9.30 malam.
*** Kanak-kanak/ warga emas/ OKU


Jika ingin merasai pengalaman berbeza, naik Awana SkyWay di Awana. Stesen cable car tu di sebelah Genting Premium Outlet (GPO). Caj parking kenderaan di situ (dan tempat lain) RM3 sejam maksimum RM18 sehari pada hujung minggu.

Kenderaan juga boleh diparkir di sekitar resorts termasuk First World Hotel, Genting Grand, Maxims, Resort Hotel, dan SkyPlaza.



Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village

Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village | Satu komuniti harmoni di perkampungan nelayan di selatan Koh Samui menjadi tempat untuk melihat Koh Samui yang asli, tidak terjejas dek pembangunan berlebihan. Ianya hanya sepelaungan dari Hin Ta & Hin Yai 😀 dan utara pusat pelancongan Laem Set yang terkenal dengan Samui Aquarium, Tiger Zoo dan Butterfly Garden.



Image result for hua thanon fishing village
Sumber di sini.

Kampung ini agak laid back. Sepertimana namanya, majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan. Oleh itu pasar basahnya menjadi lokasi untuk mendapatkan bekalan ikan mentah segar yang didaratkan nelayan di sana. Ia juga dirujuk sebagai "Koh Samui muslim village" kerana ramai penduduk beragama Islam berada di sini. Masih banyak rumah kayu di sini.

Bermula dengan kedatangan warga Pattani sejak 120 tahun lalu, ia juga dihuni oleh penduduk asal Thai beragama Buddha tanpa sebarang prejudis diantara satu sama lain. Kini terdapat kira-kira 600 kaum muslimin dan muslimat di kampung ini. Malah masjid terbesar di Koh Samui, Masjid Nurul Ihsaan, juga di sini.


Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.


Pelajar tahfiz dan jemmah masjid sedang berehat di hadapan Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Salurkan saham akhirat anda untuk membantu anak yatim di sini ke akaun Gongtunpeardekkampra di Government Savings Bank 0201-1-503896-8.

Bot-bot nelayan yang dipanggil kolae dengan warna terang kelihatan sangat menarik tersusun di tebing sungai bila nelayan tidak ke laut. Walau bagaimana kuat mereka bekerja, hasil tangkapan hanyalah untuk pasaran tempatan. Ye lah kan, tak terlawan bot besar yang serba lengkap. Ikan-ikan yang didaratkan ada juga yang dikeringkan menjadi ikan masin. Di Tak Bai (juga selatan Thailand) ada sejenis ikan masin yang mahai bukan main yang takde di tempat lain. Harga ikan masin pun mahal macam emas 😡 

Image result for hua thanon fishing village
Sumber di sini.

Ramai yang berniaga makanan halal. Sewa je motor untuk ke sini.





Di mana restoran makanan laut yang sedap di Hua Thanon tu?

Salah satunya yang ini,  Malayu Samuiseafood & Resort.


Malayu Samuiseafood & Resort, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui, Thailand

Tengoklah saiz udang tu. Paling bawah, kensom.

Oleh kerana berhampiran penempatan manusia dan menjadi lokasi pendaratan hasilan laut, pantai di sini tidaklah secantik pantai di Chaweng, Lamai dan Bo Phut. Namun tarikan utama ke kampung ini ialah pengalaman melihat Koh Samui yang asal dan kedai makanan halal yang banyak dengan harga murah berbanding di bandar. Kalau sewa motor/kereta pergilah ke sini cari sarapan pagi. Penginapan bajet juga ada di sini.


Untuk bacaan lain:

Resort yang best di Koh Samui ada di sini.
Restoran makanan halal pun banyak. Sila baca di sini.

Old Phuket Town yang Instagramable!

Old Phuket yang Instagramable! | Aku purposely nak bermalam di bandar Phuket pada hari terakhir di sana sebab nak melihat apa yang menarik di pasar malam. Ya aku suka ke pasar malam dan pasar pagi di negara orang untuk melihat budaya dan cara hidup mereka selain makanan yang dijual.


Banyak yang menarik di Phuket, aku pun dah pernah buat senarai perkara menarik di sana tapi aku stay di pekan lama yang lebih bersejarah dan dipenuhi dengan deretan kedai bersenibina menarik.


Apa yang menarik di Phuket Old Town?

1) Bangunan rumah kedai bercirikan Sino-Portugis
Di kemuncak kemasyhuran Phuket sebagai kawasan perlombongan bijih timah pada kurun ke-19, para pelombong dan pedagang dari China dan Eropah datang 'menghurungi' Phuket seperti semut mendatangi gula. Mereka membawa sekali bahasa dan budaya. Percampuran pedagang dari China dan eropah inilah punca pembinaan bangunan rumah kedai yang bercirikan Sino-Portugis yang masih kekal teguh hingga ke hari ini malah sebahagiannya telah ditukar fungsinya menjadi bar, kafe dan rumah tetamu/hotel. Bangunan pertama yang ada di sini dikatakan telah dibina ketika pemerintahan King Rama V di antara 1853 and 1910.

Di Talang Road dan lorong-lorong di sekitarnyalah beradanya bangunan lama yang menarik tu. Di sini juga banyak kedai kopi, bar, kedai kain, guesthouse, kuil Buddha, kedai mainan dan kedai sensei. Kedai ubat tradsional Cina tertua di Phuket terdapat di sini dan mereja juga turut supply produk ke spa-spa di sana. Jalan sepanjang 350m ini dimeriahkan dengan kedai dan pejabat milik peniaga muslim Thai, India dan etnik Baba iaitu keturunan imigran dari China yang datang melombong bijih timah pada awal kurun ke-20 yang berkahwin dengan wanita tempatan. Di malam hari kedai-kedai ini akan 'ditembak' dengan lampu limpah yang bertukar warna dari biru-hijau-magenta.

The late King Bhumibol yang disayangi rakyatnya.

Semua sepesen je  kaca kat atas tu.



Second trip in October 2018 at Talang Road, Phuket.

Gambar masa first trip bulan Ogos 2018.

Akhirnya dapat juga bergambar dengan King Bhumibol Adulyadej.

Belakang rumah orang 😃 Habis segala lorong aku masuk. Tu yang best jalan sensorang.


Phuket Thai Hua Museum.

Tempat letak kaki di skuter. Kat Thailand ni kan ada bermacam benda menarik yang made in Thai. 



2) Mural @ Street Art
Mural- mural ni aku jumpa di Talang Road. Jalan ke Metropole Hotel pun ada juga.




3) Pasar malam @ Lardyai
Phuket Walking Street atau Lardyai ialah pasar malam yang dibuka hanya pada petang Ahad membawa ke jam 10 malam di Talang Road. Bermacamlah yang dijual di sini seperti makanan, cenderahati, passport cover, pakaian dan sebagainya. Tak perlu risau tentang makanan halal, tak muat perut!

Pintu masuknya di sebelah timur Talang Road yang ada pintu gerbang bertulis LARDYAAI dalam tiga bahasa; Thai, Cina dan English. Untuk tidak merosakkan "ciri-ciri lama" kawasan ini, kabel elektrik di sini ditanam pada tahun 2012. Jadi bila kita berjalan-jalan tu takdelah sakit mata melihat kabel elektrik yang berselirat seperti di tempat lain. Nak ambil gambar pun cantik je.

Berbagai makanan dan minuman dijual. Ada jugalah try beberapa jenis makanan manis yang kuyakini tiada bahan syubhah. Ada seorang peniaga tu dia jual sambal kering ikan bilis bercampur almong nuts yang macam kat Panyee Island tu. Sedap bag hang! Ratah gitu je. Anak bongsu aku yang lima tahun tu kemain suka walaupun pedas. Di sinilah juga pertama kali minum jus mulberi segar. Sedap, tapi tak berani minum lelebih bimbang perut menjadi lawas benar pagi esok. Nayalah aku time fly balik. 

Sewaktu aku di sana ada pameran motor besar dan vintage car. Kereta lama macam milik peniaga je... agaknya sebagai tarikan. Lebih menariknya, ada tiga kumpulan membuat persembahan nyanyian denga tiga genre berbeza. Penuh kerusi!




The famous mango sticky rice (pulut mangga), makanan asli Thai.

Jarang aku ke pasar di waktu malam. Sesekali dapat juga memerhati bagaimana susahnya manusia lain mencari sesuap nasi.

Jika anda sukakan bangunan lama seperti yang masih wujud di Melaka dan Pulau Pinang, Old Phuket Town harus menjadi lokasi selanjutnya untuk dilawati dan selfie 😃


Bagaimana untuk ke Phuket dari Malaysia?
Naik MAS boleh, Malindo dan Air Asia pun ada. Phuket International Airport besar dan selesa cuma... bawa botol kosong eh untuk ke toilet. Surau juga ada tapi bukan di boarding area.

Jika masuk melalui jalan darat, jenuh jugalah sebab jauhnya 436km dari Hadyai so kena memandu selauh 6 jam 50 minit di Route 4. Pilihan lain dari Hadyai ialah bas dan keretapi.

Jika dari Patong Beach pula paling convenient sewa motor untuk ke Phuket Town. Rata rata sewanya 200 baht sehari. Naik bas pun boleh, 30 baht je tambangnya. Naik bas lama, best!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free