Mendulang emas di laman rumah? Beruntungnya....



Entry kali ni orang perempuan mesti suka, selepas habis membaca blogpost yang ini mungkin akan berkata kalaulah kat kampung aku.....aku yang tak berapa minat barangan kemas pun terasa alangkah bagusnya kalau di belakang dapur aku ada berkilo-kilo emas tulen.




Sebelum terlupa lagi, asal nama Terengganu ni ada banyak versi. Yang biasa orang ceritakan mereka menyebut sinar atau pelangi itu sebagai ganu. Jadi bila sunrise mereka akan berkata terang dah ganu. Lama kelamaan it became shorter, Terengganu. Begitulah ceritanya.... Aku rasa ramai yang tak tahu cerita ni tapi kalau disebut Terengganu otomatik otak akan teringat minyak dan Pasar Payang. Betul tak? 

Kali ni aku memandu bot membawa (kononnya) para pengamal media dari TV Al Hijrah, Bernama TV, myNewshub, Santai Travel dan lain-lain ke Kg Jenang, Marang, Terengganu sebagai salah satu acara sempena program Sahabat Media-Terengganu Kesenian dan Kebudayaan. Senang je bawa bot ni...kelajuan bot masa ni dalam 4 knot. Boleh tahan lajulah.

Memandu bot sama macam memandu kereta. Ghimeh amek den pakai life vest ni...

 Adakah aku telah terkeluar dari bot?

Sesampainya kami di sana kami disambut dengan paluan gendang dan silat oleh orang kampung sebelum diraikan dalam jamuan kecil-kecilan. Makanan yang disediakan orang kampung susah nak jumpa yang tak sedap. Mungkin disebabkan mereka menyediakannya dari hati untuk meraikan tetamu yang membawa rahmat. Betul, tetamu yang baik membawa rahmat jadi kalau ada orang datang ke rumah semasa kita sedang makan minum ajak dia makan sekali. Jangan ko lari menyorok bawa pinggan pulak rugi...rugi.....


Korang yang muda belia pernah terbaca kisah melombong emas di Rusila tak? Rusila tu di daerah Marang kawasan Tuan Guru Haji Hadi. Punyalah banyak emas kat situ sampai runtuh tanah kena korek. Kawasan tak bertuan yang dilombong hasil buminya yang bernilai tinggi kemudian diwartakan hak kerajaan. Sempatlah mereka mengumpul harta beribu-ribu ringgit dalam sekejapan sahaja.

Walaupun cerita Rusila gegak gempita hebatnya, kampung Jenang juga di daerah Marang pun apa kurangnya. Paling syok boleh mendulang emas di laman rumah sahaja. Haa??? Mesti orang Kuala Pilah frust sebab semurah-murah emas di Kuala Pilah kena beli, yang di Kampung Jenang boleh kuis dengan jari je ibaratnya. Punyalah banyak dalam tanah kampung mereka.

Kalau dulu aku terlihat dalam sebuah majalah gambar rumah seseorang digali disekelilingnya, kali ni aku tengok sendiri lubang-lubang yang mengeluarkan emas. Bertuahnya..........

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang, Rasid Abdul Ghani , mereka hanya perlu menggali beberapa kaki sebelum menemui emas 10! Emas yang ini terlalu lembut, ia harus dicampurkan dengan logam lain untuk mengukuhkannya.. Bila aku tanya kenapa tak gali lagi? Saya tak ada masa katanya. Adohaiiii.....masa tu terfikir kalaulah husband aku orang kampung ni harus sakit tangkuk aku menanggung kalungan emas. Kalau pergi kenduri pun bolehlah ambil lauk yang jauh dahulu sebab nak tarik lengan baju sampai ke siku hahaa.. Kata Encik Rasid lagi bila musim cuti sekolah rumah dia penuh dengan adik-beradik mendulang emas.


Emas sebanyak ini pun dah bernilai RM200+

Menurut Encik Rasid, mereka tak hairan kalau orang datang meminang anak dara mereka dengan membawa emas tapi berbesar hati kalau diberi mesin mendulang hahahaaa....dengar tu uollsss. Bakal pak mertua korang dah bagi tips nih.

Sebelum beredar aku berseloroh, bagi la kami sovenir tanah seorang sekampit hahaha....seloroh yang penuh harapan ;-)

Okaylah emas dah jumpa, puas hati den. Lain kali kalau dijemput ke Terengganu lagi aku nak request jumpa Ustaz Azhar Idrus dan Eman Manan (pojaan hatiku) pula. Itupun produk Terengganu yang bagus, sama seperti Nicol Anne David yang sinonim dengan Pulau Piang. Boleh tak Tourism Terengganu? ^---^

Post a Comment

3 Comments

  1. Pertama kali melihat butir emas. :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau kat bawah rumah saya ada lombong emas. Hari-hari duk lombong. hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau kat rumah ada emas, ajak ai sekali eh Ammar. Dapat buat bayar yuran sekolah setiap bulan pun jadilah.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.