JJCM | Sarapan Pagi Di Warung Ngarai



JJCM | Sarapan Pagi Di Warung Ngarai | Semasa kami pergi ke rumah keluarga di Tiak, aku nampak satu penginapan baru bernama Bin Daud Boutique Chalet. Gempak uii desain penginapan baru ni siap ada swimming pool. Lokasinye sebelah SK Tiak, Kupang, Baling.

Kami balik Baling bulan April hari tu tapi tak perasan pula ada construction kat situ. Chalet ni depan jalan besar laluan ke Grik/Kelantan jadi sesiapa yang dah tak larat hadap jem boleh berehat dulu di sini. Dengarnya masa PMX ke Baling awal bulan hari tu chalet ni jadi tempat rehat beliau dan rombongan. 

Dari pekan Baling ke Tiak aku ikut Jalan Sera, jalan kampung yang elok bertar. Aku suka pandang persekitaran tempat baru dan perasan begitu banyak sekali banglo baru dengan desain menarik, seperti yang selalu lalu di media sosial. Mungkin anak-anak mendapat tanah warisan atau mungkin juga orang luar yang membeli tanah di sini. Kebanyakannya banglo setingkat seperti yang ku angankan. Berangan je lah...


Jalan-Jalan Cari Makan
Masa berborak dengan adik ipar dia dok suruh kami pi try Warung Ngarai. Dekat ja... mu jalan teghuih pahtu naik kanan- katanya. Aku apalagi.... sejak bekerja semula dan pegang duit sendiri pantang orang promote tempat makan nak cuba saja 😀

Aku nak pergi awal tapi anak-anak bantai tidur lepas Subuh. Aku dah siap sidai kain sapu rumah segala masih lagi liat nak bangun, aku pun chow dulu. Aku dah cakap banyak kali, aku punya time start pukul tujuh pagi. Bercuti di hotel pun sama, pukul tujuh pi breakfast, senang ko nak membuang ke apa dalam sejam selepas tu. Breakfast awal biasanya restoran masih lengang, boleh memilih dengan tenang. Apaknya sibuk mengemas dahan pokok yang dipangkas semalam jadi dia tak ikut.

Masa aku sampai tu sekumpulan rider baru keluar tapi masih ramai. Ada beberapa buah kereta dengan no plat luar Kedah. Kedengaran bebudak kecik speaking London... ni mesti orang Kolumpo balik bercuti.

Betullah kata adik ipar dan mak mentua bahawa lokasi warung ni best. Dah la atas bukit, menu pun laris. Kalau buat intimate wedding pun ok juga ni atau majlis nikah dengan hidangan sarapan pagi. Ingatkan kedai baru tapi sebenarnya dah dua tahun beroperasi. Awat tak dak orang habaq?



Aku nak makan roti je tapi habis, hanya tinggal soto ayam, lontong dan nasi lemak jadi terpaksalah order soto dan kopi Ngarai. Ok sedap cuma sambal kicap tak pedas lansung. Kepada biras aku yang dok kata kopi Ngarai rasa kopi Vietnam sampai aku tak manyabar nak cuba, hang ni la... ... manade... coffee latte lah. Sabo je le dengan mamat tu.

Harga? Boleh tahan.




Tempat bergambar.

Anak pernah bersekolah di sini.

Balik tu husband aku sibuk nak tengok gambar. Lain kali kita pergi bersama eh, kita JJSM tempat lain juga. I belanja.


Warung Ngarai
Kg Bukit Kuala Kuang
Kupang
Kedah
⏰️ 7am - 12pm (Khamis cuti)
📞 013-4446433


Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom