Resipi Kuetiau Paling Sedap Di Dunia | Kuetiau ialah mi leper berwarna putih yang biasa di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada tepung beras dan boleh dihidangkan dengan udang, telur, taugeh, sawi. Ia boleh digoreng, dibuat sup atau kari.
Hampir setiap kali nak makan kuetiau ni aku takkan lupa pengalaman di Ho Chi Minh City. Makanan tempatan ada tapi gedik nak makan "Kuetiau Penang" juga di salah sebuah restoran halal berdekatan Ben Thanh market.
Sementara menunggu kuetiau siap aku terpandang pelayan restoran sedang bergelak ketawa di luar kedai. Baru bertukar shif agaknya tu yang gembira nak balik. Sebelum naik motor dia cabut tudung sarung dia. Aku pun eh... Itu satu.
Keduanya, kuetiau yang berharga RM15 sepinggan tu masin! Mahal kan... kite makan jugalah sikit sikit 😝 Entah kenapa aku tak komplen hahhaha...
Peminat Kuetiau
Bila makan malam di luar aku biasanya tak minta nasi, selalunya kuetiau kantonis/kungfu/ladna. Agaknya itulah sebab si apak belajar goreng kuetiau. Dia sangat rajin tengok video cara-cara memasak dan sehinggalah tahu bagaimana nak menjadikannya sedap. Jiran kami kalau nak makan, mereka beli semua bahan dah minta dia masak. Dia pakar goreng kuetiau.
Peniaga dan pelanggan Melayu selalu beranggapan char kuetiau tu jenis basah, bila order kuetiau goreng mereka buat yang kering. Dalam dialek Kantonis dan Hokkien, "char" bermaksud goreng jadi sepatutnya kalau kita nak yang basah kita kena cakap kuetiau goreng basah. Ada seorang Cina cerita dia pergi gerai Melayu order char kuetiau dan dihidangkan dengan kuetiau goreng basah. Dia pun confuse. Mungkin ada yang kata ala.. small matter... Aku berpendapat biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Aku tak masak dua jenis kuetiau ni sebab kalau aku masak anak tanya, mama ke masak ni? huhuu... tak sedaplah tu. Aku masak kuetiau kungfu atau kantonis je.
Resipi Kuetiau Paling Sedap
Ayah, nak telur mata. Wah... main order je dia macam makan kat kedai.
Ini bahan yang kami selalu guna. Sukatilah nak tukar ke sotong/ketam/lobster ke.. ikut poket memasing.
Sebungkus kuetiau- leraikan
1 ikat sayur kucai
Dua genggam taugeh - nasiblah siapa tak suka 😄
Isi ayam - dipotong kecil
Isi ayam - dipotong kecil
Udang - kalau tengah kaya boh banyak
Fishcake - potong nipis
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili giling - pastikan jenis pedas ke tak
2 sudu makan kicap manis
1 biji telur
Fishcake - potong nipis
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili giling - pastikan jenis pedas ke tak
2 sudu makan kicap manis
1 biji telur
Bawang putih- cincang
Minyak masak
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa secukupnya
Air rebusan kulit udang
Daun ketumbar - hiasan
Cili potong/jeruk- kalau nak pedas
Cara memasak kuetiau goreng kering:
1. Bersihkan udang, kopek kulitnya dan rebus kulit serta kepalanya. Tapis air rebusan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili giling, sos cili dan sos tiram.
3. Masukkan ayam, fishcake, udang dan terus perasakan dengan garam serta serbuk perasa.
4. Masukkan kuey teow dan kicap manis. Gaul rata kemudian pecahkan telur, kacau lagi.
5. Masukkan kucai dan taugeh terus tutup api. Siap untuk dihidangkan!
Untuk kuetiau goreng basah:
6. Masukkan air rebusan kulit udang selepas no 4 (kuetiau dan kicap manis), pecahkan telur kacau rata kemudian masukkan kucai dan taugeh. Kena makan masa panas supaya kuetiau tak kembang.
Tips:
1. Kalau masak banyak berbungkus-bungkus, siapkan pesnya dulu. Nak sedap, orang tak goreng kuetiau sekali banyak, biasanya untuk dua orang makan sahaja.
2. Sebungkus kuetiau setengah kilogram boleh makan tiga empat orang.
3. Kalau nak rasa hangit sikit kena guna api besar macam di kedai tu.
Selamat mencuba sehingga berjaya.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.