Tempat Menarik Terbaharu Di Baling | Baling Boulevard



Tempat Menarik Terbaharu Di Baling | Baling Boulevard | Baling ialah kampung kedua aku dan setiap kali balik melebihi dua hari aku akan rancang ke tempat-tempat yang menarik tetapi malangnya bila dah sampai rumah jangankan berjalan, makan luar sekeluarga pun krik krik...

Dulu dulu masa anak kecil ada lah juga pergi berkelah ke air terjun lepas tu takde dah. Disebabkan itu  aku suka menggunakan kata arahan 😄 berbanding "boleh tak kita pergi sini?" Aku tak suka dikecewakan dengan jawapan "tak payahlah..." dan seumpamanya. Sekarang ni kalau nak singgah/melawat ke mana-mana macam ke Gua Sireh tu aku cakap, lepas makan kita ke Gua Sireh lepas tu baru balik rumah. Haa gitu je... baru rancangan berjalan lancar. Tanpa arahan cenggitu tu yang sampai ke sudah tak dibawanya kami ke Cameron Highland. 😑

Sekarang apaknya ikut je sebab aku selalu ungkit "dari kereta kebal tu keluar kedai sampai tak diguna lagi tak bawa pun ke Cameron Highland!" hahahahha... 


Pusing Pusing Pekan Baling
Semasa lalu di jalan sebelah KFC Baling, kami ternampak street art yang besar dan menarik di dinding kedai. Ke depan lagi rupanya ada lokasi ootd di lorong belakang kedai. Penuh mural di kedua-dua belah belakang deretan kedai. Lokasi Baling Boulevard ini bebetul di tengah pekan Baling, boleh jalan kaki je dari stesen bas dan Masjid Rizwaniah.

Mural yang dilukis menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat Kedah sejak dahulu. Ada gambar orang sedang menarik teh tarik, bas lama (yang lagi panjang kami panggil bas roti paun), biji getah, petani sedang memukul padi dan sebagainya. Macam mana entah aku boleh tak perasan gambar Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj? Agaknya sebab aku jalan menonong masuk ke kedai emas hujung tu heheheh... sempat lagi tu cuci mata walau sah takkan beli di masa harga emas naik melambung ni 😁.

Sewaktu pelancaran bulan Julai lalu pihak terlibat buka reruai di sini untuk mempromosi Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Kedah ada begitu banyak tempat menarik untuk diterokai. Jadi dengan adanya Baling Boulevard diharap dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, khususnya dalam sektor perniagaan, pelancongan dan pembangunan sosioekonomi.

Kite share gambar je lah, aku tak berapa rajin buat video.

Memula nampak mural yang ini.


Negeri Kedah yang dikenali sebagai Jelapang Padi tapi kini Selangor mengatasi.


Kenapa aku tak perasan yang ni eh? Foto by SL Woon.



Pemikiran Yang Masih Dijajah
Jap, nak merentan. 

Kenapa guna Baling Boulevard eh? Boulevard ni selalunya digunakan untuk kawasan yang panjang dan gah dengan deretan kedai atau pejabat. Contohnya Putrajaya Boulevard yang menyambungkan Dataran Putrajaya ke Dataran Gemilang dengan lebar 100m dan panjang 4.2km laluan pejalan kaki dikelilingi kedai serta pejabat. Nota: Pernah heboh juga bantahan penggunaan boulevard dan precinct. 

Anda tahu tak, di hotel dan resort berbintang lima pun menggunakan perkataan serai/mawar untuk restoran mereka? Tak boleh ke guna "Lorong Seni Baling"? atau apa apa je lah perkataan Bahasa Melayu yang bersesuaian. Guna loghat Baling pun bagus gak sebab tak sama dengan daerah lain.

Cuba tengok Indonesia atau Thailand, ada mereka gunakan bahasa asing? Yilek.

Tolonglah jangan berjiwa hamba sangat, kita dah 68 tahun MERDEKA. Baling itu sendiri ada kekuatan, sampai tulisan bertajuk Tempat-tempat Menarik di Baling dibaca ratusan ribu orang. Tolonglah Majlis Daerah Baling! Yihhh...geram aku!

Nah, dengar apa yang Profesor Madya Dr. Ramalinggam a/l A. Rajamanickam dari Pusat Kajian Undang-Undang Malaysia & Perbandingan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cakap. Dengar baik baik.











Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom