Indonesia | Jejak Warisan Ke Istano Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung)



Jejak Warisan Ke Istano Basa Pagaruyung | Melancong ke Padang-Bukit Tinggi bagaikan tidak lengkap tanpa melawat istana yang cantik ini. Ia adalah kediaman raja dan simbol keagungan empayar kerajaan Minangkabau diantara kurun ke 14-19 masehi.




Sering disebut Istana Pagaruyung sahaja, istana ini hanyalah replika yang diperbuat daripada kayu kayan hutan Indonesia dengan sangat kemas penuh kesenian. Dinding dan tiang diukir oleh tukang yang sangat mahir. 50 motif digunakan mempunyai maksud tersendiri yang mencerminkan falsafah budaya Minangkabau. Kain langsir yang menutupi pintu bilik diperbuat daripada sulaman tekat berwarna-warni menampakkan keceriaan. 

Istano basa yang asal terletak di Bukit Batu Patah telah hangus dibakar pada 1804 oleh paderi Belanda yang memerangi para bangsawan dan golongan yang memartabatkan adat. Istana kemudiannya dibina kembali tetapi terbakar pula pada tahun 1966. Bina lagi... malah pada 27 Desember 1976 Gubernur Sumatera Barat waktu itu Harun Zain, secara simboliknya meletakkan tunggak tuo (tiang utama)  sewaktu pembinaan istana baru yang dialihkan ke bahagian selatan tapak lama.

Istana yang ketiga ini pula hangus terbakar akibat petir yang menyambar puncak istana pada tanggal 27 Februari 2007. Banyak dokumen dan artifak yang dijilat api... sayang betul... jadi barang berharga yang selamat dipindahkan ke Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Harta pusaka Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano Silinduang Bulan, 2 kilometer dari Istano Basa. Kebakaran yang ini aku ingat sangat sebab makcik aku bercerita selepas balik dari sana. Masa ni aku fikir dah tegak istana baru nanti, dah cantik baru berangan nak pergi. 

Pembinaan semula melibatkan kos yang besar dan turut disumbangkan oleh kerajaan Negeri Sembilan. Ye lah kan, ada hubung kait takkan sampai hati nak dibiarkan sahaja, cubit peha kiri paha kanan teraso juo.

Istana yang panjangnya 60 meter ini berbentuk rumah panggung dengan atapnya yang mirip dengan tanduk kerbau. Orang Minangkabau menyebutnya dengan gonjong. terdapat 11 gonjong yang unik dengan atapnya yang terbuat dari ijuk (pohon enau/nipah). Dibina tiga tingkat dengan 72 tonggak (tiang) sebagai penyanggah utama.

Ruang utama di tingkat pertama sangat luas, dijadikan sebagai balairong istana. Singgahsana raja pun di sini juga. Selain itu anak-anak perempuan yang telah berkahwin pun ditempatkan di sini. Bilik-bilik mereka guna tabir je... bukan dinding kayu. Dedulu bolehlah diterima begini, sekarang tidak lagi sesuai. Yang jelas, pangkal rumah jadi port anak sulung.

Tingkat kedua untuk anak dara. Di situlah mereka tidur dan bermain, terhindar dari mata mata yang nakal dan jahat. Dari kecil lagi maruah anak gadis akan cuba dijaga sebaiknya, bapa dan anak lelaki dilarang untuk memasuki bilik anak gadis. Sesiapa yang menjaga batas-batas ini insya Allah ia boleh membantu membentung gejala yang tidak baik. Kami dijaga, not oppressed. 

Tingkat paling atas pula tempat raja memantau keadaan di luar istana.

Anak lelaki pula tinggal di mana? Di surau dan masjid. Di situlah mereka belajar fardhu ain, fardhu kifayah, memasak dan menguruskan diri. Mereka dilatih berdikari dan kuat jati diri. Nak jadi imam keluarga kenalah dilatih dari kecil, kalau tak kang tahu memerintah je macam tuan besar.







Servis sewaan pakaian tradisional
Ada banyak pilihan pakaian dengan pelbagai warna. Harga sewaan 35k/110k rupiah sepasang.


Mungkin uols ada sedikit persoalan tentang orang atau adat Minangkabau. Aku terangkan dua sajalah ye setakat pemahaman aku sendiri...

1) Mengapa orang Minangkabau ramai di Bukit Tinggi?
...kerana mereka berasal dari kawasan gunung berapi. Minangkabau terdiri daripada tiga luha (luak);

luhak "nan tuo" adalah Tanah Datar
luhak yang tengah adalah "agam" dari Bukit Tinggi dan Malinjau
luhak paling kecil adalah "bayan 50" di Lembah Arau

Ini sahaja daerah Minangkabau, sebab itulah benderanya ada tiga warna- merah, kuning dan hitam. Selain yang ini digelar daerah rantau Minangkabau.


2) Benarkah Adat Minangkabau menentang hukum syariah?
Adat Minangkabau sama seperti adat lain tetapi ada perbezaan dalam dua perkara iaitu perkahwinan dan pembahagian harta pusaka.

Dari segi perkawinan, mestilah diketahui asal usulnya kerana adat Minangkabau bernasabkan ibu. Tak boleh sama suku.

Dari segi harta pula,  Dalam Islam anak lelaki mendapat bahagian harta yang banyak kerana mereka bertanggungjawab ke atas isteri dan ahli keluarga perempuan tetapi dalam adat Minangkabau seinci pun mereka tak dapat, adat yang dipegang sehingga KINI. Dalam adat Minangkabau anak lelaki hanyalah sebagai pelindung, menjaga keselamatan dan mencari kesenangan buat keluarganya. Bawa isteri duduk sekali dengan keluarga mentua pun akan dicemuh. Nampak? Kalau dah kahwin tu pepandailah cari rumah lain ye.

Dalam bab ini ada perbezaan dengan Adat Perpatih Negeri Sembilan. Di NS anak lelaki boleh mendapat tanah kebun yang dibeli/didapatkan sendiri, harta pusaka dapat kat anak-anak perempuan. Harta pusaka keturunan je lah (kalau ada) kerana ia warisan. Rumah yang kau beli kat Bandar Ainsdale ke... Lavender Heights ke... rumah mahal kat Seremban 2 ke... bahagi dualah dengan pasangan kau, janganlah risau sangat. 

























Dari hotel penginapan kami Emersia Hotel & Resort Batu Sangkar ke istana gah ini hanyalah 4.6km jauhnya, 8 minit sahaja. Syok juga menginap di situ kerana dikelilingi kehijauan sawah padi yang terbentang luas. So if you nak bertukar angin, nak hotel 4 bintang dengan harga 3 bintang boleh stay di Emersia. Lagipun kita ada supir kannn... apadehal?

Istana Basa Pagaruyung
Jl. Sutan Alam Bagagarsyah
Nagari Pagaruyung, Kecamatan Tanjung Emas
Kabupaten Tanah Datar
Provinsi Sumatera Barat
Indonesia
Image result for logo wonderful indonesia

Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.