Travel Risks | Pernah tak terfikir risiko ketika melancong?



Travel Risks | Pernah tak terfikir risiko ketika melancong? Bila Warda Rose Lily menulis tentang risiko melancong aku rasa aku patut share di sini. Sebelum ni pernah juga menulis tentang hal ini tapi bukan dibawah tajuk "risiko melancong/mengembara" tetapi lebih kepada menulis pengalaman dan dan taklah elaborate seperti Warda Rose Lily nyatakan.

Baru-baru ni kan heboh tentang seorang pemuda 24 tahun, Muhammad Fariz R. Azli yang terkandas di Quito, Ecuador... menurutnya dapat tiket pergi balik tetapi yang sebenarnya tiket balik dari Quito tu palsu, kalau dia nak balik juga kena bawa 'barang' dari sana ke Malaysia. Muhammad Fariz R. Azli ni cerdik dan berhati-hati jugalah sebab dah banyak kes "keldai dadah" yang kantoi. Negara Amerika Latin ni memang banyak kes dadah. Dia refuse maka terkandaslah dia di Guayaguil selama sebulan setengah. Panjang akal juga dia ni, boleh ikhtiar minta bantuan daripada Kedutaan Besar Malaysia di facebook. Lebih baik malu akibat meminta bantuan kewangan daripada makan free dalam penjara seumur hidup.

Ini mungkin kes pertama melibatkan percutian percuma tapi ada kes yang lebih menyedihkan tentang seorang gadis yang membawa barang dari syarikat dia bekerja secara sah disabitkan mengedar dadah. Bos dia yang bergelar Dato' terlepas, dia yang sangkut di penjara Jepun. 

Okay jom kita baca apa yang dinyatakan oleh penulis tersebut sambil aku tokok tambah dengan pengalaman sendiri dan orang sekeliling.



Apakah dikatakan risiko melancong tersebut?
1- Travel risk paling tinggi bila nak travel dalam group yang kita tak kenali. 
Kita tak tahu siapa mereka, apa perception (asas pengetahuan dan pengalaman ke atas aspek keselamatan diri dan kumpulan/pendekatan agama dan bagaimana mereka menunaikan solat semasa musafir/cara mereka menghadapi krisis semasa travel) dan mental stability mereka.

Aku pernah travel yang kenalan baru yang dikenali dalam group facebook. Alhamdulillah ok je... rezeki. Mereka pun memang kuat jalan cuma belum berani pergi solo. Saudara aku pula joined this one trip selepas umrah. Dalam group ini pula ada yang nak bersolat lima waktu seperti biasa maka asyik mencari masjid je lah kerjanya. Tu belum kira waktu yang terbuang sebab bas tersesat lagi... letih la kalau termasuk dalam group gini. Allah dah HADIAHKAN kita solat Jamak Takdim dan Jamak Takhir gunakanlah sebaiknya, bukan selalu dapat solat jamak ni... yang selalu orang buat "Jamak Takyah". Jangan sombong dengan Allah.


2- Travel risk kedua barulah jatuh pada tempat yang kita nak pergi . 
Contohnya jika kita ke high risk countries iaitu negara yg dikancah perang, natural disaster, menjadi sasaran pengganas atau menjadi hub pengedaran dadah . Jika pon negara tersebut aman, kita mungkin terdedah kepada bahaya makanan yang dicermari contohnya agent orange yang menyebabkan kanser di Vietnam, penyakit berjangkit MERS dari Timur Tengah atau Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Sexually Transmitted Disease (STD) bagi mereka yang mengamalkan cara hidup songsang dan bebas di Thailand, Kampuchea, Vietnam dan Batam Indonesia. Hepatitis A boleh dipindahkan ke badan manusia jika kebersihan dalam penyediaan makanan tidak dijaga. Air mineral, ais dan ais krim boleh menjadi punca.

Hmm.. aku dah lama nak ke India tapi agak cuak nak travel solo selepas heboh kes gang rape tu. Aku buat pre-ssumption encik suami pun takkan izinkan pergi sensorang.

Ada satu bandar di negara jiran ni orang kita selalu kena cirit-birit. Dah banyak kali aku dengar even aku dan adik pun kena. Adik aku tu lagilah kesian sampai ML lima hari. Mungkin berpunca daripada ais sebab aku selalunya minta air teh panas tetapi hari ketiga (dari empat hari) aku order minuman berais. 

Seeloknya dua minggu sebelum kita travel ke negara yang ada risiko kesihatan macam MERS atau bird flu kita ambil suntikan vaksin terlebih dahulu. Prevention is better than cure.


3- Travel risk ketiga ialah mode of transport.
Mode of transport terbahagi dua iaitu mode of transport semasa ke tempat tersebut (kapal terbang,kapal, keretapi) dan mode of transport semasa di tempat tersebut. Kini jarang berlaku kes hijack atau kes kapal terbang di tembak missile kecuali localised dan isolated case seperti tragedi MH370 dan MH170 . Traveler patut sedar banyak berlaku kes pick pocket/kecurian/jenayah /kidnap/ rape di kalangan pengguna train metro di hampir semua bandar tumpuan perlancongan dari Barcelona, Paris, Rome, Athens (Rujuk Travel Safety articles). Target sindiket pick pocket atau penjenayah ini ialah orang Asia kerana kita traveler dari Malaysia di kategorikan sebagai orang Cina PRC yang tidak membawa credit card tapi banyak bawa wang tunai.

Ada satu video yang menunjukkan bagaimana para pencuri ni melakukan pick pocket secara profesional. Susah nak jangka juga sebab meraka ni kelihatan baik belaka. Berhati-hatilah untuk mengurangkan risiko. Bila kita menggunakan perkhidmatan syarikat teksi yang reliable pun kekadang terkena juga. 


4- Travel risk yang keempat ialah political stability/country sovereignity yang terkait dengan matawang.
Mungkin ramai yang belum sedar semasa BREXIT (Britain keluar dari European Union) pelancong Britain tidak dibenarkan menggunakan kad kredit oleh sesetengah hotel di negara luar Britain. Begitu juga ada pelancong warga Britain kelahiran Iran yang terkandas bertahun tahun di airport CDG Paris kerana tidak diakui rakyat Britain namun dia bukan rakyat Iran! (Kes Mehran Karimi Nasseri)


Apakah rasional penulis membuat turutan risiko di atas?
Kenapa saya letakkan individu dalam kumpulan travel sebagai travel risk tertinggi? Kerana collective decision making dalam kumpulan bergantung kepada ahli kumpulan. Sebab itu jika nak travel sebaiknya kita ambil kumpulan yang mempunyai ahli yang sekufu dengan kita dari segi pendidikan, social upbringing/social status, pengamalan dan pendedaham tentang keselamatan HSE (Health Safety Environment)

Selain dari itu attitude memainkan peranan penting. Jika dia tidak mempunyai pendidikan tinggi atau tiada pendedahan tentang aspek keselamatan, namun terbuka kepada suggestion yang melibatkan keselamatan maka travel risk boleh dikurangkan. Bagaimana jika individu tersebut anti extablishment, sering bergaduh dan maseh mahu melakukan aktiviti berisiko tinggi atau pergi ke tempat berisiko tinggi semasa bombing threat seperti di Turkey atau possible attack ke atas aset negara seperti di Sudan, lebih baik cari kumpulan lain atau batalkan sahaja perjalanan tersebut. Lebih baik hilang wang deposit dari hilang nyawa gara gara destructive behaviour individu yang boleh mempengaruhi keselamatan ahli kumpulan yang lain!

Penulis pernah terjebak dalam kumpulan travel backpacker kecil (seramai 3 orang) tapi ahli kumpulannya ignorant serta berdegil masih mahu membeli belah di tempat berisiko tinggi seperti Galata Square semasa kejadian serangan bomb pada 19 Mac 2016.

Pernah beberapa tahun lepas aku offer someone ikut aku melancong. Memanglah ada sedikit caj tetapi aku dah mengelakkan membuang masa pergi kedai pisaulah, kedai suteralah, kedai comforter, kedai jedlah... berjalan dengan akuberjalan sesaja, kita pergi ke tempat-tempat yang menarik sambil tu shoppinglah kalah jumpa tempat shopping. Memula dia kata mahal. Lepas tu aku tunjukkanlah pakej syarikat pelancongan ke tempat X selama 6 hari berharga RM1,800 dan aku bawa ke bandar XY RM1,800! Kalau nak ikut, ikut... tak nak sudah. Aku memang confirm pun pergi. Mengikut juga dia. Risiko bawa orang tersebut ialah dia berjalan punyalah lambat haishhh... orang sihat eh, bukan warga emas. Lelama aku pun fed-up aku tinggalkan dia hingga 50 meter. Boleh pula dia jalan lelaju.

Kawan aku ni pula pergi berkursus di Manila. Dalam kumpulan mereka ada seorang ya rabbi... penakut! Dari mulut dia sentiasa keluar yang negatif saja, macam tak pernah keluar ke bandar lansung. Kisahnya, petang hari selepas habis berkursus biasalah kita nak pergi jalan-jalan kan? Si penakut ni dah tentulah takut hahahh... kat obersi pulak tu, dan dia tak galakkan kengkawan lain keluar. Participant yang lain tu nak ikut cakap dia ke? Mestilah TAK! So mereka cakap kalau ko takut ko duduk dalam hotel, kunci pintu rapat rapat. Dia tak nak sebab takut tinggal sensorang heheheh... matilah macam ni. Akhirnya dia ikut juga tapi dok bising ajak cepat balik sebab hari dah malam. Lemaslah weiii kalau ada dalam group macam ni.

Aku bukanlah berani sangat tapi suka berada bersama orang yang berani. Bawa orang yang penakut tak mengapa asalkan dia meminjam keberanian kita dan bukannya kita yang terpaksa menuruti ketakutan dia. Aku memang malas nak layan.


Bagaimana anda bertindak jika menghadapi risiko tersebut?
Langkah pertama penulis ialah buat alternative travel plan sendirian demi keselamatan diri. Langkah pertama penulis ialah melakukan physical separation dari group tersebut dengan tidak pergi ke Galata Square dan akur dengan nasehat kedutaan Malaysia di Turki. Penulis mengambil tiket dari ketua kumpulan dan hanya membeli belah di kawasan hotel berdekatan airport Ataturk di Istanbul. Kedua penulis menempah airport shuttle/taxi dari hotel ke airport pada hari esoknya tanpa bergantung kepada ketua kumpulan. Ketiga penulis stay tune kepada news dan press release dari kedutaan Malaysia (jika ada) sepanjang hari untuk mengetahui perkembangan seterusnya.

Berkenaan dengan negara-negara berisiko tingi seeloknya browse website kedutaan Amerika Syarikat dan Britain untuk Travel Advise ke atas rakyatnya. Dari situ kita akan dapat menilai keselamatan sesebuah negara sebelum membeli tiket ke negara tersebut.

Berwaspadalah jika menerima tiket percuma atau diminta membuat assigment kerja di negara pengeluar dadah seperti Columbia, segitiga dadah Iran-Afghanistan-Pakistan kerana mungkin anda akan dijadikan keldai dadah. Risiko dipenjara seumur hidup sangat tinggi.

Berkenaan negara negara yang menjadi destinasi perlancongan di ASEAN, berhati hatilah jika anda pengamal seks songsang, seks bebas atau penagih dadah yang berkongsi menggunakan suntikan jarum intravenous kerana kemungkinan dijangkiti HIV dan STD tinggi

Semasa jadi komuniti expatriate di Vietnam dan sebagai ahli kelab International Women in Petroleum pada tahun 1995, penulis didedahkan tentang beberapa ikan dan hidupan bercengkerang/bivalves yang hidup dalam sungai, selut atau di kuala sungai yang membawa parasit. Dan untuk komuniti expatriate di Vietnam kami tidak digalakkan meminum air yang tidak dimasak contoh seperti air mineral, air batu dan ais krim di Vietnam kerana mungkin akan mendapat serangan parasit yang menyebabkan sentiasa cirit birit sepanjang hayat.


Selain itu penulis ingin membuka kisah tentang satu kajian dan pemeriksaan kesihatan oleh Petronas di Vietnam ke atas maid yang di hire oleh keluarga Petronas mendapati bahawa hampir keseluruhan maid (dan juga penduduk Vietnam) terdedah kepada Hepatitis B. Hepatitis B disebarkan melalui darah dan bodily fluid/air mani. Jadi anda boleh elak terkena penyakit tersebut dengan mengambil suntikan Hepatitis B dan abstinence/tidak melakukan hubungan sexual dengan pesakit /carrier Hepatitis B

Berbeda dgn Hepatitis B, Hepatits A di transmit melalui food handling, Oleh itu poor food hygine perlu diperhatikan dan jangan makan makanan yang kurang dimasak/separa masak atau mentah serta penyediaan makanan yang kotor. Di Malaysia, semua pengendali makanan dimestikan ambil suktikan Typhpoid dan Hepatitis.

Berhati-hatilah dengan makanan sayur dan buah yang ditanam di tanah (bukan hydroponik) kerana tanah di selatan Vietnam disembur dengan Chemical Bomb Agent Orange semasa Perang Amerika-Vietnam dan kesan trace element agent orange masih ada atas sayur, buah serta kopi Vietnam!


Pesanan khidmat masyarakat:
1. Sila bawa ubat-ubatan sendiri, handiplast, minyak angin. Selain dibimbangi kita tak dapat ubat yang sesuai, kos konsultansi dan ubat juga dibayar berasingan di kebanyakan negara Eropah.

2. Buat salinan passport. Aku sendiri ada tampal di notice board rumah. Elok juga simpan satu untuk kita dan emel kepada diri sendiri.

3. Jika pergi ke negara-negara berisiko, maklumkan kepada kedutaan Malaysia di sana. Kalau dah selamat balik jangan lupa bagi tau depa pulak. Risiko ni macam-macam, perkara luar jangka seperti taufan, gempa bumi dan tsunami pun akan membawa masalah juga. Kita permudahkan orang yang cuba membantu kita.

4. Aku selalunya akan buat itinerary dan tinggalkan satu copy di rumah. Just in case perkara tak baik berlaku sekurang-kurangnya waris/pihak berkuasa boleh agak ke mana aku pergi (walaupun ada perubahan sikit di sana sini).

5. Pesan pakcik aku yang dahulunya selalu bertugas di luar negara, di negara yang omputeh selalu jadi mangsa, kita elakkan bersama dengan mereka. Contohnya kita pergi ke satu kedai tu. Tak lama kemudian semakin ramai omputehs ni masuk jadi kita bayar dan beredar segera. Itu di tempat berisikolah. Tak jadi hal kalau omputehs tu bukan 'musuh mereka'. Macam di Krabi tu memang susah nak jumpa locals pun kecuali peniaga dan pembantu kedai... foreigner sesaja.


Kedutaan Besar juga mengingatkan dan menasihatkan supaya rakyat Malaysia yang ingin ke luar negeri atas tujuan melancong mahu pun atas urusan kerja hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada terutamanya, apabila ditawarkan tiket percuma dan ganjaran lumayan oleh pihak tertentu yang menjalankan sindiket penyeludupan dadah.

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  2. good tips.. shin dah 4 x join group yak shin x kenal.. dlm bebanyak.. 1 kali je dpt group x best.. sabo je la.. dan 1 group plak suka mkn sedap sedap.. mahal mahal.. tp share bayo sesama.. shin plak jenis bejimat ceremat.. terus larik budget..

    biasa pegi reramai sbb shin nk jimat duit transport dan rasa selamat

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.