Thailand | Baan Rim Klong Homestay

Thailand | Baan Rim Klong Homestay | Hotel, hostel, guest house dan homestay adalah penginapan yang disediakan untuk tetamu. Homestay popular di Malaysia dengan kepelbagaian konsep dan tarikan di satu satu tempat. Bagaimana dengan homestay di Thailand? Adakah sama atau lebih menarik?


Salah satu program inap desa/homestay yang kami kunjungi ialah Baan Rim Klong Homestay di daerah Samut Songkhram, tak jauh dari Bangkok malah dekat dengan Maeklong Railway Market - pasar basah atas landasan keretapi tu. Hanya 10 minit perjalanan. Masuk kawasan kampung biasalah hijau sesaje.

Komuniti homestay atau inap desa ini telah dimulakan sejak tahun 2004 lagi dan telah memenangi anugerah dalam Thailand Tourism Award ke-8 pada 2010. Istimewanya homestay ini kerana ia berada berhampiran terusan dan diuruskan dengan baik. Lebih menarik kita akan berjalan di atas laluan papan yang dibina agak tinggi dari tanah. Sewaktu air psang mesti lebih cantik pemandangan di sini.



Bagaimana dengan penginapan di Baan Rim Klong Homestay?
Bila disebut homestay dah tentulah jenis penginapan atau bilik yang kita pentingkan. Besar ke... bilik airnya bagaimana... jenis cangkung ke jenis duduk yang boleh menyambil baca suratkhabar... ada air-cond ke... hahah... mengada sangat kan, duduk homestay di kampung nak air-cond bagai. 

Sebenarnya ada beberapa jenis penginapan, ada banglo sebuah, ada juga chalet kecil tepi terusan yang menarik. Rumah kampung yang besar tu boleh memuatkan 25 orang tetamu seremtak. Ada tilam, bantal dan kelambu. Oh lamanya tak tidur dalam kelambu... last masa di SEMESTI dulu.

Pokok buah-buahan dan hiasan menyerikan lagi lanskap laman dan turut berfungsi sebagai teduhan. Sejukkk je bila angin bertiup. Paling best sebab mereka gunakan western toilet. Bagus bagus! Tak suka toilet cangkung. Disebabkan rumah tu tinggi, sambil "uk uk" boleh biarkan je tingkap toilet terbuka luas, luas pemandangan 😂




Suka yang ini. Nampak pintu kat atas tu? Unik!


Apakah aktiviti yang disediakan?
Owh banyak! Diantaranya membuat kuih ondeh-ondeh (ofkos namanya lain di sini) berwarna asli, hijau pandan atau dengan warna ungu bunga butterfly pea. Orang buat nasi kerabu tu guna bunga ni juga eh? 


Cara mengambil nira kelapa juga ditunjukkan. Dah ambil nira kenalah tunjuk juga cara pembuatan gula melaka daripada proses memasak secara tradisional hinggalah menerap acuan. Taklah susah sangat cuma perlukan tenaga sekuat generasi lama. Generasi kita yang suka makan Keepci dan Mekdi sure cepat penat. 

Potong nipis begini haa.... bila dah kering potong lagi.

 
Permainan tradisional, perhiasan rumah dari tempurung kelapa dan anyaman daun kelapa juga ditunjukkan. Kelapa memang pokok seribu guna. Pepetang boleh naik basikal meronda kampung orang.


  Pelbagai jenis lampu. Selain tu ada juga gitar serta perhiasan rumah yang lain.

Tangan yang kreatif.

Sebahagian produk keluaran kampung ini.

Jika teringin nak mencuba menginap di salah sebuah rumah di Baanrimklong Homestay boleh terus hubungi mereka ataupun Tourism Authority Thailand (TAT) Bangkok. Kotlah kan bila call tu terus menerus cakap Siam, sila contact TAT. Mereka boleh membantu.

Post a Comment

4 Comments

  1. p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  2. Menariknya. Susah tak nak cari halal food kat situ.

    ReplyDelete
  3. Kena cari di bandar Maeklong, Sue. Beli siap siap.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.