Eat.Travel.Write 4.0 Discover Selangor | Muzium Insitu, Jugra

Eat.Travel.Write 4.0 Discover Selangor | Muzium Insitu, Jugra | Jugra pernah menjadi kawasan pentadbiran British di negeri Selangor sebelum berpindah ke Klang. Ianya sebuah kawasan bersejarah dan bekas bandar diraja di Kuala Langat.


Sultan Abdul Samad telah membina Istana Jugra dan berpindah ke sana pada tahun 1875. Persemayaman baginda di sana telah menjadikan Jugra sebuah bandar diraja yang kemudiannya diteruskan oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah selepas kemangkatan baginda pada 1898. Jugra dipilih kerana berada di lokasi strategik, tidak terlalu hampir dengan sungai dan terlindung dengan Bukit Jugra. Bukit Jugra juga dikenali sebagai Parcelar Hill oleh pelaut China, Arab dan Eropah.


Muzium Insitu Jugra
Asalnya ia adalah 'rumah pasung' yang pertama di Selangor. Di zaman kolonial British bangunan ini berfungsi dua dalam satu, rumah pasung (balai polis) dan mahkamah di tingkat atas. Ia juga menempatkan penjara dilaras yang sama dengan balai polis. Ia telah dibina oleh Kapten Harry Charles Syers pada tahun 1878 dengan menggunakan batu granit yang dipotong dalam bentuk empat segi. Tentunya ia untuk membentuk struktur bangunan supaya kukuh dan teguh. Memang pun... hingga sekarang masih bertahan. Itu belum kita lihat lagi bangunan mereka yang tahan empat musim di Eropah.

**Rumah pasung kedua di Teluk Datok dan ketiga Bukit Aman.


13
Bangunan asal.


Bangunan yang telah dibaik pulih.

Dinding asal bersama tingkap baru.

Muzium yang dibuka pada 17 Januari 2012 ini terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar di mukim Jugra dan Bandar, Kuala Langat. Mempunyai tiga buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat mengenai daerah Kuala Langat, sejarah pemerintahan kesultanan Selangor di Kuala Langat (juga, salasilah kesultanan) termasuklah hasil kerja-kerja ekskavasi di kawasan sekitarnya seperti strukur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan lain-lain. Di balai pameran ini juga terdapat maklumat mengenai tapak warisan lain yang terdapat di sekitar di daerah Kuala Langat seperti Istana Bandar, Masjid Sultan Ala’eddin Suleiman, Pejabat Daerah Lama Jugra, Makam Diraja Jugra, Perigi Lama, Stor Peluru dan Sekolah Kampung Bandar. 





Gari tangan buatan British.

Kerja-kerja eskavasi.

Serpihan Gendang gangsa Heger 1 yang dijumpai di Kampung Sungai Lang daerah Kuala Langat pada tahun 1964.

Muzium Insitu Jugra juga mempamerkan sebuah kereta perisai model GMC 15 CWT yang telah digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (sekitar tahun 1948-1960). Kereta perisai ini diletakkan dibahagian hadapan muzium dan ia menjadi tarikan utama pengunjung di sini.


Bagi melindungi dan memelihara nilai sejarah dan warisan yang dimilikinya bangunan ini telah diwartakan sebagai monumen lama/tapak tanah bersejarah oleh Jabatan Warisan Negara pada 19 November 2002.

Muzium Insitu Jugra dibuka kepada orang ramai dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
MUZIUM INSITU JUGRA
Kampung Permatang Pasir
42700 Banting
Selangor.
Tel : 03-31030048
Fax : 03-31030048

1 comments so far

Boleh lah bawa anak-anak melawat ke sini.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free