Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Mon Village, Experience Hot Spring & Mud Spa

Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Mon Village, Experience Hot Spring & Mud Spa | Hello... seronok bercerita pengalaman di negara orang. Jika belum berpeluang pergi melancong pun beranganlah dulu. Berangan itu free. Dari angan-angan akan bertukar menjadi impian. Kalau dah bermimpi tu usahakanlah, tambang dah murah, lebih murah daripada naik bas pergi balik ke Kedah. Sungguh.



Aku belum cerita lagi tentang penginapan kami di River Kwai Village Hotel kan? Nanti nantilah ye.. as a #villagepeople aku berasa nyaman dan tenang je di sana walaupun wifi tak sampai ke bilik. Tunduk memasing bila berada di lobi hotel :-))

Kami dibawa melawat Mon Village. Kena naik bot dalam setengah jam kot untuk ke River Kwai Jungle Raft dan kita akan berjalan kaki dari sini. Resort yang satu ini tiada kemudahan elektrik, natural sungguh. Ia dibina sedemikian untuk memberikan suasana berlainan kepada tetamu. Best juga, kita benar-benar enjoy dengan alam. Kalau nak berenang menghilir sungai pun boleh bersama guide. Penting guide ni sebab arus boleh tahan deras.


Aku bukan menyelam.

Ada banyak resort sepanjang laluan ini.


Tengok omputehs tu 

Dari River Kwai Jungle Raft kami naik ke Mon Village. Orang Mon ini berasal dari Myanmar tetapi sebahagiannya telah berasimilasi dengan masyarakat Thai. Mereka peramah, hidup sederhana dan sudah terbiasa dengan kehadiran pelancong asing. Mereka merupakan masyarakat minoriti di perkampungan kecil di Kanchanaburi. Kaum wanita Mon pula sering memakai bedak sejuk di muka. 

Kami dibawa melihat gajah dan sebuah sekolah hujung minggu di sini. Takdelah rasa nak naik gajah di sini sebab di Taweechai Elephant Camp lebih menarik. Orang-orang Mon hidup sederhana tetapi masih kaya budaya. Sekolah hujung minggu yang kami lawati itu sangat asas untuk pelajar pelbagai peringkat umur. Banyak bendera digantung menandakan sumbangan yang diterima dari negara-negara terbabit. Elok rasanya jika dapat dibawakan pensel warna/peralatan melukis/permainan menguji minda jika anda ke sini. Sekolah ini mengingatkan aku kepada sekolah tadika aku di Kuching dulu. Laaamaaaa dulu... pandai juga aku membaca walaupun sekolah aku buruk (hanya kengkawan yang bersekolah di situ je tahu heheh...). Sweet memories after all.












BER-MUD SPA

Selepas makan tengahari kami dibawa ke Rock Valley Hot Spring & Fish Spa untuk menyerikan muka dan badan. Aku cuma memakai lumpur di muka saja... kalau dah lumur di badan kena berkemban. Takkan nak berkemban... haru.

Ada 12 hot spring pool di sini diantaranya chinese tea, mulbery tea, Babbler's Bill herb pool dan Thai herbal pool. Ada juga mineral water pool at room temperature dan ada juga yang agak panas 38-42C. Di "onsen" ini tak boleh berbogel ye... jangan ko togel je ke hulu ke hilir nanti.

Phu Klon (Mae Hong Son)
Phu Klon bermaksud sumber lumpur panas bersuhu 60-140C. Lumpur ini bersih, tidak berbau sulfur dan dikatakan memiliki mineral yang bagus untuk kulit dan peredaran darah.



Orang lain lumur hingga ke dada, aku setakat muka je. Rasa muda 10 tahun, cekang je muka.

Fish spa. Ikan-ikan kecil ini akan menggigit kulit mati kita tu. Yang kecil ok lah, gigitan ikan yang selebar dua jari tu terasa geli juga hehehh... (sumber google)


Untuk reservasi, sila hubungi emel di bawah:

Rock Valley Hot Spring & Fish Spa
1054/4 New Petchaburi Road
Makkasan Ratchtavee
Bangkok 10400
Tel : +66 2 2517552, 2517494
Emel : rkvh@bkk2000.com
Website : www.riverkwaivillage.com


1 comments so far

Waahh...macam best je yang mud spa tu. Tempat pun nampak cantik sangat. Boleh la berangan2 nak pergi sini. 😊

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free