Recents in Beach

header ads

Moroccon Pavilion | Istana Morocco di Putrajaya


Moroccon Pavilion | Istana Morocco di Putrajaya | Maghribi sebuah negara di Afrika Utara yang mengamalkan raja berperlembagaan, juga merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan AfrikaNama penuh untuk Maghribi dalam bahasa Arab bermaksud "Kerajaan Barat". Ahli-ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghrib (المغرب العربي al-Maġrib al-ʿArabī). 


Dalam banyak bahasa lain ia lebih dikenali dengan nama Morocco yang berasal daripada nama Marrakech, ibu kotanya yang dahulu.


Dimana letaknya Moroccan Pavilion?

Astaka Morocco atau Moroccan Pavilion berada dalam kawasan Taman Botani Putrajaya (Putrajaya's Botanical Garden), taman botani buatan yang terbesar di dunia. Ia telah direka oleh RDA Harris untuk menunjukkan kepada kita betapa uniknya senibina kerajaan beraja tradisional Morocco dan Moors dengan elemen  empat bandar lamanya iaitu Fez, Meknes, Rabat dan Marrakech. Nak masuk istana sebenar di Morocco macam bermimpi kan, dapat merasai berada dalam replika istana di Malaysia pun memadailah buat masa ini.

Dari bab (pintu pagar) utama kita akan masuk ke taman tengah yang akan membawa ke bab yang lain secara berperingkat yang memberikan rasa berada di kawasan umum, separa umum dan privasi, iaitu bilik diraja. Sudah pastilah taraf hidup menentukan di ruang mana kita akan berada.

Ukiran bunga dan ayat suci Al Quran sangat halus buatannya dan cantik. Puaslah memerhati untuk membezakan setiap ukiran di dinding, tiang dan siling istana. Sesiapa yang meminati senibina tu eloklah allocate sejam dua di sini.

Untuk masuk ke Moroccan Pavilion tiket RM3 untuk dewasa dan RM1 kanak-kanak dikenakan. Mengambil gambar tidak dibenarkan ya.

Laluan air di hadapan Moroccan Pavilion menggambarkan hubungan dua hala Malaysia-Morocco.













Moroccan Pavilion 
Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah
Presint 1, 62000 Putrajaya
Telephone:+60 3-8887 7770 
Emel : botani@ppj.gov.my



Post a Comment

0 Comments