Dina Homestay | Homestay Murah di Shah Alam



Dina Homestay | Homestay Murah di Shah Alam | Musim cuti persekolahan ni tentunya ramai daripada kita ingin membawa keluarga bercuti. Yang berkemampuan bolehlah ke luar negara, yang kurang kemampuan kewangannya kita bercuti #dekatJe pun ok. Banyak je tempat menarik di Malaysia ni kalau nak explore.


Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor merupakan kawasan berkepadatan tinggi. Ditambah pula ia sangat berdekatan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Unisel dan I-City. Kedai-kedai dan butik terkenal pun banyak. Di sebelahnya pula Kawasan Perindustrian Bukit Raja. Hmmm... bayangkanlah padat dan happening-nya tempat tu. Rumah sewa di sini boleh je nak letak berapa price tag (kalau sampai hati), mesti ada yang sudi menyewa kerana permintaan yang tinggi.

Anak atau adik kita yang belajar di universiti tu rajin-rajinlah jenguk. Kasihan pada mereka yang tak pernah berpisah dengan keluarga. Mesti mereka rindu. Yang paling penting mereka tu ahli keluarga kita, kenalah ambil tahu juga apa yang mereka buat. Takut jadi macam room-mate aku yang bertaraf student dulu, orang lain pergi kerja dia bawak jantan tidur baring atas katil aku. Perangai syaitonirrajim sangat!


DIMANAKAH DINA HOMESTAY?

Dina Homestay ialah sebuah apartment tiga bilik di Seksyen 7, Shah Alam. Berada di tingkat satu ia merupakan sebuah penginapan bajet yang selesa untuk keluarga yang ramai. Kalau kita datang penuh sekereta wajiblah kena sewa dua bilik standard di hotel. Family room pun boleh tahan harganya. Leceh jugalah kalau dua bilik kan... unless kita ambil connecting room. Jadi homestay ini sebagai alternatif untuk yang ingin berjimat.



KELENGKAPAN YANG DISEDIAKAN DI DINA HOMESTAY

Bilik utama - queen bed
Bilik kedua - pull-out bed (yang boleh tarik dari bawah katil tu)
Bilik ketiga - queen bed

Peti ais
Dapur memasak
Pinggan, mangkuk, cawan untuk 10 orang
TV dan Astro
Meja makan 6 seater
Cerek elektrik
Sofa
Water heater
Seterika
Almari pakaian

Hampir lengkap. Oven ada tapi tidak dapat digunakan. Kita nak u explore Shah Alam/Klang bukan buat kerja baking nih heheh... Mesin basuh pun tiada. Kecik punya hal, ada banyak kedai dobi di sana yang timbang kilo. Nak yang self-service pun ada. Memang mudahlah duduk Seksyen 7 tu. Sedih pula hati ni bila terkenangkan rumah yang sudah dijual hiskkkssss...



Sumber : Dina Homestay

ALAMAT

Blok 18-103
Jalan Pumbum 7/96
40000 Shah Alam
Selangor

Hubungi : Khairul Bahriah 013-3586223


KADAR SEWAAN SEHARI

Hanya RM200 sahaja. Deposit RM100 diperlukan. Jika mahu membuat pembatalan kenalah beritahu terlajak awal supaya deposit tidak hangus. Ye lah, bila kita dah confirm booking owner pun tolak permintaan orang lain walaupun orang tu merayu-rayu nak bayar lebih.

Kalau nak duduk sampai sebulan pun boleh, owner akan bagi diskaun.


AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI SHAH ALAM?

Anda boleh melawat Bandar Diraja Klang. Sekangkang kera saja jauhnya.

I-City pun sangat dekat hinggakan boleh ke sana berjalan kaki.

Ada #lorongbelakang. Eh! hahaa... street art tu le..

Ada tasik di Seksyen 7 baru, yang dekat Restoran Hakim tu.

Kampus induk UiTM pun dekat (pintu belakang).

10 minit memandu ke PTPL dan MSU.

Nak shopping? Jakel, Al Ikhsan, Ariani, Fareeda, Hatta Dolmat dan banyak lagi. Kalau berkereta boleh ke Plaza Masalam, SACC Mall, Kompleks PKNS yang happening giler dengan pelbagai jualan di bulan Ramadhan... apa lagi eh? 

Nak tengok wayang kena ke AEON Bukit Raja. Sebelah Shah Alam saja.

Pagi Ahad boleh 'tabur duit' di Pasar Tani Mega di Stadium Shah Alam, Seksyen 13. Ala... tempat Selangor lawan Kedah tu. Serius best pasar tani ni.


DI MANA NAK MAKAN?
Jangan risau, nak masakan halal citarasa Melayu, Cina, India, western semua ada. KFC, McDonald, Secret Recipe, Pizza Hut, kafe Upin Ipin pun ada.

Kalau nak jimat masak je sendiri. Duduk homestay katenyer...


Buatlah tempahan awal terutama sewaktu cuti panjang, musim konvokesyen dan pendaftaran pelajar baru untuk mengelakkan kekecewaan. Sila call Puan Khairul Bahriah di nombor 013-3586223.














Post a Comment

0 Comments