Laman Seni Seksyen 7 | Seni #lorongbelakang di Shah Alam



Laman Seni Seksyen 7 : Seni #lorongbelakang di Shah Alam | Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat. 


   
Projek Laman Seni 7 ini ialah kesinambungan Laman Seni 0.2 di Seksyen 2 yang lebih berunsurkan suasana di Seksyen 2 itu sendiri; dengan kedai gambarnya, kedai 7Eleven, kedai Maria dan UiTM sebagai unsur utama. Kedai mana eh kedai Maria ni? Dulu di hujung dekat Ausmat tu ada kedai runcit cum stationery India. Malunyalah nak beli sanitary pad kat situ hahahah... masa tu dia siap bungkus dalam sokkabar lagi heheh.

Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 di Seksyen 7,  Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam, tarikan pelancongan dan berkonsepkan kehijauan.

Sebahagian mural art yang sempat diambil gambar:

Papa rock Ramli Sarip kah?

 Suka tengok gaya budak berempat ni.




 Kat mana ni, Kajang ke Sungai Buluh?

Menggunakan hashtag #lorongbelakang, sesunguhnya usaha MBSA tersebut telah berjaya sehingga menerima dua anugerah:

1) Green Apple Award 2014 oleh The Green Organisation, United Kingdom
2) Two Thousand 14 MIP Planning Excellence Award oleh Malaysian Institute of Planners.

Laman Seni juga menjadi tarikan utama yang PERCUMA di Seksyen 7. Kalau nak yang berbayar boleh pergi I-City atau Jakel (eh?). 
   
Laman Seni 7 Shah Alam Selangor
 Pinjam gambar emily2u.com lagi.

Selain lukisan mural yang menarik, kawasan in juga dijadikan lokasi aktiviti hujung minggu seperti pameran dan persembahan hiburan. Malah ia juga menjadi tempat belajar bermain skateboard. Bagus! Jangan halangi minat generasi muda. Gunakan sebaik-baiknya ruang yang ada untuk mereka kembangkan dan mahirkan kebolehan diri. Daripada mereka merempit dan melepak tak tentu hala adalah lebih baik mereka bersukan.








Lokasi Street Art

Lorong belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, yang berdekatan Jakel, Al Ikhsan, Upin Ipin dan i-city (yang Restoran Hakim tu Seksyen 7 baru).

Selain Shah Alam, street art @ lukisan jalanan terkenal di Pulau Pinang, Pulau Pinang dan Ipoh. Hah, sampai dua Penang. Klik je kat link tu kalau nak tengok. Terima kasihlah kepada artis Lithuania Ernest Zacharevic yang menjadi pencetus idea ini.


**Pujian harus diberikan kepada pihak berkuasa Shah Alam kerana sejak dulu pusat hiburan malam tidak dibenarkan beroperasi.










Post a Comment

2 Comments

  1. Hi nak tanya apa maksud "Pujian harus diberikan kepada pihak berkuasa Shah Alam kerana sejak dulu pusat hiburan malam tidak dibenarkan beroperasi."? adakah activity pada waktu malam adalah dilarang?

    ReplyDelete
  2. Kelab malam tidak dibenarkan dibuka di Shah Alam

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.