Recents in Beach

header ads

Hotel Review | Chez Bon Hostel, Bandung, Indonesia

Hotel Review | Chez Bon Hostel, Bandung, Indonesia| Hellooo... Pernah menginap di hostel? atau teringin mencuba? Meh aku buat review the latest hostel that I stayed in May.

Sekarang ni memang aku book hostel je bila kemana-mana sebab bersih, selesa, murah dan WiFi berdesup mengalahkan sesetengah hotel 4 bintang. Sungguh, kesemua hostel yang aku pernah menginap talian internetnya sampai ke bilik dan LAJU.

Kenapa aku memilih untuk menginap di Jalan Braga? kerana...
1) ia sebuah jalan seni. Banyak lukisan dipamerkan untuk jualan di sini.
2) kawasan ini tak bising sangat di waktu malam dan selamat. Pusat membeli-belah dan cafe pun ada cuma kurang restoran di sini, kena berjalan sikit.
3) aku nak test hostel yang mendapat rekomendasi ramai. Kalau nak duduk sebilik 2 orang pun boleh.

Kedai lukisan sepanjang Jalan Braga


Chez Bon Hostel, Bandung
Chez Bon (baca Se Bong), sebuah hostel yang dimiliki Bondan Winarno, pelopor pelancongan makanan yang juga seorang yang suka melancong.
Fasiliti yang ditawarkan:
  • Free Wifi
  • Free Breakfast (sendiri bikin)
  • Laundry
  • AC & Hot Water
  • Bed lamp, plug point and locker for each bed
  • Cable TV in lobby & social space
 Suasana di pagi minggu
 Masuk di pintu kiri tu, reception di tingkat 1



Dok reramai pun takde hal sebab bilik luas, blik air pun besar (attached). Itu pintu menghadap jalan raya.

Tingkat 2


Tidur sensorang je haaa....

My comment:
5 bintang!!

Aku check-in hari Ahad. Bilik besar yang boleh memuatkan 16 orang tu sunyiiii... bilik ini ana yang punya! 


Nota:
Ada kesilapan informasi di booking sites. Hostel ini mengasingkan bilik untuk lelaki dan wanita so boleh book dengan senang hati ya.


Chez Bonz Hostel
Jl Braga 45, Bandung
Tel : +6222 426-0-600
Emel : frontdesk@chez-bon.com

Lokasinya di atas Kopi Oey. Nak berjalan kaki ke Pasar Baru dan Stasiun Kereta Api Bandung pun boleh.

Post a Comment

2 Comments

  1. Tq for the review. nak tag so esok tak lupa mana tau tetiba nak buat trip jenjalan single ngn hubby jer hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau mau kontak hostel juga bisa via Www.chez-bon.com..atau ke spv.chezbon@gmail.com

    Thank you

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.