Recents in Beach

header ads

Indonesia | Trip Sendu Jakarta-Bandung - Part 2

Indonesia | Trip Sendu Jakarta-Bandung - Part 2 | Sebenarnya dalam trip kali ni aku nak ke Kawah Putih dan floating market tapi nak ke Pasar Minggu Monju juga. Pasar minggu tempat wajib pergi sekiranya aku berada di Bandung hari Ahad. Nak sewa van naik sensorang rasa rugi... tanya pakej kat hostel semuanya start pagi hmmm acaner? Next day dah nak balik Malaysia dengan flight dari Jakarta urghhh... postpone lagi! Next time tak nak buat lagi KUL-JKT-BDO-JKT-KUL sebab banyak buang masa dalam perjalanan. Kali ini sekadar mencari pengalaman sahaja. Lain kali akan seperti biasa KUL-BDO-KUL atau KUL-JKT-BDO-KUL atau pulang dari kota lain.


Lepas hantar beg ke Chez Bon Hostel aku terus ke pasar minggu Monju di depan Gedung Sate dan berada di sana hingga peniaga-peniaga balik hehe. Itupun tak habis belek. Tahun depan nak start 'tawaf' pukul 6 pagilah. Aku suka shopping dan window shopping di sini walaupun punyalah ramai manusia berpusu-pusu. Tapak pasar minggu yang dulu dah dibuat kawasan riadah. Eloklah tu...

Salah satu kerja seni di Jalan Braga. Kalau ada tripod sakan aku bergambar di sini.
 
Naik angkot best! Aku suka sebab murah dan banyak

Banguna putih itulah Gedung Sate dan padang ini dulunya tapak pasar minggu tetapi sekarang telah dijadikan kawasan riadah. Seronok betul bebedak tu main bola.
 
Murah giler! Aku siap bawa botol kosong untuk refill di Jakarta. Jimat? Kedekut? Being practical.


 
Suatu masa dahulu aku adalah peminat beg jeans.


Kasut kulit
 


Surabi Cisangkui. Ramai orang nak membeli, sedap kot.


Dari pasar minggu Monju aku ke Pasar Baru. Pak polisi di sini sentiasa mengingatkan agar menjaga beg, jangan sandang di belakang. Kang kok sandang beg kosong yo... hahah... macam macam dijual di Pasar Baru ni yang tak ada mak ayah jer. Aku mengakulah, agak susah nak mengawal perbelanjaan di Bandung. Aku ingat wang rupiah dah cukup untuk membeli-belah serba sedikit tapi kena tukar lagiiii....susahnya menahan nafsu di sini! Fesyen jubah (dress?) mereka pelbagai design, corak dan warna, banyak betul pilihan. Ada kedai yang taste owner nya bagus betul. Semua design cantik! Patung tu takde lemak tu yang semua nampak molek disarung ke badan. Kalau aku yang pakai belum tentu... tu yang pujuk hati toksah belilah. Aku banyak beli inner tudung cotton. Jika di Malaysia harganya RM5 di sana cuma 5 ribu rupiah. Banyak jimat tu... boleh buat modal beli gelang sampai ke siku hehee..

Dapat jugalah beli kain cotton sepasang tapi harganya lebih mahal dari Ho Chi Minh. Hmmm... kalau nak beli kain kena pergi Saigon juga, Bandung dah naik harga.


Lepas tu pergi gudang dvd pulak yang dekat masjid raya yang tu. Di masjid raya yang mula dibina pada tahun 1810 pun ramai pelancong tempatan. Ramainya orang di Bandung ni... kalau 10% sahaja rakyat Indonesia melancong ke Bandung hotel pun boleh penuh.

Di depan pasaraya berdekatan masjid raya tu ada sekumpulan remaja dengan pets memasing seperti iguana dan ular...erkk.. Ada acara apa ini? Sekadar bersosialisai mbak- katanya. Geli woii nak pegang ular.




Jalan Braga merupakan jalan seni dimana terdapat banyak lukisan berkualiti tinggi dijual. Aku suka hasil seni yang ini but I have to be practical, kek mano nak digantungkan?  Rumah kocik! Nantilah kalau ada rezeki untuk tinggal di rumah yang lebih besar, akan ku sediakan satu ruang khas untuk menggantung ole-ole dari luar negara terutama lukisan dan ukiran yang agak besar. Aku dengan rendah hati nak minta tolong dari semua readers  doakan kami dimurahkan rezeki, dapat membeli dengan harga murah sesuatu yang aku idamkan tu. Aku takde semasa jualan berlansung minggu depan so terpaksa wakilkan si dia. Boleh tolong doakan sekarang? Terima kasih.

Lukisan yang di dalam kedai lagilah hebat.

Aktiviti malam errr... aku bosan sebenarnya jadi ambil teksi ke factory outlet. Teksi Gemah Ripah tu ada bayaran minima 25k rupiah. Dah Bluebird tak lalu naik je lah apa-apa yang ada. Oleh sebab musim cuti sekolah negara kita dah tamat maka tak adalah bergesel bahu dengan orang kita. Adalah terjumpa tapi tak ramai. Sunyi je dah habis sale kot.

Balik dari FO sekadar berjalan-jalan sekitar Braga tu je. Dapatlah bergambar dengan Bapak Jokowi. Senang kat Indonesia ni, semua orang yang kita hormati kita panggil bapak aje. Kat negara kita ada macam-macam, Dato Datuk Dato' Seri Datuk Seri Datuk Amar Tan Sri Puan Sri Tun Toh Puan Yang Mulia Yang Berbahagia Yang Berhormat Yang Amat Berhormat... apa lagi eh? Salah panggil kang ada pula yang marah. Bak kata Sultan Johor kalau baling batu mesti kena kepala salah seorang daripada mereka ni. Kalau batu tu melantun kena pula kepala Dato' lain hahahah... @khairiKJ je takde title. I loikeeee... maintain camtu je lah KJ eh, people still respect u what? (selagi you tak buat statement banganglah).

Aku tak nampak pula gambar Perdana Menteri kesayangan korang, di sebelah sana kot. Aku rasa patung ni dibuat sempena Persidangan Asia Afrika yang baru berlansung.


 Aku hairan gak apekebendelah yang orang dok berkumpul reramai rupa rupanya dok melihat fountain ni. Baru siap agaknya.
 
Dalam kesulitan otak kita akan menjadi lebih kreatif mencari jalan untuk kelansungan hidup. Namun begitu aku tak dapat membuang rasa simpati melihat kanak-kanak bekerja. Aku tanya adik ni...

Kamu bersekolah?
Ga ada biaya bu
Tinggal di mana?
Di sana (sambil menunjukkan ke satu arah
Bersama siapa?
(menunjuk kepada seseorang)
Orang tua kamu?
Sudah tiada bu.

Ini hanyalah perbualan sebelah pihak, tak tahu betul atau tidak ceritanya tapi aku tetap tak bersetuju kanak-kanak berada di luar rumah untuk bekerja di waktu malam. Bersuka-sukaan tanpa pengawasan ibu bapa di malam hari pun tak boleh inikan pula mencari rezeki. Orang dewasa yang banyak tenaga pun letih apatah lagi pula budak. hmmm... setahu aku kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di Indonesia diwajibkan masuk Sekolah Dasar. Di Malaysia pun begitu, sakit je hati tengok bebudak minta derma. Sekolah tahfiz konon... bila kita cuba tolong teruk budak tu dibantainya. 
 
Nak support perniagaan dia kita pun minumlah juga. Ya Allah sedihnya... Hai anak-anakku, masa mak ko tiada di rumah semua makan pakai dah siap. Tinggal nak bangun pergi sekolah je. Tinggal nak panaskan lauk je. Bersyukurlah.


Masalah besar remaja sekarang adalah ketagihan rokok. Kalau yang berniaga ni pun merokok juga habislah... kudrat habis, untung pun hilang.


Banyak cara untuk mencari rezeki yang halal.
 
Bosan dah, jom tengok Chez Bon Hostel! Highly recommended untuk yang mahu bertukar angin atau berbajet kecil. Female room for 16 pax ni luas with attached bathroom. Kasut pun tak boleh bawa masuk. Best giler check in hari Ahad tu, all by myself! hahhaa... dok sensorang jer. Tidur buka lampu iols hari tu.. cuak gak hahhaa... 


Keesokkannya, train balik ke Jakarta pukul 11 pagi. Dah tak tahu nak ke mana so lepas simpan beg di sebelah Stasiun Bandung tu aku pun pergi meronda di sekitar Pasar Baru Trade Centre. Berpagi-pagian bagus... orang baru berniaga kan, barulah dapat harga terbaik.

**Tempat simpan beg tu bayarannya hanya 5k rupiah. Kalau kita mengadap train station tu, kedainya sebelah kiri.

Jika kita berjalan di lorong hadapan Pasar baru tu kita akan berjumpa dengan kilang pembungkusan Aroma Coffee ni. Aku tak kuasa nak beratur so takdelah membeli. Dah lama wujud kilang kopi ni, masih menggunakan ejaan lama di packaging. Baunya harum semerbak.

 
Tengahari aku pulang ke Jakarta menaiki train Argo Parahyangan lagi. Memang trip buang masalah kali ni wehhh.. perjalanan je dah tiga jam. Mujurlah pemandangannya awesome! Kalau boleh pilih seat, belilah seat yang jauh dari kepala keretapi sebab bila membelok kita dapat ambil gambar dengan lebih menarik. Dengan koc air-cond ni tak dapatlah nak hulur kepala atau badan ke luar. Fuhh pemandangan keretapi melalui jambatan tinggi dan sawah padi serta perkampungan sangat cantik!





Lagi best aku duduk di sebelah Bapak Bambang Hidayat! Beliau adalah bekas director Bosscha Observatory Bandung. Ya tuhan, Allah gantikan kebosanan aku tu dengan sesuatu yang berharga. Mudah-mudahan tahun depan dapat berjumpa beliau di rumahnya. Semoga kita sama-sama panjang umur ya Bapak Hidayat. Aku ada paperwork dia tentang bulan bintang. Kalau ada yang berminat nanti aku try tanya boleh tak share. Ada yang nak ke? Kalau minat sila komen eh dan bagi e-meil address.

Bapak Hidayat boleh bercakap dan membaca dalam Bahasa Belanda. Semasa parents lain tidak mementingkan pelajaran di zamannya beliau berasa bertuah kerana almarhum bapanya bersikap sebaliknya. Itulah perbezaan orang yang ;nampak' dan 'tak nampak' kepentingan pendidikan.


Hajat hati nak melawat MONAS tapi tutup hari Isnin.... aptb. Haishhhh....

 
April tahun depan aku akan ke Bandung lagi insyaAllah. Pasti jauh lebih menarik dengan itinerary yang padat dan penat hahah... Ada yang nak follow??







Post a Comment

8 Comments

  1. agree with u..dulu pernah join trip jakarta bandung.. banyak buang masa kat jalan sebenarnya kalau naik bas la.. dah laa macet nya..ya ampun... lagipon kat jakarta tu takde menda sangat..barang pon harga mahal.. tp ye laa.. kalau naik flight ke jakarta more cheaper nak bandingkan ke bandung.. hehehe..rindu nak pi bandung lagi..shopping heaven gila.. harap duit malaysia naik balik laa..ni dah jatuh ni, rasa macam x best nak pi holiday luar malaysia

    ReplyDelete
  2. Angkot tu sama macam tuk tuk juga kan....mana lagi murah tambang dia compare dengan Thailand punya tuk tuk sis...

    ReplyDelete
  3. lebih kurang, kita naik angkot dari pintu tepi. Rasanya angkot lebih murah, 2-3k rupiah satu perjalannan. Tanya locals dulu harga tambang supaya tak kena tipu.

    ReplyDelete
  4. Saya teringin ke Kota Tua Jakarta yoorin melacolea

    ReplyDelete
  5. Antara bandung dengan ho chi minh,mana lagi berbaloi untuk shopping?

    ReplyDelete
  6. Untuk kain pasang, tudung dan baju kurung HCM lebih murah, banyak pilihan dan bercitarasa Malaysia. Nak tempat suit eloklah di sini, boleh siap dalam masa 3 hari je dan jauh murahnya berbanding Malaysia.

    Bandung sesuai kalau mencari pakaian muslimah seperti telekung, blouse, inner tudung. Telekung di Bandung buatannya lebih halus dan diperbuat daripada banyak jenis kain. Kain pasang dah naik harga. Kasut sukan pun rasanya kualiti Indonesia lebih baik drpd Vietnam. Factory outlet pun banyak.

    ReplyDelete
  7. Suka sekali baca baca di blog kamu, salam kenal dari Indonesia

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.