Ini fakta! Hukuman jika anda menyeberangi sempadan negara secara haram.



Ini fakta! Hukuman jika anda menyeberangi sempadan negara secara haram.| Adehhh... aku nak bangkang pun tak boleh sebab sudah terang lagi bersuluh. Dah ramai kengkawan yang merungut mereka memenuhi Klinik Kesihatan Kerajaan, hospital awam, menjadi pemandu bas, menjadi penyelia stesen minyak dan restoran and the list goes on and on. Nak bekerja pun mereka yang interview kita, macam kita pulak pendatang. Entahlah....


Mari kita lihat fakta dan hukuman jika anda menyeberangi sempadan negara secara haram yang aku salin dari kawan facebook, Aji.

Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan dihukum 12 tahun kerja keras.

Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda akan dipenjara seumur hidup.

Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak mati.

Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat di khalayak ramai.

Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.

Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dicop sebagai pengganas.

Jika anda menyeberangi sempadan Russia secara haram, anda akan dikira sebagai perisik dan dihukum gantung.

Jika anda menyeberangi sempadan Britain secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

Jika anda menyeberangi sempadan Malaysia secara haram anda berpeluang tinggi untuk mendapat Mykad sementara, status Penduduk Tetap (PR - Permanent Resident), lesen memandu, hak mengundi, tempahan kerja, keistimewaan khas Bumiputera setelah fasih bercakap dan mengamalkan adat istiadat Melayu, boleh buka akaun di mana-mana bank dan memiliki kad kredit, pendidikan percuma, penjagaan kesihatan dengan kos termurah, jadi tauke kedai runcit, jadi bos kepada orang tempatan, beli rumah, take over kedai runcit dan kedai makan, beli tanah Pegangan Bebas (Free Hold), dan berkahwin dengan orang tempatan. (ada yang tak setuju?)
  
Psssttt... yang dari Pakistan dan Bangladesh ramai juga yang encem, acane?


Masa aku bekerja di bank dulu, aku selalu hairan bagaimana orang-orang Pakistan di kad pengenalannya beralamatkan Sabah. Bila ditanya dia kata berasal dari Sabah. Kalau orang Filipina tu logiklah. Dan, mereka ini sangat fasih Bahasa Malaysianya berbanding sesetengah orang yang dilahir dan dibesarkan di sini. Setelah beberapa lama membina koloni di sana mereka ini akan berhijrah ke semenanjung Malaysia pula. Bila kes 'ic Sabah' hangat diperkatakan barulah aku faham mengapa ianya berlaku. Mungkin agakan aku kurang tepat tetapi tak semestinya salah.

Kemasukan beramai-ramai pendatang asing ke sini adalah tidak bagus. Selain penyakit bawaan, mereka juga mengambil hak kita dalam beberapa bidang. Penyakit TB yang dah lama hilang di Malaysia kini kembali ada. Pelancong asing selalu mistakenly menyangkakan pendatang ini sebagai rakyat Malaysia.

Tahun lepas aku mencari satu tempat di Bangsar. Aku bertanya arah daripada beberapa orang yang kesemuanya orang asing dan tak tahu tempat yang aku nak tuju tu. Last sekali ada mamat India kedai motor berhadapan jalan besar membantu. Itu je lah orang kita. Yang lelain tu aku ingatkan orang kita.

Dan, di sesetengah tempat di negara ini memang dah macam negara asing. Kita terima yang berkualiti sudahlah. Ni menteri kata nak bawa lagi 150k? Lemas.

Post a Comment

0 Comments