Recents in Beach

header ads

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Romantika di Taiziwan Park

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Romantika di Taiziwan Park | Tulip oh tulip! jauh aku datang mencari tulip fresh. Adakah??

 
Tak ado.... frust aku! My trip in Hangzhou was from15-17 April. Musim tulip bloom starts from end of March hingga early April. Aku dah pusing keliling Taiziwan Park @ Prince Bay Park kecuali bahagian yang lebih tinggi tapi tak berjumpa so I wasn't sure whether dah habis musim atau memang tak ditanam kali ni. Uiii mengira hari tau nak datang sini tengok tulip. Nak ke Keukenhof di Netherland belum mampu lagi. Kecewa. Penat kayuh basikal tau.

Taiziwan park merupakan salah satu taman berlanskap tradisional China dengan sentuhan barat seluas 197 ekar. Dihiasi pokok-pokok besar, rumput menghijau dan jutaan bunga membuatkannya kelihatan sangat cantik dan nyaman. Terdapat juga air terjun kecil dan sungai menambahkan lagi keindahan taman ini. Sebuah gereja kecil dan beberapa penginapan juga terdapat di Prince Bay Park ini.

Bulan April, sewaktu musim bunga adalah waktu yang paling ramai pengunjung. Basikal dan motorsikal tak boleh dibawa masuk. Strictly untuk pejalan kaki.
 
Apa pun tempat ini sesuai untuk berehat dan berkelah. Sekadar berjalan sahaja pun rasa lapang fikiran. Untuk dijadikan lokasi pre dan post wedding sangatlah cantik. Ada sesiapa yang nak aku ambilkan gambar kahwin mereka?? Anniversary ke? ;-)) Nak datang lagi !!
 
Jemput tengok gambar yang tak seberapa ni. Semoga ia menjadikan awak semua bersemangat melancong ke Hangzhou.
 



Kawasan berumput merupakan kawasan larangan dan yang aku nampak pelancong dari negara tu jugaklah yang degilnya. Haa... kalau nak menjadi polis di sini suara kena kuat, tak kiralah lelaki ke perempuan. Ko mesti mampu menjerit dari hujung sana tu untuk menghalau orang di hujung sini hahaha.... beberapa kali aku terperanjat hahaha... gila kuat suara diorang wakakkak... tegamang den!








Teringin nak pakai gaun pengantin begini weh..


 
Sumber di sini. Pemandangan sebegini yang aku teringin sangat nak tengok tapi tak ada... nak kena datang sekali lagilah ni.
 
Oleh kerana taman ini sangat cantik dan romantik maka ramailah bakal pengantin yang datang ke sini untuk berkahwin. Aduh, rasa nak buat post wedding potraiture di sini.
 

Alamat Taiziwan Park @ Prince Bay Park:
Taiziwan Gate, Nanshan Road, Xihu District, Hangzhou

 
Bagaimana untuk ke sana?
1) Sila naik bas no. K4 dan 504 dan turun di Flower Harbor atau Huagang stop. 
2) Sila naik tourist line 1, 2, 3, dan 5 dan turun di Flower Harbor or Huagang stop. 
3) Naik basikal dari West Lake.


Waktu beroperasi:
8:30-16:30








 

Post a Comment

3 Comments

  1. SubhanaAllah! Cantik sungguh. Ala-ala wonderland.

    Kalau pergi sini, dari sakit boleh jadi sihat terus. Beautifully captured la! :)

    ReplyDelete
  2. Sabar sabar... ada lagi yang lebih cantik :-)

    ReplyDelete
  3. Bunga-bunga dah kat hujung tanduk..he..he.. jadikla dari x ada... tp mmg lawa gmbr bila time gmbr last tu ya.. mcm di amsterdam plak...

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.