My China Trip - Hangzhou Day 2 | Historical & Cultural Street of Qinghefang



My China Trip - Hangzhou Day 2 | Historical & Cultural Street of Qinghefang | Aku sejak pagi di West Lake mencari Hangzhou map. Memang ada tapi kesemuanya tulisan cina. Habis camno?

Aku berjalan je lah menghala ke Phoenix Mosque, nak cover arah yang berlainan pulak. Senang je mencari tempat ni... dari Ding'anlu subway station tu sila berjalan arah ke Masjid Phoenix dan jalan terus ke kanan tu. Kalau nak ke West Lake kena ambil arah yang bertentangan dengan Masjid Phoenix, naik jejantas. Ada Tourist Information Center berdekatan dengan masjid tu tapi staf tu tak boleh berbahasa Inggeris. Hukaloh... nasib baik terjumpa english map itupun satu je tinggal. Dah nak beredar dari Hangzhou baru jumpa.

Aku berjalan di jalan yang bersejarah itu hingga ke hujung mencari satu tempat (tak ingat dah namanya, Wushan Square kot). Jumpa, dan dalam perjalanan tu rupa-rupanya melalui Hefang Street ni. Meriah tempat tu dengan pelancong dalam dan luar China.

Hefang Street yang sepanjang 1.8km telah wujud sejak Dinasti Song lagi (960-1279M). Letaknya kira-kira 15 minit berjalan kaki dari West Street. Ia merupakan shopping street 'empat penjuru' dengan bangunan tradisional  bercirikan dinasti Ming dan Qing yang menjual pelbagai jenis cenderahati. Disinilah contoh terbaik bangunan antik Hangzhou yang menempatkan restoran dan farmasi yang terkenal berkurun lamanya iaitu Baohetang dan Huqingyutang.

Ada berbagai kedai menjual pelbagai jenis barangan seperti snek, dvd muzik tradisional, kedai bantal, karikatur, teh, skaf yang membuatkan jalan ini sangat happening. Aku bergasak beli skaf je lah, murah! 5 yuan ..10 yuan... tak teringat lansung nak beli kain pasang sutera China. Biasalah kita kena try lilit lilit kat kepala lepas tu.. cong ceng cong ceng sambil tunjuk kat aku hahhaa.... mereka beli sebab nak lilit kat leher. Musim bunga kan, agak sejuk sedikit.

Macam retis pulak bila orang nak bergambar hahha... your eye big, you cute haha.. kembang mokcik hehe..

Untuk menahan kesejukan





Hari tu teragak-agak nak beli tak..beli ke tak..?


 Bangunan antik di sini sungguh cantik. Macam mana bangunan mereka boleh bertahan hingga beratus tahun eh? Padahal musim sentiasa berubah


 Pelbagai jenis teh dijual. Yang dikatakan terbaik ialah Lonjing tea.

Aku juga membeli kismis bertangkai yang masih baru dan wangi. Test yang lain beli yang lain gituh. Adoiii susahnyalah nak menyampaikan maksud sampai perlukan bantuan. Aku nak 100g je dia ingat aku nak sekilo. Ciritlah makan kismis bebanyak... dah lah takde water hose. Toilet kat Thailand jugak best.

Esok dah nak ke Shanghai dan aku pun sibuk mencari tempat menjual tiket bas di kawasan ini. Orang kata ada tapi tak berjumpa. Di sini pun ada sebuah tourism office, kedai di hujung, dan mereka boleh berbahasa Inggeris sikit sikit. 

Aku suka Hangzhou. I like China.

Post a Comment

0 Comments