Mencabar diri di Escape Adventureplay Theme Park


Escape Adventureplay Theme Park yang terletak berdekatan Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang telah dibuka secara rasmi pada 8 Disember 2012. Ia menawarkan suatu pengalaman taman tema yang sama sekali berbeza dengan semua taman tema yang ada di Malaysia. Masih berada di fasa pertama, fasa kedua dan ketiga dijangka menyusul tahun hadapan.




Escape Adventureplay Theme Park adalah hasil buah fikiran Encik Sim Choo Kheng, pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure yang kini beribu pejabat di Dubai. Selain taman tema yang ini mereka telah terlibat dalam penghasilan taman tema lain di luar negara. Yas Island di Abu Dhabi merupakan projek taman tema air mereka yang terbesar di dunia. Betul kata Nabi kan, pelik pelik je yang berlaku kepada saudagar unta di akhir zaman ni. Boleh mandi kat taman tema air di padang pasir dah kita. Selain daripada itu, Legoland Resort di Billund, Denmark juga projek syarikat ini di mana resort tersebut dibina di kawasan yang mempunyai lima ribu penduduk sahaja tetapi dikunjungi oleh 7.5 juta orang. Bangga betullah dengan anak Malaysia ni.


Yang dibuka kepada umum sekarang ini adalah Adventure Park. Escape Waterplay akan menyusul dalam masa setahun diikuti dengan Escape Treetop Hotel yang akan dimulakan pembinaannya tahun hadapan. Sesekali bermalam atas pokok mesti best.

**Gambar-gambar kali ni banyak yang sendu salah angle


 Flying fox best tau! Kena naik dalam 15 meter kot sebelum kita terbang ulang-alik. Kalau nak main flying fox ni make sure pakai kasut sukan, sandal berpelekat pun tak dibenarkan. Frust den.

Aerobat. Kebanyakan pemain dapat mencapai tangan staf tu (yang kanan) tetapi gagal untuk balik semula ke buaian sendiri. Jangan risau ada tali keselamatan diikat di pinggang. Masa ni lah nak feeling macam gimnas.

Ini macam bungee jumping cuma kita tak hulur kepala dulu



Untuk bermain buaian ni perlukan empat orang, dua berbuai dua lagi tukang kayuh basikal untuk tegangkan tali. Kalau yang naik tu 'sihat walafiat' tubuh badannya jenuhlah nak mengayuh weh hahaaa.. Bila tali dah terik lalu kita lepaskan maka akan berbuailah yang berdua lagi tu sampai terpekik terlolong katakutan hahaha...

 
Yang ini pula walaupun nampak senang tapi kalau dah jenis takutkan ketingian tak sampai ke atas juga

"Children nowadays have less cuts and bruises but they have more health problems"


Terkesan dengan cara kanak-kanak zaman ini yang membesar dengan gadget di tangan sehingga kurang kemahiran bersosial (dan obes), semua permainan di taman tema ini bersangkut paut dengan cara budak kampung bermain. Betullah kan, bebudak sekarang macam dah takde childhood, bersekolah sampai ke petang lepas tu pergi tuition, malam pukul 8 dah kiok tak berdaya. Yang balik tengahari pulak sentiasa dengan gadjet di tangan atau mengadap tv sokmo. Kemahiran bersosial dan berkomunikasi tu dah kurang. Budak-budak dulu bagus dalam problem solving abilities. Bila kita susah dan kekurangan otak biasanya menjadi kreatif. Dengan sebab itu, anak jati Pulau Pinang ini telah cuba mengeluarkan sesuatu yang berlainan daripada taman tema yang stereotaip berdasarkan pengalamannya membesar di kampung dahulu.

Budak-budak kampung dulu mesti ada yang merasa bermain panjat pokok, melompat dari pokok ke pokok, bermain gasing, berjalan dengan galah, mandi kek bonda dan sebagainya. Kesemua aktiviti ni menggerakkan otot dan mengeluarkan peluh. Di Escape Adventureplay Theme Park ni ayam itik berderet je lalu lalang semasa kita bermain di sini. Truly kampung style!

Sebijik macam kat kampung!

Macam kat kampung kan?

  Aku tak nampak sesiapa pun mampu sampai ke tengah tali

Untuk budak kecik, mereka adalah golongan yang tak dilupakan. Jika kita biarkan mereka mencabar diri mereka sebegini anak-anak ini akan menjadi seorang yang yakin dan berani menghadapi cabaran.
 
Escape Theme Park Map
 
Oleh kerana theme park ini berdekatan dengan Batu Feringghi bolehlah kita menghabiskan masa di sini selain di pantai sahaja. Dengan sekali bayar kita boleh bermain sehari suntuk di sini. Seronok tau, budak kecik pun puas bermain di sini. Kalau rasa nak bermain dari pukul 9 pagi sampai 6 petang bawalah bekalan secukupnya dan sama-samalah kita menjaga kebersihan ya.

Mesti ada yang nak tahu tentang keselamatan di sini kan?

Menurut Encik Sim Choo Kheng, mereka menggunakan standard piawaian eropah. Peralatan diperiksa setiap hari dengan monthly safety internal audit. External safety audit pula dibuat setahun sekali.

Bagaimana nak ke sini?
Sama seperti nak ke Taman Negara Pulau Pinang, sila naik bas Rapid 101 atau 102. Bayar tambang dahulu kemudian dapatkan pemulangan harga tambang di tempat daftar masuk Escape Theme Park. Bas Hop On Hop Off laluan pantai juga berhenti di sini.
Escape Theme Park juga bertentangan dengan Penang Butterfly Farm, Jalan Teluk Bahang.

Untuk menjaga alam semulajadi setiap bangunan dan perhentian bas dibina bumbung berumput sebagai sistem penyejukan secara natural. Cool huh?!

GPS Coordinates untuk Escape Theme Park di Pulau Pinang
5.449075,100.215118 and 5.4482,100.213981
Harga tiket:
Future kids 1-3 tahun      FREE
Junior kids  4-12 tahun    RM48
Big kids      13-60 tahun   RM68
Super kids  61-128 tahun FREE

Which kid are you?

Sila book tiket di sini.



















































































Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free