Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang


Kami sepatutnya berjalan kaki ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut yang sejauh 3400m turun naik bukit ikut denai hutan. Malangnya masa tak mengizinkan untuk kami mengeluarkan peluh yang banyak (malang ke suka? hahaa..) so kami pun dibawa menaiki bot ke sana. Aku okay je naik bot asalkan bot tu tak berhenti rehat tengah laut teroleng-oleng dilambung ombak macam di Terengganu hari tu huhuu...muntah belilah den.



Pantai Kerachut, USM Research Centre dan Teluk Kampi merupakan tempat penyu mendarat di Pulau Pinang. Ia merupakan tempat bertelur bagi penyu Agar atau lebih dikenali sebagai penyu Hijau (disebabkan oleh lemaknya yang berwara hijau) dari bulan April hingga Ogos, dan penyu karah pula dari bulan September hingga Februari, kiranya sepanjang tahunlah. Penyu lipas juga mendarat di Pulau Pinang. Selain itu penyu karah juga naik bertelur di Cherating dan Melaka. Obor-obor menjadi makanannya.


Inilah keratan rentas keadaan sebenar di pusat penetasan penyu. Mula-mula hanya dua ekor anak penyu yang akan naik (nak tengok line clear ke tidak kot) kemudian barulah diikuti adik-beradiknya yang lain.


Tempat untuk penyu bertelur dibina di Pantai Kerachut pada tahun 1995 kini diselia oleh Jabatan Perikanan Negeri bersama-sama dengan Jabatan Hidupan Liar dan Taman-Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan. Gabungan kesemua ini juga dapat memastikan taman ini berada dalam keadaan bersih dan terpelihara.

Suhu pasir menentukan jantina penyu. Oleh sebab pihak-pihak tersebut hendak memperbanyakkan penyu jantan kawasan redup disediakan. Paling banyak seekor penyu pernah bertelur ialah 1,250 biji dalam tempoh 14 hari. Jadi dalam tempoh tersebut penyu tu akan naik lima enam kali dan bertelur di kawasan berhampiran tempat bertelur yang pertama. Petanda penyu akan mendarat ialah air laut pasang dan kehadiran banyak agas serta kelip-kelip.

Penyu akan mengorek lubang dengan tangan hadapan sehingga separuh badan selepas itu baru ia menggunakan kaki belakang pula. Jika lubang runtuh ia akan mengoreknya semula. Proses mengorek lubang dan bertelur mengambil masa sehingga 3-4 jam. Kesian menengoknya weh...dah tengok kat Cherating dulu. Tak sampai hati nak makan telur penyu, terbayang anak sendiri diambil orang. Dahlah berapa ekor je pun yang dapat hidup lama.

Sebelum bertelur ibu penyu mengawan dengan empat jantan! Hebat betul hahaa... kalau setakat dua ekor tu telurya nanti tak berkualiti. Haiii benih siapalah yang menjadi tu eh? Yang mana satu bapaknya? Penyu jantan hanya berada di darat ketika menetas sahaja (anak-anak penyu tu lah). Penyu-penyu ni mengawan di permukaan air, kalau ternampak janganlah disentuh nanti dia merajuk. Penyu tu takkan lari pun sebab lepas yang itu jantan lain punya turn pulak hahaa...adehhh...belajar biologi dah korang kat blog aku ni. Proses penandaan (tagging) hanya dilakukan pihak berwajib ketika penyu naik kali kedua. Macam mana nak kenal penyu yang sama? Salah satu caranya ialah dengan melihat keritip di badannya. Keritip tu perlu dibuang sebab ia parasit.

Anak penyu betina menetas dalam masa 45 hari dengan suhu pasir 30c keatas manakala anak penyu jantan di kawasan bersuhu 28-29c. Penyu betina matang ketika berusia 25-30 tahun dan boleh hidup sehingga 150 tahun. Selepas dua atau tiga tahun penyu akan bertelur lagi. Walaupun penyu bertelur sehingga seratus biji, menurut kajian hanya 1% sahaja daripada anak-anak penyu yang dapat hidup membesar. Oleh itu untuk menjaga populasinya orang yang mencuri telur penyu akan didenda RM2,000 dan penjara enam bulan.

Penyu tidak suka kawasan yang bising dan terang. Demi ketenteraman penyu ini larangan dibawah dikenakan bagi sesiapa yang mahu berkhemah di Taman Negara Pulau Pinang. Para pengunjung TIDAK BOLEH melakukan perkara-perkara berikut:

- berkhemah di sepanjang pantai
- menyalakan sebarang bentuk cahaya di waktu malam
- menjalankan sebarang bentuk aktiviti di pantai di waktu malam
- membuat bising
- berjalan di sepanjang pantai di waktu malam
- mengganggu penyu sedang mendarat, bertelur atau ketika turun ke laut
- menggunakan lampu suluh serta menangkap gambar menggunakan flash ketika
penyu sedang mendarat, bertelur atau ketika turun ke laut

Untuk mengikuti aktiviti seperti taklimat, menyertai program sukarelawan penyu atau penetasan dan pelepasan anak penyu, boleh berhubung terus pejabat Taman Negara Pulau Pinang atau :

Jabatan Perikanan Negeri
Jalan Akuarium
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04 657 2777
Faks: 04 657 2323



Ada pengangkutan awam ke sini?
Ada...naik bas 101 dengan tiket RM4 sehala ke Teluk Bahang. 102 pun boleh kot. Naik bas Hop On Hop Off pun boleh, turun di Escape Theme Park. Kena berjalan sikitlah dalam 200 meter ke pintu masuk di Teluk Bahang. Mulai 2015 bayaran masuk minima akan dikenakan.

Trip ke Pulau Pinang anjuran bersama Santai Travel Magazine dan Tourism Malaysia Pulau Pinang kali ini telah membawa aku ke tempat-tempat baru yang belum pernah aku lawati. Ia sangat menarik dan berguna untuk aku menghebahkannya kepada orang lain agar sama-sama mengeksplorasi negara sendiri terutamanya ketika nilai ringgit sedang jatuh. Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam program ini.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free