Mencari lokasi sukan bogel di Teluk Bahang




Pernah pergi ke Taman Negara Pulau Pinang tak? Tak? Tak tahu pun kat mana? aiyooo.... yang orang gila buat sukan bogel kat Teluk Kampi hari tu lah. Orang zaman batu yang tak berbaju tu. Vo****k tul. Tetiba intro dah marah hahaa... Aku nak cari peta TNPP tapi bersepah pulak gambar orang bogel tu, tak blur kan pulak tu. Kata kawan aku, besar pisang emas pun nak tunjuk kat orang  hahaa... kejam statement dia. Tapi disebabkan kontroversi yang dicipta oleh manusia takdak akai ni TNPP dapat peningkatan pengunjung yang ketara.



http://www.my-island-penang.com/image-files/telukbahangmap2a.jpg

Taman negara Pulau Pinang yang berkeluasan 2,562 hektar merupakan taman negara termuda dan terkecil di Malaysia. Ia diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal Pantai Acheh (seperti yang dikenali penduduk tempatan) pada tahun 1928 dan  sebagai taman negara pada tahun 2003. Sebenarnya ia dicadang untuk menjadi Taman Negara pada tahun 1970an lagi oleh Jabatan Perhilitan dan Persatuan Pencinta Alam Pulau Pinang. Hanya pada 2003 baru diwartakan. Hmmm...lama betul prosesnya.

Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia yang mengadakan ekspedisi pada tahun 2000 telah merekodkan terdapat sebanyak 417 spesis flora manakala 143 spesis fauna, dengan 46 spesis burung seperti burung raja udang, wak-wak dan bangau menghuni kawasan ini.

Terdapat dua pintu masuk ke sini. Jika berkereta boleh menggunakan pintu masuk di Teluk Bahang yang hanya mengambil masa 45 minit dari ibu negeri, Georgetown. Perjalanan ke sini melewati persekitaran bandar dan kampung di sepanjang jalan pesisir pantai bandar Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Sekiranya menggunakan bot boleh naik di Kampung Kuala Sungai Pinang. Denai melalui taman dibuat dengan baik dengan papan tanda yang memudahkan.




Taman ini mempunyai enam jenis habitat berlainan yang merupakan satu-satunya di Malaysia, tasik meromiktik (tasik yang terhasil mengikut musim, di mana terdapat lapisan air berlainan), tanah paya, paya bakau, dataran lumpur, terumbu karang dan pantai tempat penyu bertelur.


Tasik meromiktik merupakan tasik tidak kekal seluas 2 km persegi yang terhasil apabila air pasang dan melimpahi kawasan tersebut (seperti gambar peta di atas). Ianya berlaku akibat peralihan monsun. Ketika itu suhu air di lapisan atas dan bawah berbeza. Benteng pasir yang menahan pengaliran air keluar ke laut. Hanya terdapat dua sahaja tasik meromiktik sebegini yang dibuktikan secara saintifik di dunia ini, satu lagi di Australia.

Kepelbagaian bio taman ini juga mengagumkan, dengan 1,000 spesis tumbuhan termasuk lima spesis berlainan pokok Bintangor Juga terdapat pelbagai periuk kera, orkid liar, tumbuhan berubat dan banyak lagi. Beberapa spesis kayu keras boleh ditemui di sini, terutamanya dari spesis shorea, seperti Meranti dan Merawan Baru. Malah, kawasan ini satu-satunya tempat di mana pokok Gelam diketahui masih tumbuh.







Naik bot lagi..


Banyak perkara yang kita boleh belajar daripada semut- setiakawan, berusaha bersama, beban menjadi ringan jika sentiasa tolong-menolong

Rondaan dibuat secara berkala oleh PGA untuk keselamatan pengunjung. Pos kawalan juga terdapat di Pantai Keracut dan Teluk Kampi. Ramai pengunjung eropah berkunjung ke sini terutamanya dari German. Menurut pegawai taman, pelancong barat lebih menghargai hutan kita berbanding pelancong tempatan. Salah satu buktinya adalah melalui penjagaan kebersihan hutan dan kawasan tapak perkhemahan.


Kalau berminat nak berkhemah sila tempah dan dapatkan permit daripada pejabat TNPP kerana pihak pengurusan TNPP perlu mengawal jumlah pengunjung pada satu satu masa. Khemah pula boleh disewa daripada persatuan Pencinta Alam. Kemudahan asas seperti tandas, tapak perkhemahan dan tempat memasak disediakan. Mandi manda tak dibenarkan kecuali di pantai persendirian- kat Monkey Beach ada nampak orang mandi. Ini kawasan alam semulajadi so letrik pun tak ado yo, begolaplah korang kek situ menunggu penyu mendarat.




Ramai juga orang trekking di sini. Untuk ke rumah api Muka Head perlu berjalan sejauh 4,670m atau selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Paling jauh ke Bukit Batu Hitam, 6000m, berjalan kaki selama enam jam. Terdapat canopy walkways di taman ini tetapi ditutup buat sementara waktu untuk penyelenggaraan. Mulai 2015 bayaran masuk minima akan dikenakan.



Great Things To Do At The Park:
1. Hike the Trails. You may stumble upon new hiking companions - the primates.

2. Trek the Jungles. Take nothing but photographs, leave nothing but footprints.

3. Build Sandcastles at the Beaches

4. Go fishing

5. Photography

6. The canopy walkway. 250m long Canopy Walkway provide visitors the experience at the forest canopy level of 15m above the ground.

7. Canoe at the mangove forest

8. Enjoy a picnic

9. Camping

Ada pengangkutan awam ke sini?

Ada...naik bas 101 dengan tiket RM4 sehala ke Teluk Bahang. 102 pun boleh kot. Naik bas Hop On Hop Off pun boleh, turun di Escape Theme Park. Kena berjalan sikitlah dalam 200 meter ke pintu masuk di Teluk Bahang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Penguasa
Taman Negara Pulau Pinang
Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang,11050 Pulau Pinang.
Tel: 04-881 3530 / 04-881 3500
Faks / Fax: 04-881 2016
E-mel : tnpp@wildlife.gov.my

Okay, aku dah berjaya mencari lokasi sukan bogel di Teluk Bahang. Patutlah mereka buat di Teluk Kampi tu, sunyi.

Trip ke Pulau Pinang anjuran bersama Santai Travel Magazine dan Tourism Malaysia Pulau Pinang kali ini telah membawa aku ke tempat-tempat baru yang belum pernah aku lawati. Ia sangat menarik dan berguna untuk aku menghebahkannya kepada orang lain agar sama-sama mengeksplorasi negara sendiri terutamanya ketika nilai ringgit sedang jatuh. Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam program ini.

Post a Comment

0 Comments