Percutian di langkawi - Mandi manda di Pulau Beras Basah



Seperti yang dijadualkan pagi hari kedua acaranya ialah island hopping. Jetinya sebelah TM Resort berdekatan dengan Awana Porto Malai. TM Resort tu macam dah tak berbela je..sayang betul.

Kami dapat tambang RM25 seorang kira murahlah tu. Owh...lupa nak bagi tau. Kami dua famili sewa kereta Saga BLM RM150 untuk 48 jam. Berbaloi tak? Memang berbaloi berbanding orang lain yang menaikkan harga sempena cuti sekolah ni. Entah apa sebabnya sewa yang 80rm sehari boleh melompat jadi 130rm, motif ko bang? Nak cepat pergi haji?


Tujuan pertama ke Pulau Beras Basah. The boys saja mandi...yang besar tak koso.


Me dengan anak yang darjah 5 sama tinggi. Mudah-mudahan dengan menu roti dan susu setiap hari anak-anak tak renek macam aku.

Syoknya mandi manda di siniiiiii

Synchronize swimming? suka hati ko la jang


Banyaknya ikannnnn

I understood ramai yang skip island hopping disebabkan oleh cost terutama bagi keluarga yang besar, apatah lagi kalau bawa kaum keluarga yang lain. Ada yang nak pergi ada pulak yang tak nak ...rugi miss trip yang ini. Langkawi bukan setakat Haji Ismail Group atau Idaman Suri, ia ada lebih daripada tu....Langkawi sangat cantik! Tu belum lagi pergi Mangrove Tour, masuk gua dan snorkelling di Pulau Payar.

The boys: bila pulak nak ke Pulau Payar? 

Me: start sekolah Januari nanti simpan duit macam hari tu, 3 tahun lagi kita pergi

 giler lambat! haahahah...


Nota:

bila mereka simpan duit sendiri, berjimat belanja sekolah, diorang sayang nak belanjakannya sesuka hati. Bila nak beli coklat yang mahal mahal sikit siap tanya...

mama/ayah bayar ke kita? 
ko lah, duit ko kan banyak
tak payahlah (see...kedekut)

Biar mereka belajar menghargai.




Post a Comment

1 Comments

  1. One of the most known islands of Langkawi Pulau Beras Basah (The Island of Wet Rice) is located at the west end of Langkawi. The best way to get to the Island is to have a 4 hours Island Hopping tour, provided by almost every travel agency in Langkawi. It offers to take you to three different Islands which are Dayang Bunting, Singa Besar and Beras Basah.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.