Percutian di Langkawi - The beautiful Pantai Cenang



Percutian ini adalah yang pertama sejakkk.......lebih dari 5 tahun. Lama tak? Dulu dulu setiap tahun kami akan ke sini. Saja saja bercuti...dok tepi pantai, takde shopping apa pun.

Tiket AA booked since February lagi, jiran kami sefamili pun ikut sekali. Oleh kerana anak-anakku ramai belanja pun pasti besar. Dengan demikian setelah dikira jumlah bulan persekolahan, tolak cuti semester, anak-anak yang bersekolah perlu menyimpan at least 30 sen sehari seorang untuk membayar tiket cable car. hahah...sonang omak ea buek kigho kigho kan? ceghodik amek.

Dah dekat nak pergi anak jiran tu ajak gi island hopping pulak. Memula aku tak nak sebab dah pernah buat aktiviti tu tapi anak dara aku kata, bila kita pergi? kakak tak ingat pun! Memang la tak ingat, masa ko kecik lagi....hahaa... so kenalah jugak masukkan dalam itinerary. Yang ada duit excess 2 orang aje sebab depa memang nak berbelanja sakan kat sana. So, setiap kali dapat duit singgit, dua inggit, lima inggit hadiah daripada seiapa akan disimpan. Kalau belanja pun setakat 50 sen, lenlain paw mak ayah. Yang lagi dua orang duitnya ngam ngam aje so uwan atok pak lang acu semua menjadi bank. Cuculah katakan.

Kami sampai pukul 4.30pm terus sapedek laksa power. Kuahnya memang sedap, mesti cuba. Lerr...tokey nya orang kampung my husband rupanya.

Oleh kerana kami sampai sebelah petang dan takkan dapat enjoy hotel facilities so aku book hotel yang murah sajalah, yang penting ada bilik air di dalam dan aircond. Kalau tidak percutian boleh jadi perkelahian bila panas. Kami sewa family room di Cenang Rest House. Dua tilam single tu best, agak keras macam kat China tu. Akulah yang kena tidur tilam single tu kan, tidur bawah takut baby jatuh katil. Takde hallah, tak menguit pun dedua..lena sampai ke pagi dek lotih. Tilam besar budak besar conquer. Yang tak puas hatinya 3 bantal extra tak bersarung, towel pun tak disiapkan (kena minta la pulak). Kami nak pinjam iron dan jug kettle tapi takde orang kat reception sejak senja tu sampai ke pagi time nak pergi island hopping. Tapi lagi satu yang bagusnya bilik kami menghadap laut.

Memang happening Pantai Cenang time cuti sekolah ni. Anak-anak yang dah besar kami biarkan jalan sendiri asalkan tak berpecah. Enjoy sangatlah tu kan?! Rasa macam dah besar sangat.


If there are happy i'm happy too


 Terlentang kepenatan



Best duduk tepi pantai wehhh!

Owh..makan kat mana? Hari Selasa ada pasar malam di Kedawang, Rabu di pekan Kuah. Kalau selera tinggi boleh je cuba makan di pelbagai restoran local, seafood, Lubnan, Arab, Mexico dan lenlain.

Pantai Cenang memang best!

Post a Comment

2 Comments

  1. Harapan saya agar keindahan pantai Langkawi ini tak tercemar dek mentaliti dunia ketiga yang masih ada pada kebanyakan rakyat Malaysia. Cewahhh. Hhahaha

    ReplyDelete
  2. Begitu juga harapan saya Khai. Most things start at home. Sayang kalau tempatnya dah cantik tapi tak terjaga kebersihannya.

    Kalau tak ada arak lansung lagi bagus!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.