Thai Cooking Made Easy | 4 Resipi Makanan Popular Dan Sedap di Thailand

Thai Cooking Made Easy | 4 Resipi Makanan Popular di Thailand | "Amazing Thailand" ialah slogan menyeluruh untuk promosi pelancongan negara utara semenanjung Malaysia. Kempen tersebut bukan sahaja mengenai tempat malahan budaya, hospitaliti dan makanan. Kagum, terpegun, teruja, seronok... itulah yang dimahukan apabila pelancong merasai sendiri kehebatan "The Land of Smiles".


Salah satu sebab yang membuatkan pelawat mengulang ke sesuatu tempat ialah keenakan makanan. Bagi kebanyakan kita di Malaysia, makanan Thai menjadi tidak asing lagi dengan lambakan kedai tomyam di merata tempat. Bak kata suami, kalau kedai tomyam ni tutup (cuti hari raya) tak makanlah orang sini. Betapa berpengaruhnya selera Thai dalam masyarakat kita.

Tetapi, adakah kita telah benar benar merasai the authentic Thai food? Biasa kan kita dengar "tomyam serai" atau "tomyam bawang" 😁😁 sebab  kedua-dua bahan tersebut lebih banyak daripada isi. Itu belum lagi kekadang rempah segeranya yang begitu terasa. Tak asli lansung!


Ruggedmom Belajar Memasak
Sebagai usaha berterusan mempromosi produk-produk Thai, Royal Thai Embassy dengan kerjasama Tourism Authorithy of Thailand telah mengadakan bengkel masakan Thai "Thai Cooking Made Easy" yang bertempat di Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur. Bengkel sehari itu telah dikendalikan oleh Chef Korn Yodsuk yang turut memiliki restoran makanan Thai yang terkenal di Kuala Lumpur, Erawan.

No automatic alt text available.

H.E. Mr Damrong Kraikuan, Duta Thailand ke Malaysia merasmikan acara.

Peserta terdiri daripada isteri kepada beberapa duta asing, ahli PERWAKILAN dari Kementerian Luar Negeri dan media. Kata H.E. Damrong Kraikuan, beliau tak menyangka sambutannya event ni begitu baik, ingatkan nak masak kat dapur rumahnya saja 😃. Siapa tak nak belajar dengan pemilik restoran yang pernah diiktiraf sebagai restoran kedua terbaik dalam Miele Guide 2013 kan? Mahal tau kalau sesaja nak belajar dengan dia. Dia kata tanya je lah apa apapun..FREE untuk hari tersebut. Hah, kan double untung tu... bukan semua perkara kita boleh tahu dengan sekadar meng-google.

Sebenarnya di Thailand banyak juga kelas memasak yang dianjurkan secara pakej. Masa last day kat Chiang Mai hari tu tercari-cari juga apa yang nak dibuat sebelum balik ke Malaysia pukul 3.50 petang tu. Banyak je tempat yang mengajar memasak tapi risau pula aku kalau dia masak vavih hewhew...


Bahan asas dalam masakan Thai
Sebagai negara Asia yang berkongsi keadaan geografi dan cuaca yang hampir sama, tanaman yang didapati di sana juga sama dengan negara kita. Jenis masakan pula agak berbeza mengikut keadaan dan suhu setempat. Biasanya negara/negeri yang sejuk banyak mengunakan rempah-ratus dan cili untuk memanaskan badan.

Bawang, ketumbar, serai, lengkuas, daun limau purut dan sos ikan digunakan dalam pelbagai masakan. Stok ayam dan santan pula digunakan bersilih ganti untuk menghasilkan masakan yang berbeza walaupun ramuan asasnya sama.

Image may contain: food



Image may contain: 3 people, people sitting and food
Foto Farah Azlan

Memasak Gai Pad Kraprao (Spicy stir-fried Thai basil chicken) bersama Carrey Chua dari majalah Travel Guide. 
(Beginilah keadaan ibu-ibu bekerjaya, dahlah penat bekerja di pejabat, balik rumah gigih memasak untuk keluarga tersayang. Kami memasak sambil: menjawab panggilan telefon, meleraikan anak bergaduh, buat susu anak yang haus, lap muntah anak, bantu anak buat homework bla..bla... banyak lagi. Kau lelaki, jangan balik kerja nak bersila panggung aje sambil main henpon dan mengharap mendapat layan lemah lembut dari isteri. Penat sampai ke sum sum tau!)

Makanan pencuci mulut yang kami belajar pun hampir sama dengan Puteri Mandi. Aku pernah belajar membuat beberapa jenis kuih manis dalam trip ke Thailand sebelum ini. Kuih ondeh-ondeh mereka juga dibuat dalam warna ungu menggunakan bunga butterfly pea yang kita turut gunakan dalam penyediaan nasi kerabu.

Di bawah ini ai share empat resipi yang kami belajar Jumaat lepas. Semua senang je. Masa cikgu mengajar tu aku ikut je segala arahan supaya menjadi masakan Thai. Ada yang buat seperti yang biasa dibuat di rumah, tu yang rasa macam Kedai Tomyam Kg Pandan hahahah.... melawan tok guru.

Jangan sekadar screen capture, buat ye!


Tom Yum Goong (Prawn tom-yum soup)
(Ini yang clear version (tanpa susu) untuk makan 4 orang)

8 ekor udang - bersihkan, buang urat belakangnya dan buang kepala
200g cendawan tiram. Di Thailand biasanya mereka menggunakan fresh straw mushroom
3 batang serai - dititik, potong sepanjang 2 inci
5-7 hirisan lengkuas
3 biji bawang merah - ai hempuk dengan pisau je 😁
2-3 helai daun limau purut (kaffir lime leave) - carik-carikkan
6 biji cili padi
1/4 cawan jus lemon
3-4 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula
setengah periuk stok ayam (agak agaklah, 4 orang je nak makan)
sedikit daun ketumbar

Cara memasak:
1. Panaskan schicken stock dengan api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan serai, lengkuas, bawang. Masak sehingga naik bau.
3. Perasakan dengan sos ikan, gula kemudian masukkan udang dan cendawan. Padamkan api bila udang sudah 80% masak.
4. Masukkan daun limau purut, cili (yang dititik) dan jus lemon. Jus lemon tu masukkan sesikit supaya tak terlalu masam. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
5. Hidang panas.

Senang kan?


Gai Pad Kraprao (Spicy stir-fried Thai basil chicken)
2 cawan ayam cincang
5 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu makan akar ketumbar yang dicincang
segenggam daun selasih (basil leaves)
2-3 sudu makan minyak masak (minyak sawit lebih sesuai untuk masakan Asia)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil sos ikan atau sos soya
2 sudu makan sos tiram
1/4 cawan stok ayam atau air
1 biji cili besar- dipotong serong

Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih dan akar ketumbar sampai lumat.
2. Panaskan minyak dengan api sederhana.
3. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak. Leraikan isi ayam.
4. Perasakan dengan sos tiram, sos soya/ikan, gula dan stok ayam.
4. Gaul lagi. Masukkan daun selasih dan cili besar, gaul lagi.
5. Padamkan api. Hiaskan dengan daun selasih ketika menghidang.

Tiada penggunaan garam sebab sos-sos tu dah masin.

**Ai memang selalu masak ayam versi ini cuma tak letak akar pokok selasih je.


Keow Wan Gai (Green Curry Chicken)
400g dada/peha ayam. Buang tulang dan hiris nipis
3 sudu makan pes kari hijau
1 cawan krim kelapa (santan pekat)
2 cawan santan kelapa
3 biji terung bulat (Thai eggplants)- belah empat
1/4 cawan terung belanda (Pea eggplants)
3 biji cili besar merah- potong serong
3 helai daun limau purut - buang urat tengah dan koyakkan
1/2 cawan daun selasih
3 sudu makan sos ikan
1 1/2 sudu teh gula melaka

Bahan-bahan untuk pes kari hijau:
15 biji cili padi hijau- cincang
5 biji cili besar cincang
5 biji bawang- cincang
10 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh lengkuas- cincang
1 sudu makan serai- cincang
1/2 sudu teh kulit limau purut- cincang
2 sudu teh akar ketumbar- cincang
5 biji lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh  garam
1 sudu teh belacan

*aku tumbuk dengan lesung je semua.

Cara memasak:
1. Panaskan krim kelapa dengan api sederhana sehingga terbit minyak. Kacaulah yo...jangan ekau biarkan jo sampai bebuih-buih. Kemudian masukkan pes kari hijau, masak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, balikkan sehingga masak kemudain masukkan santan. Kacau bahagian atas kuah, tambah gula melaka dan sos ikan.
3. Bila mendidih masukkan terung. Bila terung empuk masukkan daun limau purut, daun selasih dan cili merah. Padamkan api.

**In future I will exclude gula melaka. Den makan podeh.


Bua Loy Maprow On (Dumpling in coconut milk)
(Pencucui mulut ini seakan-akan Puteri Mandi)

Warna hijau
1/2 cawan tepung beras pulut
1/4 cawan air pandan (daun pandan kisar dengan air)

Warna ungu
1/2 cawan tepung beras pulut
1/4 cawan air bunga butterfly pea

Warna putih
1/2 cawan tepung beras pulut
1/4 cawan air
1 cawan krim kelapa (santan pekat)
2 cawan santan kelapa
1 cawan isi kelapa (bahagian putih yang lembut sahaja)- hiris kecil
2 sudu makan gula melaka
1/4 cawan gula
1/2 cawan garam
daun pandan

Cara memasak:
1. Campurkan tepung beras pulut dengan air berwarna sedikit demi sedikit (buat berasingan) untuk mendapatkan doh yang lembut. Gentel doh menjadi sebesar 1/2 inci - sebesar hujung jari kelingking - sehingga habis.

2. Panaskan air dengan api yang kuat. Bila mendidih masukkan bebola yang kita buat tadi. Bila bebola timbul di permukaan yang menandakan ia dah masak, pindahkannya ke dalam air sejuk, biarkan seketika. Keluarkan dan toskan airnya.

Sebelum menghidang:
Campurkan santan dengan daun pandan, gula, gula melaka dan garam. Panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan krim kelapa, kacau sebentar dan padamkan api.

Tips: 
1. Sentiasa kacau santan sewaktu memasak supaya tidak berbuih.
2. Garam membuatkan sos terasa lemak, jangan berlebihan sehingga terasa masin.

Masukkan beberapa biji bebola dan isi kelapa ke dalam mangkuk hidangan, tambahkan kuah/sos tadi. Hidangkan panas.

Selamat mencubaaa..!!


***
Assistant chef rasa sos ai, dia kata sedap!
Assistant chef datang kali kedua, dia kata hmmm...sedap!
Ai panggil Chef Korn Yodsuk untuk merasa, dia kata sedap!!!
(terbayang expression muka mereka)

Nak bangga jugak kahkahkahhh...😂😂😂


Minta tolong tekan butang share selepas membaca sampai habis ya. Biar ramai mak mak mencuba untuk keluarga memasing. Nanti bolehlah cakap kat husband, kalau nak rasa yang bebetul authentic kena pergi Thailand! gituhhh...













Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free