Indonesia | 5H 4M Jakarta-Bandung - Day 4 Menelusuri Jakarta | Tibalah masanya kami meninggalkan segala kenangan manis di Bandung untuk menyambung percutian di Jakarta. Walaupun ada tempat yang tak sempat pergi seperti Rumah Mode, factory outlet, Tahu Susu Lembang, floating market, bergambar di Gedung Merdeka, Orkid Forest Cikole... eh banyak jugak... hmm takpelah ada rezeki boleh datang lagi. Rumah Mode dan factory outlet tak kisah sangat sebab bukan senang nak jumpa baju cantik saiz kami yang mewakili rakyat Malaysia yang obes 😄. Orkid Forest Cikole tak jadi pergi sebab buka pukul 10 pagi, lewat sangat sampai Jakarta nanti.
Aku takkan pernah jemu untuk datang lagi ke Bandung untuk suasananya, suhunya, pemandangannya, makanannya dan juga keramahan orang-orangnya.
Dicky jemput kami jam lapan lalu terus ke ibu negara Indonesia. Lagi satu sebab kami terpaksa lupakan Orkid Forest ialah sistem peraturan ganjil genap di Jakarta berlaku pada hari kerja (Isnin-Jumaat) dari pukul 06.00-10.00 WIB dan 16.00-21.00 WIB, kecuali hari libur nasional. Peraturan ini membataskan kenderaan berdasarkan nombor plat ganjil atau genap pada tarikh yang sesuai di jalan-jalan yang ditetapkan. Melanggar peraturan ini adalah satu kesalahan, dengan denda maksima Rp500,000.
Maksud peraturan ini ialah: Kenderaan berplat nombor ganjil hanya boleh melintas pada tarikh ganjil, manakala kenderaan berplat nombor genap hanya pada tanggal genap. Mereka boleh masuk di hari yang ditetapkan tanpa saman, plat no genap boleh juga masuk di hari ganjil tapi selepas jam 10 pagi dan keluar sebelum empat petang.
Ini ialah usaha pihak berkuasa Jakarta untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Oleh yang demikian Dicky kena keluar dari Jakarta sebelum pukul empat petang.
Ke Kota Tua
Sehari sebelumnya aku dah senaraikan dan maklumkan Dicky tempat-tempat yang hendak dilawati di Jakarta (sebenarnya dah beritahu Hendra sebelum ke Bandung lagi). Kali ini aku nak ke Pelabuhan Sunda Kelapa dan Kota Tua sebab aku suka ambil gambar kapal. Dicky pun bawalah tapi tak jumpa jalan masuk ke pelabuhan. Kami lalu kawasan gudang-gudang tu tapi masih tak jumpa. Hari pun panas terik jadi kami ambil keputusan untuk ke Kota Tua sahaja.
Ada jalan lain ke?
Kakak-kakak berdua tak mahu turun jadi aku pun tak boleh lama, sekadar ambil gambar di hadapan Muzium Bank Indonesia. Kawasan sini agak besar dengan sebahagiannya bangunan lama zaman Belanda dulu lagi. Aku rasa agak kecewa jugalah tak dapat explore kawasan ni sebab memang ini waktu yang dinantikan sejak lama, dah sewa kereta kann... we plan but Allah is the best planner. Kena datang lagi nampaknya kerana wisata kota tua Jakarta perlukan masa yang panjang. Muzium pun ada banyak di sini.
Ini bajai. Saya fotoin ya pak! Dia angguk.
Sayangnya bangunan ni tak dipelihara.
Di hadapan Muzium Bank Indonesia.
Kami pun ke Monumen Nasional (Monas) pusat kota. Di sini pun kami ambil gambar dari jauh je. Masa tu ada ramai Tentera Nasional Indonesia (TNI) berkampung mungkin sejak rusuhan besar-besaran hari tu. Kebetulan di hari tersebut pun ada piket maka ramai polis juga di sini. Rajin betullah hari kerja berpiket.
Dari pintu masuk hingga ke Monas jauh juga tapi ada shuttle disediakan. Aku pernah berada lebih hampir tapi tak masuk ke galeri sebab kena beratur panjang. Kena dua hari penuh di Jakarta baru sempat cover semua.
Waktu operasi Monumen Nasional (Monas):
Kawasan Monumen Nasional
Selasa - Jumaat : 08.00 - 18.00 WIB
Tugu Monumen Nasional
Selasa - Jumaat : 08.00 - 18.00 WIB
(Tutup loket 17.00 WIB)
Itulah Monas, depan Stasiun Gambir je.
Hari dah masuk petang dan kami pun dah lapar tapi nak check-in dulu di Dreamtel Hotel. Banyak hotel sepanjang jalan ni seperti Victory, Cemara, Ashley dan Stanley. Terjumpa pula Masjid Jami' Tarihuniyyah di celah bangunan. Terus je ikut jalan depan hotel akan sampai ke Pasar Tanah Abang. Tak dekat sangat kena naik Gojek jugalah. Sesiapa yang berhajat ulang-alik shopping sakan di Pasar Tanah Abang elok tempah hotel di Jl K H Hj Wahid Hasyim/ Menteng, ada yang boleh berjalan kaki je.
Sebagai servis terakhir, Dicky hantar kami ke Grand Indonesia sebab kami nak mencekik di Remboelan. Kami bertiga minta makanan yang berlainan tapi rasanya biasa je. Aku pun lupa nak tanya kawan apa yang bebetul sedap kat sini tapi air sedap-sedaplah. Kami order air seorang dua jenis 😄
Kena daftar dan beratur dulu.
Di Bandung dapat minum jus alpukat dalam botol je, di restoran ni pula jusnya sikit sebab dicampur dengan ais krim coklat dan milo. Sedap tapi tak puas minum.
Kawan aku beli perfume brand HMNS pula di Grand Indonesia. Sakan betul diorang beli perfume lokal. Dari sana kami berjalan kaki ke Thamrin City pula, masa tu tinggal 40 minit lagi kami pun berjalan cecepat. Aku sampai dulu dan sistur berdua kembang kempis hidung mengejar hahahah... dah nak tutup kenalah pantas. Sini 5.46 petang dah Maghrib, 6.00 semua tutup.
Kepada akak-akak yang cari blaus atau jubah, carilah di Thamrin City. Cantik cantik ya harga pun okay. Kemeja batik lelaki pun cantik coraknya.
Malam masih muda takkan nak mereput dalam bilik? Kami pergi buat facial dan urut kaki di salon di blok H Thamrin City. Hujung sekali lantai yang sama.
Aku tertarik dengan jubah-jubah di sini tapi tak pakai pun... 10 kali jugalah fikir nak beli ke tak.
Bukan cara aku untuk lepak di bilik, setiap hari mesti dipenuhkan dengan apa sahaja aktiviti di tempat asing. Kalau bawa anak melancong mereka pun kena ikut sekali jadual yang dah diatur. Kalau nak berehat balik rumah nantilah, kita bukan selalu datang tempat orang.
Aku ajak kawan ke Pasar Tanah Abang tapi mereka tak nak. Selepas sarapan pagi aku pun naik Gojek pergi Pasar Loak Jatinegera. Kita panggil pasar karat. Sebenarnya ada satu lagi iaitu Pasar Loak Jl Surabaya tapi nampaknya macam banyak barangan antik di sana. 
Pasar Loak Jatinegara terletak di Jatinegara, tepatnya di sekitar Jembatan Hitam dekat dengan Masjid Jami Nurul Islam dan di depan Indomaret. Pasar ini lebih ramai pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad pagi. Masa aku sampai lorong tu masih basah akibat hujan sebelum Subuh dan masih ramai penjual yang belum membuka jualan. 
Kiri tu masjid. Kebanyakan masjid di sini bersaiz sederhana je.
Takde yang menarik.
Beli ni je... 
Sebenarnya ke Saung Angklung Udjo ialah salah satu tempat yang aku nak pergi ketika di Bandung tapi tak berkesempatan. Tetiba di pasar ni ada seorang lelaki main angklung sambil bawa tabung. Ya Allah aku terasa sangat Allah itu Maha Mengetahui. Lepas hajat aku walau dia mainkan angklung tu sekejap sangat.
Aku pun terus ikut lorong kiri membawa ke jalan besar dan ternampak 'tram' ni. Apa nama sebenarnya eh? Orang dewasa pun naik. Silap aku tak tahan ikut jalan-jalan, dia dah membelok ke kanan baru terfikir. 
Sepanjang berjalan menuju Stasiun Jatinegara 2, ada beberapa kedai silver di sebelah kanan tapi belum buka lagi. Kalau kedai emas aku tunggu situ nak jadi pelanggan pertama 😄
Stasiun Jatinegara.
Stasiun Jatinegara 2.
Stasiun Jatinegara 2. Bajai biru ni aku belum pernah naik lagi.
Sampai sini aku berhenti rehat sekejap sambil memerhati manusia. Haus. Memula order teh tawar hangat lepas tu order jus alpukat . Hari terakhir baru dapat minum jus avocado setelah tiga kali tak berjaya di Bandung.
Mungkin ramai sedang berada di kantor jadi jalan ni taklah sibuk sangat. Tunggu petang nanti mesti sesak tak ketahuan. Bagusnya Jakarta dah ada LRT dengan tambang flat rate. Kalau digunakan dengan meluas ia mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di kota Jakarta. Antara penyebab Jakarta mengalami macet teruk kerana banyaknya jenis pengangkutan awam di sini seperti ojek tradisional, Gojek, Grab Bike, teksi, e-hailing, angkot dan bajai. Sewaktu YB Syed Sadiq nak usulkan ojek untuk mengatasi pengangguran dulu, eeiii hang jangan macam macam! Kita dah ada LRT MRT tu pun jalan masih sesak kenapa nak perkenalkan ojek pulak?? Naik kat negara jiran sudahlah.
Aku dok berkira-kira nak jenguk sekejap Pasar Tanah Abang sekali rakan sebilik kata nak ke airport jam 11 pagi. Awainya..... flight petang karang.
Rehat jap. Haus.
Metro Tanah Abang.
Maka kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada kota Jakarta buat sementara waktu. Sambil menunggu di surau ternampak quran ni. Bahasa Peranchis kot eh?
Begitulah cerita lima hari yang tak berapa padat aktivitinya. Biasanya aku jenis berjalan sampai tak larat berjalan 😄. Akan ke Jakarta-Bandung lagi dengan itinenary berbeza di lain kesempatan insyaAllah.
Bulan depan selepas SPM kami akan ke Pulau Sumatera pula. Takde road trip ke selatan Thailand tahun ini.
























0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.