Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu

Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu | 6 Jun nanti datanglah bulan Ramadhan penuh rahmat itu. Dengan kedatangan bulan puasa juga maka banyaklah hotel dan restoran yang akan menawarkan juadah berbuka puasa secara buffet.


Sebenarnya pihak hotel sudah mula menjual "seat" sejak bulan lalu, ada harga istimewa untuk early bird. Ramai juga yang pergi food review, harapnya apa yang akan dihidangkan di bulan Ramadhan nanti samalah sedapnya dengan makanan yang mereka review.

Aku agak seperti biasa akan ada orang bising tentang harga buffet Ramadhan nanti. Harga buffet Ramadhan mahallah... mewah sangatlah... membazirlah... bla bla bla..


Kenapa Kita Diwajibkan Berpuasa?

Berpuasa untuk mengajar kita merasai dan menginsafi kekurangan orang lain. Ada orang yang tak makan berhari-hari. Kita tak dapat makan minum 13 jam secara purata pun dah mengeluh. Kengkawan kita di luar negara yang berpuasa di musim panas lagilah jenuh tetapi mereka berpuasa juga. 

Berpuasa juga untuk merehatkan sistem perut kita. Letih dia memproses makanan setiap masa. Kita pun kalau kena bekerja setiap hari dari celik mata hingga tutup mata letih melepek kan?



Makan Jika Mampu 

Sama seperti kisah golongan kaya melancong, begitu jugalah kisah berbuka puasa di hotel. Sasaran si penjual golongan yang berkemampuan, yang mampu membayar dengan senang hati. Kepada yang tak mampu, kita makan je apa yang ada atau beli saja di pasar Ramadhan. Perut tengah lapar semua nampak sedap. Tak perlu kita cemburu dengan kemampuan orang lain. Orang berada tu pun bukan setiap hari makan di hotel, mereka pun tahu cemuih. Kebanyakannya sekadar bertukar selera dan meraikan keluarga serta kawan-kawan juga pekerja.

Kalau kita tak mampu tetapi nak merasa juga berbuka puasa di hotel mari kita berpuasa dari sekarang. Puasa dari berbelanja SETIAP HARI sehingga terkumpul sejumlah duit. Boleh? Ada beberapa hari lagi ni... sempat lagi nak melonggok duit.


Kenapa Makanan Di Hotel Dan Restoran Ternama Mahal?

Ada hotel menggaji chef yang sangat hebat memasak, ada hotel yang memang terkenal sedapnya hidangan mereka, ada juga yang biasa biasa. Kalau terkena yang biasa biasa tu soheh ko akan merungut hahahah... balik rumah goreng telur mata lembu lepas tu tumis cili dan bawang besar perghhh...!! Lagi sedap dari hotel habaq hang!

Orang bising makan buffet Ramadhan mahal. Kenapa mahal?

Nampak tak berapa ratus hidangan yang mereka perlu sediakan untuk ramai orang makan serentak? Berapa banyak pula idea yang harus diperah untuk membuatkan hidangan itu sedap dan menarik? Betapa selesanya pula kita makan di tempat berhawa dingin?

Sebenarnya kita bukan sahaja membayar harga makanan tetapi skil memasak dan menghias mereka. Nak jadi ketua chef tu berapa tahun kena belajar dan berapa banyak pengalaman bekerja diperlukan? Kita membayar kepakaran mereka. Sama jugalah seperti servis fotografi, percentage bayaran tu lebih kepada khidmat dan kepakaran jurugambar bukannya harga gambar. Kalau rasa mahal boleh je shoot sendiri guna henpon. Kita diberi pilihan, tiada paksaan. Tak perlu komen dan komplen memacam sedangkan kita tak dipaksa. 

Dan kepada mana mana pihak yang menjemput anak yatim berbuka puasa di hotel tu... terutama yang menjual meja kononnya untuk anak yatim, kami nak tahu adakah anak yatim tu VIP majlis atau ada lagi VIP lain? Bukan apa kekadang kita nampak ada meja makan berhidang, anak yatim beratur di meja buffet sehingga azan berkumandang. Ada orang makan berhidang berpelayan di meja bulat, anak yatim bersila di lantai. Kau rase..??

Dan kepada yang beratur mengambil makanan tu, cecepat sket boleh? Cubalah pantas macam orang Jepun.

 
Sumber imoney.my

Ya Allah sedapnya desert!

Makan Setakat Mampu

Oh ye, beragaklah ya semasa mengambil makanan. Jangan ambil sampai menggunung dalam pinggan lepas tu dibiarkan tak bermakan. Rezeki tu. Walaupun kita membayar harganya elok ambil setakat yang mampu kita makan je... kalau tak cukup, tambah. Kalau tak cukup juga tambah lagi. Takde siapa pun akan marah. Apa nak kesah pandangan orang?



Sumber di sini.







I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free