Thailand | 6D 5N Winter Trip In Chiang Mai. Sejukkk...

Thailand | 6D 5N Winter Trip In Chiang Mai. Sejukkk...  | Disember 2017 seperti juga tahun sebelumnya dipenuhi dengan undangan perkahwinan setiap minggu. Tidak dapat mengelak lansung kerana yang diraikan ahli keluarga terdekat. Kata seorang saudara, orang Melayu ni asal cuti je buat kenduri hehehe.... harap tahun depan tiada lagilah orang terdekat buat kenduri time cuti sekolah. 


Tapi... betullah rezeki tak pernah salah alamat. Empat hari sebelum diterbangkan ke Thailand aku diberi pilihan untuk terbang ke Chiang Mai, Chiang Rai atau Petchabun. OMG... sudah pastilah ke Chiang Mai! Dah lama berangan kot? Semasa Air Asia buat sales bulan Jun hari tu memang nak book ke Chiang Mai tapi terasa mahal sebab peak season so booked Da Nang. Sejuk juga kerana masih dalam musim sejuk (winter). Kiranya trip ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang.


Chiang Mai di musim sejuk
Semasa dalam kabin kapal terbang terasa sejuk, masa tu rasa menyesal pi simpan winter jacket dalam beg. Excited mak! 😁😁.

Aku tiba di Chiang Mai International Airport lebih kurang 8.40 pagi, 3 jam dari KLIA2. Keluar je dari terminal... eh, tak sejuk pun? Alaaa... frust nya. Dahlah bawa winter jacket sampai dua helai. Memenuhkan beg aje (aku merungut dalam hati). Menurut my tour guide Pornthip, Chiang Mai kurang sejuk kali ini. Sedeyyy...

Kami terus melawat beberapa tempat. Seperti biasalah blog post ini sebagai ringkasan sahaja, gambar pun letak sesikit jer. Nanti ai buat individual post eh.


Day 1
Lawatan pertama iols ke Royal Park Rajapruek yang letaknya lebih kurang 15km dari bandar. Taman botani seluas 80 hektar ini sesuai dilawati awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan terik matahari. Alangkan di musim sejuk pun panaih lit lit bila matahari mencarak inikan pula di musim panas.

Kami naik tram elektrik dan hop on hop of di beberapa tempat. Kalau banyak masa lebih baik sewa basikal sehari THB60, boleh adjust masa sendiri. Terdapat banyak spesis pokok di sini. Ada sayuran yang dibuat jualan juga. Ada butterfly farm. Paling menarik tentulah taman orkid dari pelbagai spesis, warna dan saiz. Cantik giler! (sila lihat video di instagram ruggedmom).

Ada juga taman Asia yang mewakili beberapa negara tapi macam kurang menarik jadi aku tak singgah. Highlight taman ini ialah Royal Pavilion, sebuah binaan rekabentuk Lanna kingdom di tengah taman luas tersebut. Bangunan kayu yang unik dengan bumbung berlapis menggambarkan empayar yang memerintah utara Thailand suatu ketika dahulu.

Lepas tu kami ke ban Suan Ka Fe, kafe dalam hutan yang mendamaikan. Best kafe ni.. ada sungai cetek di tengahnya. Ramai yang singgah minum sini sebelum ke airport. Ai minum kopi dan makan kek je.

Then we went makan makan at a chinese muslim restaurant near masjid Chiang Mai. Masjid ni dekat sangat dengan Kalare Night Bazaar. Lepas solat segala kami ke One Nimman pula, one stop centre for art, culture and contemporary art centre. Sebelum Chinese  New Year nanti baru dibuat official launching. Cantik cantik handbag kulit di sini. Seronok pula tengok orang jual jus buah tu, jenuh berkayuh basikal nak merasa jus heheh..

Nak rasa sejuk sangat kan? amekawww....menggigil dalam selimut malam tu. Aku tak terfikir lansung nak bawa long john ke.. thermal pants ke...stokin bola anak ke... dahlah stokin pun sampai buku lali je.. baju tidur pun senteng, sudahnya balut kaki dengan bath robe hehehh... ya Allah sejuk giler!

So.. tidur di mana?

Untuk tiga malam ni berehat di Horizon Village & Resort. Selesa dan mewah tapi agak jauh dari bandar. Kalau ada transport sendiri takde hal. Sesuai bawa kanak-kanak ke sini sebab ada swimming pool, taman permainan, zoo mini, muzium, paddle boat dan basikal.


Day 2
Pukul 10 pagi kami bertolak ke Doi Ithanon National Park yang merupakan puncak tertinggi di Thailand. Dua jam jugalah nak sampai ke sini ke puncak setinggi 2565 dari aras laut. Kami berhenti sekali di RnR. Dari pemerhatian kedai 7Eleven di situ membuat keuntungan besar. Pelanggan sentiasa keluar masuk dan ada rak yang kosong.

Suhu yang dicatatkan di kawasan lapang tu ialah 8C tetapi di dalam hutan 6C. Terasa sejuk sangat bila angin bertiup. Pendek je laluan hutan tu tetapi masa masuk ke Angka Nature Trail mencungap jugalah turun naik tangga. Masa tu tiada bunga lansung, semua hijau je.

Angka Nature Trail

Kew Mae Pan Nature Trail. Cantik gilos! Trek 1km je nak sampai ke sini. Kalau rajin lengkapkan 3.2km.

Kew Mae Pan Nature Trail

Kemudian naik kereta pergi ke Kew Mae Pan Nature Trail pula. Panjang sebenar laluan ini ialah 3.2km tapi aku naik 1km sahaja sehingga ke panoramic view tu. Ya Allah hebatnya alam, kita berada setinggi awan. Selalunya masa dalam kapal terbang je masuk dalam awan, kali ni real. MasyaAllah cantik sungguh! Untuk melalui trek hutan ni kita wajib menggunakan service guide. Kena bayar THB200 seorang dan boleh ambil buluh untuk digunakan sebagai tongkat. Aku berjalan dengan makcik guide berumur 60an tu, stress pulak rasa bila terpaksa menunjukkan diri ini lebih power rangers dari dia hahahha... aku rasa paling letih bila menggunakan tangga. Time ikut denai ok je. Kembang kempis lubang hidung nak sampai atas 😂😂

Selepas tu naik songteaw ke Royal Twin Pagodas. Ada satu lagi check point untuk ke atas tu. Pagoda Phra Mahathat Naphamethanidon ini disiapkan oleh Royal Thai Air Force sempena memperingati hari keputeraan ke-60 King Rama 9 pada 5 Disember 1987. Kemudian Phra Mahathat Naphapholphumisiri pula dibina untuk Queen Sirikit pada 1992. Kebetulan masa sampai tu ada sami Buddha sedang sembahyang. Pornthip kata yang ramai ramai tu bukan Thai monk, berdasarkan uniform yang dipakai.



Sebelum balik kami singgah ke Wachirapan Waterfall. Tu dia... punya tinggi dan deras, tak boleh mandi/berenang/terjun tiruk.

Seharian tak makan, malamnya kami bersantap di sebuah restoran halal, Baan Pi Huen Nong. Sedap oihh.. setiap 7.30 malam ada cultural show. Aku pilih duduk bersila sebab nak tutup kaki dengan alas meja hahahah....


Day 3
Hari ini kami ke Maekampong Village, sebuah perkampungan tradisonal Thai di pergunungan. Banyak homestay di sini, yang fully booked tu mereka siap gantung notis di depan rumah. Sekarang ni peak season so tak hairanlah kawasan begini pun penuh.

Sebelum tu kami singgah sebentar di Maethakrai National Park. Di Chiang mai ni ada banyak camp site. Masa singgah di situ meriah dengan suara bebudak pengakap sedang berkhemah. Cantik tempatnya, rata dan bersebelahan sungai. Tandas dan kedai pun ada. Kalau kita berkonvoi naik motor bolehlah kot tidur sini.

Berbalik kepada Maekampong Village, kami singgah sekejap je di sini. Kereta kita perlu ditinggalkan di kaki gunung dan kita kena naik songteaw untuk mengelakkan kesesakan di atas sana. Dari sini kami naik songteaw lain ke Giant Coffee. Perghhh jauh betul rasanya, melalui jalan kecil bengkang bengkok di tepi gunung tapi bila sampai ke Giant Coffee tu...fuhhh... tak sangka dalam hutan pun ada tempat sebagus ini untuk berehat sambil minum kopi. Syok oihh..

Giant Coffee

Mengikut itinerary asal peegi ke Mai Lam Museum tapi TG tanya nak pergi hot spring ke idok? Eh, mestilah nak. Kami pergi ke Sankampaeng Hot Spring yang dibuka kepada awam. Sedangkan weekdays pun ramai weekend entahlah nak tapi kawasannya sangat luas. Masuk ke sini kena bayar tiket jadi bolehlah rendam kaki dalam air 45C tu. Kalau nak berendam badan kena bayar asing dan boleh pilih nak bilik private, group atau yang open. Lepas rendam kaki aku pi berurut. Wajiblah berurut bila sampai ke Thailand ni kan? Murah.

Aku nak singgah ke ladang kambing tapi tak sempat. Di ladang tu kita boleh bagi makan kambing macam kat Mesilau tu.

Nasib baik dah alas perut di Giant Coffee tadi, dah senja baru dapat makan sedap. Lunch cum dinner kami di Mae Guan Udontara Dam. Makan ikan dan udang goreng rangup dekat empangan. Kalau minat memancing boleh bertanya dengan tuan restoran tu. Aku tak minatlah kerja menunggu ni. Orang penyabar je boleh memancing.


Day 4
Pagi ni sepatutnya ke Monchaem (nampak menarik juga dalam gambar) tetapi ditukar ke Maeteng Elephant Park. Ini kali kedua aku naik gajah dan lebih seronok sebab gaah tu masuk ke sungai.

Tips naik gajah:
Jangan pakai baju/seluar dari kain licin seperti chiffon atau satin sebab hang akan melorot turun bila gajah tu turn tangga 😁😁. Aku yang pakai cotton ini pun beberapa kali mengensot ke atas semula. Cuak juga duduk tempat tinggi ni.

Selepas tu naik rakit menghilir dalam 4km. Zipline pun ada tapi aku tak try. Elephant show aku sempat tengok sekejap je. Bagusnya elephant camp yang ini, restoran halal dan musolla disediakan. Sedap juga makanan dia.

Ada dua tempat kami skip. Queen Sirikit Botanic Garden menjadi lokasi lawatan terakhir. Malamnya berjalan-jalan dan shopping di Kalare Night Bazaar (aku dah berpindah ke city centre).


Day 5
Hari ni ikut 1 Day Tour ke Chiangrai and Golden Triangle. Harga pakej THB850. Kami melawat White Temple, House of national artist- Thawan Dhucanee (tak masuk), orang asli Karen yang pakai besi di leher tu dan Golden Triangle.

Memula aku tak nak naik bot tetapi bila semua naik aku pun beli tiket di sana, THB300. Kita sekadar singgah di gerai jualan di sebelah Laos sana. Itu je. Rugi pula rasa terikut-ikut orang. Boleh skip je boat ride tu. Lagi satu, lebih baik ikut muslim pakej jika ada supaya senang nak makan dan solat. Aku makan sayur je 3 jenis isk isk...

Balik dari tour Chiang Rai aku tumpang motor OKU ke homestay lain sebab private room di Shambala penuh. Cepat betul aku buat keputusan menumpang motor tu hehhehe... tak dayo nak mengheret beg dalam dingin winter tu.


Day 6
Flight 3.10 petang nanti jadi awal pagi dah keluar berjalan. Masuk di Chiang Mai Gate, masuk ke pasar kemudian melalui beberapa wat terkenal, singgah bergambar di Three Kings Monument dan Folklore Museum. Lebih 3km jugalah berjalan.

Chiang mai International Airport dalam 7km je dari penginapan. Naik songteaw 100 baht sebab sensorang. Kalau nak makan pi cari kat domestic departure, di sana lebih banyak food outlet tapi nak makan apa aje pun?


Maka tamatlah trip 6 hari 5 malam di Chiang Mai. Puaslah hati dapat ke sana di musim sejuk. Awak bila lagi? Winter hingga Februari.

***
Ada gambar dan video yang uploaded di instagram ruggedmom. Jemput ke sana.











Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free