Kisah Kami Dibuang Kerja 24 Jam!



Kisah Kami Dibuang Kerja 24 Jam! | Assalamualaikum. Hari ni nak cerita kisah agak sedih tapi tak berapa sedih hahahahh... erm mana nak mula eh?



Aku ni sebenarnya lama tak kerja 9 to 5, lepas signed Voluntary Separation Scheme (VSS bukan scheme of things yang bekas PM sebut tu) dari bank tahun 2003 dulu buat kerja menjual pula. Lama juga. Sebenarnya aku berbakat di situ tapi kite jenis complacent, cepat berpuas hati sampai kena perli dengan Group Agency Manager fasal komisyen. Dia kata, itu bukan gaji usahawan... itu makan gaji! Berdesing telinga makcik hahahah... Aku happy dah sebab bermula dengan kosong, no basic salary, bulan keenam aku dah dapat RM2,500 dan naik lagi bulan seterusnya. 

Bila di umur 39 aku mengandung lagi😁, kerja menjual dan part time hujung minggu ditinggalkan. Aku fokus jaga anak bongsu hinggakan dia tak reti makan makanan dalam tin. Terjelir-jelir lidah berkerut muka bila diberi Nestum hahahah... anak mak sungguh yang sorang ni. Sehingga dia masuk tadika bila aku cakap mama nak kerja boleh tak? Dia jawab, tak boleh! 

Aku juga mula travel ke negara Asean sejak 2009/2010. Kan tiket murah masa tu. Bila Air Free jual "free seats" aku pun berjagalah demi tiket percuma untuk melancong tahun hadapan dan bila ada ahli politik kata Air Asia menipu jual tiket murah aku bilang kau yang tak reti pastu salahkan orang. Dasar boomer! Dalam hati je lah huhuu... 

Banyak kali juga aku ikut Familiarization Trip selain trip sendiri. Terima kasih daun keladi kepada pihak-pihak yang memberi peluang. Jemputlah lagi...  masa tu ada income sendiri sikit tapi gembira dengan rutin travel.

Kemudian covid-19 datang.

Duit tak ada, berjalan pun tak dapat. Hampir dua tahun hidup mendatar dan bosan dengan PKP PKPP segala. Negara lain dah bergerak aktif kita masih dikurung lagi. 

Jem kepala bila takde duit jadi aku mula cari kerja semula tahun 2022 dan alhamdulillah dapat kerja pejabat. Job application ke Jobstreet dan Indeed tu agaknya terus masuk tong sampah disebabkan umur tapi bos aku siap cakap dia memang nak staf yang matang dan boleh menulis dengan baik untuk berurusan dengan jabatan kerajaan dan ejensinya. Aku menulis kat sini dengan di surat rasmi tak sama... sopan gituh. Marah dan tak puas hati pun sopan je grrrrr...hahahahah...

Aku rancang nak bekerja hingga anak nombor lima habis belajar, kalau dia dapat masuk universiti/kolej tiga empat tahun lagi selesailah. Yang bongsu guna duit EPF dan duit rumah sewa atau paw kakak abang dia. Takkan nak kerja sampai umur 60? ai kenot... ai nak enjoy life while ai can.

Perghh panjang intro.


Berita Tak Dijangka
Kira-kira 10 hari sebelum Julai 2025 berakhir our lady boss dropped the bomb. Eh semalamnya dia cakap board of directors setuju bagi kerja 8 pagi - 5 petang. Kami happy lah masa tu. Esoknya dia panggil meeting.

Dengan sebaknya dia kata pemegang saham dah jual syarikat ni. Dia dan suami cuba selamatkan bahagian mereka tapi bank tak luluskan pinjaman. Syarikat baru lima tahun mana bank nak bagi pinjam banyak, hutang sedia ada pun dah tinggi. Disebabkan itu si pelabur ni jual saham di Nasdaq. Katanyalah dan satu syarikat terkenal dalam bidang sama dari US beli. 

Kami terkejut maka membawanglah kami mengeluarkan teori-teori yang dirasakan logik. Dua ini yang kami rasa berkemungkinan besar puncanya:

1. Ya Allah apa ek... lupa pulak dah.

2. Kena game dengan investor sebab dia memang jual beli saham. Teringat satu filem omputeh bilamana si pelacur cakap kat sudar daddy dia, kamu tak membina, hanya untung atas angin.

3. Tempoh yang ditetapkan pelabur tersebut untuk menerima keuntungan dan tamat.

Maka kami dijanjikan business as usual selama enam bulan bermula 1 Julai oleh pemilik baharu, bekerja seperti biasa sebagaimana dibawah pentadbiran lama tapi dalam sesetengah perkara bila menguntungkan pemilik baharu kami kena ikut mereka, bila merugikan pemilik baharu kami kena ikut peraturan lama.

Yang bagusnya dengan pemilik baharu ni pakaian kerja lebih kasual nak pakai jeans setiap hari pun tiada masalah, ada jabatan yang boleh work from home, waktu kerja fleksibel janji clock-in lapan jam, waktu rehat tengahari pun fleksibel, ada annual dinner... company benefits lebih banyak tapi tak merasalah sehingga Disember kecuali tuntutan elaun perjalanan yang tinggi sikit. Mereka juga mematuhi sepenuhnya peraturan yang ditetapkan, berkali-kali mengingatkan tidak berkompromi dengan rasuah.

Semua dokumen kami diambil dan kerja pun sikit je. Selama ini pun kesibukan kerja aku hanya 50 peratus sahaja daripada kerja dengan syarikat-syarikat terdahulu. Kite orang lama kan buat kerja pun laju dan hanya perlukan minimal observation. Bila semua dokumen dah diambil datang opis main tipon je lah. Kadang dua jam pertama mengadap henpon je. Sesekali head of department mesej/emel minta dokumen atau minta buat sesuatu. Eh nak bagitau, kerja yang aku buat selama ni dibuat oleh Assistant Manager ya di KL sana dan dipecahkan kepada beberapa jabatan. Dulu perlesenan pusat rawatan, sewa kedai, pembelian peralatan pejabat & makanan, appointment letter person-in-charge pun aku uruskan selain uruskan event dan kerja-kerja pentadbiran yang lain.  

Yang bebetul kerja setiap masa sejak Julai hanyalah Finance Department dan Claims Dept sebab duit masuk keluar setiap hari. Department lain kerja sikit sikit je even Human Resource Exec pun dah menganga main game/tengok movie. Dia dengan aku paling banyak masa lapang.

Kami ni ibarat staf yang kena "cold storage" tapi disebabkan kena beramai-ramai takdelah rasa terasing atau terasa hati, syok ada lah. Bos baru kat KL jadi sesiapa yang mengantuk tidurlah kat meja memasing heheheh... sebelum ni jangan buat pasal, takut ooiii dinding bercakap. Tu sebab sebelum Deepavali ada yang berinai dan mewarna kuku di pejabat 😁

Syarikat ni baru lima tahun tapi masa aku masuk staff turn over sangat tinggi termasuk di headquater hinggalah dapat staf-staf yang ada sekarang. Tim yang ada sejak setahun setengah yang lalu best dah, tak suka bercakap negatif dan takde sibuk hal orang. Masa makan fokus makan atau bercerita yang happy je takde mengutuk bos depan rezeki. Tak sibuk upsell siri sendiri dengan mengata orang tu slow orang ni tak pandai buat kerja bla bla... padahal kerja dia yang tak semenggah sampai kena denda dengan LHDN. Dah berambus orang macam tu. Tim sekarang ni memang best lah dan kami boleh bercakap apa saja marah marah pun tak simpan dalam hati. 

Tindak Balas Aneh
Kami sepatutnya berasa risau tetapi aku rasa seorang je yang nampak bebetul susah hati sebab anak dia baru masuk universiti swasta. Walau bagaimanapun dia kata akan tolong isteri jalankan bisnes sedia ada. Staf lain macam takde perasaan hahahhaha...

Tiga orang di Accounts Department lek lek jer... dua orang duduk dengan mak, yang sorang tu hutang kereta tinggal sikit je lagi sebelah tangan pun tak sampai. Seorang akan tolong bisnes mak, yang seorang lagi husband tanggung.

Department 2- dua orang ada suami kerja bagus, dedua duduk dengan mak mentua. Seorang lagi nampak risau sikit.

Department 3- seorang akan ikut suami merantau, seorang rileks je sebab tiga poket dia masih masuk duit (dia banyak skill set) dan yang seorang lagi...

Siapa akan bayar kereta kau Mat?

Eh ah ah la kak.... (manjang blur budak ni). Dia budak baik sebaya anak aku yang nombor dua. 

Department 4- bulan Julai dah dapat tiga offer kerja baru tapi syarikat yang ambil-alih kami ni MNC jadi hati dia berbelah bahagi, dia pi tolak peluang tu. Aduh... rugi betul. 

Department 5- dia ada post basic certificate senang dapat kerja, selalu buat locum, bini keje gomen. Mantap. Dia kata lepas raya baru nak start kerja baru. Bapak ah lama nak cuti, mesti banyak savings.

Department 6- kerja part time sebagai ejen insurans dah 20 tahun. Aku tak fikir dia ada masalah pendapatan, anak seorang je dan setiap hari makan bekal dibawa dari rumah. Dia tak pernah beli eh.

Aku? Ada hutang kereta yang belum pun dua tahun dan perlukan kerja kerana anak di IPTA dan tahun depan insyaAllah seorang lagi sambung belajar. Nak bekerja untuk hidup selesa sikit supaya bila anak minta duit tak kena jawab "tunggu ayah dapat gaji". Kalau kami mengundur masuk balik ke kategori B40 bukan dapat STR pun.

Oleh sebab jenis pekerjaan dan jawatan yang aku nak tak banyak di sini, aku perlukan recommendation disebabkan umur 😞 (walaupun umur bersara wajib jauh lagi). Jenuh gak nak bersaing dengan fresh graduate selain iklan yang mahukan mandarin speaker. 

Kita nak kerja kat Seremban/ Nilai je tapi dapat offer kerja KL. Tak naklah, penat.


Hari Terakhir
7/11/2025 ada staf paling lama berhenti kerja. Dia kata apply 30 kerja tapi banyak tak panggil temuduga pun atas isu umur (aku rasa isu gaji pun ya juga). Bila dapat yang satu ni dia tak fikir banyak dah. So sudden, kebetulan ada lilin wangi di rumah jadi hadiahkan dia itu je. Sebenarnya kami rancang nak buat majlis perpisahan 19 Disember nanti, bawa pot luck dan bertukar-tukar hadiah.

Bulan Januari hari terakhir untuk dua orang lagi. Mereka bagi notis awal sebab kebanyakan majikan tak sanggup tunggu notis tiga bulan.

Semalam, Khamis, yang baki yang tinggal ni buat majlis farewell sendiri, bayar sendiri hukhuk...

Tiada jamuan perpisahan cuma sempat bagi lilin wangi je sebagai hadiah untuk officemate yang berhenti 7/11/2025.


Hari Jumaat kami diminta berkumpul. People Services Dept KL bagi taklimat yang hari tersebut adalah hari terakhir bekerja 😢. Kami diberhentikan 24 jam atas faktor redundancy (dah dijangka sebab mereka memang praktik sebegitu dengan syarikat lain yang diambil-alih). Kemudian kami dipanggil secara personal, diberitahu pampasan apa yang dapat.

Si Mat yang pertama dipanggil lepas tu dia kemas barang dah balik. Muka dia hmm... kami tak sampai hati bertanya apa apa. No salam no goodbye, dia balik terus. Ya Allah sedihnya... dia staf yang baik dan cepat belajar. Mujur semalamnya kami dah buat majlis farewell.

Seorang demi seorang dipanggil. 

Hari terakhir tu baru kami tahu hanya dua orang staf diserap ke syarikat utama tetapi mereka sikit pun tak bagitau, mungkin nak jaga hati kengkawan lain. Aku tak kisah pun kalau mereka cakap sebab aku memang tak nak kerja KL. Dah berlalu zaman kerja jejauh ni. Dulu berulang ke Shah Alam naik bas jam enam pagi sampai rumah semula 10 malam. Balik husband dah siap masak, makan je, mandi dan tidur. Ulang sampai abang Jamil padam. Weekend masuk kelas PJJ pergh...penat giler. Lepas tu pindah kerja Nilai lima tahun 35km sehala. Maleh dah.

Aku bakal merindui meja yang selesa jauh dari air-cond dan mata bos. 

Rindu desktop laju walaupun bisu hukhuk..

Rindu birthday celebration setiap bulan.

Rindu cafe hopping.

Rindu kerja aman tanpa rasisme.

Rindu segala yang baik baik.

Tamat jugalah hobi yang satu ni...


Semoga Allah gantikan dengan pekerjaan yang lebih baik dengan segera. Tolong doakan kami ya.

Ditulis sebagai kenangan 😶

Signed-off 14 Nov 2025.

































Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom