Hotel Review | Ibis Styles, Malang

Ibis Styles, Malang | Bagi pelancong dari Malaysia, untuk ke Gunung Bromo kebiasaannya kita akan mendarat di Bandara Juanda, Surabaya. Bukan tidak ada yang mengembara dari Yogyakarta (Jogja) atau provinsi lain tetapi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Surabaya itu sendiri lebih pendek berbanding menaiki bas atau keretapi dari Jogja. Yang mana pilihan, perjalanan 2 jam 30 minit ke... 8 jam lebih?


Pakej percutian yang biasa disyorkan ketika di Surabaya ialah Bromo-Malang/Batu-Surabaya. Ketiga-tiga tempat ni jauh di antara satu sama lain. Jarak dari Gunung Bromo ke Malang hanyalah sejauh 35km tetapi menggunakan jalan kampung/jalan negeri. Memang tak boleh lajulah, geram je aku yang duduk kat belakang, kaki dok tekan minyak je hehe... Oleh kerana masih banyak lokasi yang hendak dilawati maka aku memilih Malang sebagai persinggahan kedua.

Image result for ibis styles malang

Ibis Styles - Modern & Contemporary
Seperti dekorasi Ibis Styles Ipoh, hotel Ibis di Malang juga menerapkan konsep yang sama. Suka dengan lobi yang terang dan nampak luas tu. Staf pun mesra menyambut kita walaupun kita ni taklah nampak macam orang have have.



Kenapa saya memilih Ibis Styles? 
Ibu ibu bapak bapak, ianya kerna...

1) Ia berada di bandar yang agak besar dan ada shopping mall.

2) Malang juga kurang dingin berbanding Batu.

3) MURAH beb. Harga bermula pada RM110. Kalau share dengan kawan kan untung?

4) Ada swimming pool with warm water!

5) Memalam ada restoran open concept di perkarangan hotel dengan harga berpatutan. Ai tak makan sebab dah agak dah akan berfungsi sebagai 'DBKL' huhuu... portion yang besar membuatkan dua hidangan mencukupi untuk kami bertiga, sayang buang rezeki. Yang seorang lagi tu... tak boleh share nasi dia, tak cukup! 😁

6) Daripada review yang dibaca biliknya bersih. Penting oii..

7) Boleh panggil tukang urut ke bilik. Promosi, 100 ribu rupiah sejam. Best!


Suka hiasan dinding dengan gabungan warna kelabu dan oren tu

Sekarang ni trend hotel pelbagai bintang setkan kedudukan bilik air atau tandas yang boleh nampak tv jadi tetamu boleh menonton tv sambil 'buat bisnes' hehe...

Banyaknya masjid... Bilik aku di tingkat 11 ni dapat melihat suasana matahari terbenam (sikit je lah). Cantik! 


Hot water swimming pool ini dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 8 malam. For non guest caj masuknya hanyalah 75,000 rupiah yang termasuk pinjaman tuala, snek dan welcome drinks. Dengan bayaran IDR500,000 anda akan dapat akses ke kolam renang dan gimnasium selama TIGA bulan.

Makan malam di sini, di depan pintu masuk je.

Hidangan sarapan pagi tak berapa banyak tetapi nasi ada, bakmie ada, kuih-muih tempatan pun ada.

Oleh kerana kami ni group mak mak, malas pula ke Alun Alun sebab tiada anak bersama. Malam tu selepas kengkawan bertiga bertolak ke Malang Town Square (3.3 km naik Uber) for retail theraphy ai berjalan sensorang sekitar 200m radius dari hotel. Tak banyak kedai dibuka tetapi Pizza Hut sangat dekat. Takkan pergi Indonesia pun nak makan pizza juga kan? Lebih baik cuba makanan tempatan.

Sebenarnya beberapa ratus meter di belakang hotel ada penjaja makanan tetapi disebabkan dah kenyang kurang bersemangat hendak mencari. Berjalan ke sana sini rupanya kat sebelah hotel ada beberapa gerai termasuk abam burger. Ada satu menu menarik di gerai burger tu, "tahu kruik". Apakah? Curious nak tahu. Rupanya ayam goreng yang dibalut dengan tauhu. Seketul IDR3,000, kalau satu porsi lebih murah lagi. Aku beli seketul je sebab kan tadi dah jadi 'DBKL' 😀😀 Sedap juga. Kalau time lapar lagilah sedap. Walaupun tahu kruik tu panas, ia tak dapat mengurangkan kesejukan di waktu itu. Menurut abam burger, Malang sejuk sehingga Oktober. Meremang bulu roma aku menghabiskan tahu kruik kat situ sambil dihembus dingin angin malam.

Pada aku yang berbajet kecil ni Hotel Ibis Styles sangat sesuai. Dato' Sri Aliff Syukri Terlajak Laris yang suka berjimat waktu travel tu pun sesuai stay sini. Murah je Dato'... Bilik aku tak berapa besar tetapi tilamnya selesa dan ada karpet, takdelah kesejukan tapak kaki (aku kurang gemar memakai selipar). Pemandangan bandar Malang dan laungan azan dari pelbagai sudut pun mengasyikkan. Untunglah hotel tu... aku bukannya pasang air-cond pun waktu tidur. Pukul 8 pagi esoknya dah check-out untuk lawatan seterusnya. Subuh di Malang ni 4.10 pagi.

Jika anda mahukan penginapan selesa dengan harga murah, tempah Ibis Styles Malang di sini.


IBIS STYLES HOTEL
Jalan Letjend S. Parman No.45
Purwantoro, Blimbing
Kota Malang
Jawa Timur 65122, Indonesia
Phone: +62 341 409900

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free