Mukah Kaul Festival : A Journey To Melanau Heartland

Ever heard about Kaul Festival?

Tak pernah? Aku pun ... so invitation daripada Sarawak Tourism Board diterima dengan hati terbuka. Memang aku berhajat untuk melawat tempat-tempat dan acara budaya yang menarik di Malaysia ni. Banyak sebenarnya tapi kekadang kita hanya dimomokkan dengan yang itu itu...je. Takkan nak biar orang luar pulak yang lebih tahu daripada kita ye tak?

Biarpun pernah tinggal di Sarawak beberapa tahun dan kemudiannya melancong bila dah dewasa tapi kesemuanya bertumpu di Kuching dan 40km radius di sekitarnya. Paling jauh pun ke Miri tapi itupun bertolak dari Kuala Lumpur. Sarawak yang terletak di Borneo adalah tumpuan pelancong yang meminati pelancongan kebudayaan, alam dan pengembaraan yang mencabar. Di Sarawak, hutan tebal hanya beberapa tapak daipada resort 5 bintang! Kemudahan yang terkini seperti peralatan elektrik dan televisyen berbayar juga tersedia di dalam hutan. Haaa....ko jangan tak percaya, itu semua akan kubuat entry lain tentang rumah panjang. Tak percaya akak menengoknya.

Aku suka ambil gambar awan. Yang ini dinamakan kumulusnimbus iaitu awan yang terpecah-pecah. Sejak kes MH 370 yang hilang tu subjek geografi yang dah ditinggalkan bertahun lamanya terpancar balik dalam kepala setelah diulas oleh segala pakar dalam televisyen. Aku pernah naik flight awal pagi dan pemandangan sunrise dengan awannya sangatlah cantik. Ko bayangkan ko sama level dengan awan dan nampak matahari terbit kemerahan di hujung sana...haiii tak tergambarkan dengan kata-kata.

Perjalanan dari Bandar Sibu yang ketiga terbesar di Sarawak ke Mukah adalah selama 2 1/2 jam berkereta. MAS Wings pun ada servis daerah ni dari Kuching dan Miri. Ko nak tau, seluas-luas tanah di Sibu nun penduduknya tak sampai 200,000 orang pun! Untunglah banyak tanah.

Kami singgah sebentar di Yun Lung San Tien En Si (Jade Dragon Mountain) di batu 16, Jalan Sibu-Bintulu for photography session. Eh, bukan ke namanya Ee Long San Temple? Macam mana aku tahu? Ada seorang lagi writer/blogger berbangsa Cina orang Kuching yang dapat invitation untuk program ni... so I asked him lorr. Wa tatau baca tulisan cina punye....

Kompleks kuil ini dikatakan yang terbesar di Asian Tenggara yang digunakan oleh pengikut Taoist, Buddhist dan Confucious. Tak hairan pun sebab di Sibu majoriti penduduknya adalah Cina. Kalau kat Pahang ada kompleks kuil terbesar pelik jugaklah kan.

Amboi sedapnya ko tidur tengahari ni.....





Shoot tongah paneh menitik poluh dari kelopak mato den...osah paneh ea maso ni

Terdapat lebih daripada 33 etnik di Sarawak sahaja dan Melanau adalah kaum yang utama di Mukah, yang sebahagiannya adalah muslim. Satu perkara yang kita kena salute orang Sabah dan Sarawak ialah sikap toleransi mereka di dalam pergaulan yang melibatkan pelbagai etnik dan kepercayaan agama. Dalam banyak-banyak kaum ni orang Melanau biar muslim atau tidak menggunakan bin dan binti pada kad pengenalan mereka. Jangan pukul rata semua orang Islam ye.... masalah sikit bila nak ke Genting casino.

Pesta Kaul yang diraikan untuk memuja semangat laut, darat, hutan dan ladang, merupakan perayaan yang penting di dalam kalendar Melanau. Ianya bermula sejak lama dulu di zaman kepercayaan animisme dan diraikan bila berakhirnya monsun dan bermulanya musim perikanan di penghujung April setiap tahun. Lokasinya pula ialah di muara Sungai Mukah. Jadi tahun depan korang bolehlah beli tiket kapal terbang minggu penghujung April. Kalau nak lebih pasti rajinkan diri check www.sarawaktourism.com. All the latest updates are there. Segala macam festival kebudayaan dan muzik bertumpu di Sarawak maybe because of its diverse ethnicities.


Perarakan bermula di Kg Telian melalui jalan air. Walaupun air sungai tu hitam pekat tapi syok weh lalu kampung orang. Pepagi dah naik bot :-)) . Suspens juga sebab tak pakai life jacket. Pengalaman pergi Bako National Park dulu dengan bot panjang overload dengan tak pakai jaket keselamatannya kemudian terlanggar kayu hanyut membuatkan aku sedikit trauma. Di sini orang kampung yang tak pergi pun akan keluar rumah dan melambai ke arah rombongan kami. Meriah uollsss.... dengan sebuah bot membawa pemuzik tradisional dan epok.


Sagu adalah hasilan pertanian yang penting di Mukah. Pokok sagu diproses untuk dijadikan tepung atau dibentukkan bulat bersaiz kecil yang dipanggil sagu mata ikan atau bersaiz agak besar sedikit dan dimakan dengan udang atau ikan kerana ia kurang bergizi. Ulat sagu pula yang dipanggil mulong boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng. Ada berani? heheh.. Besar ibu jari tangan, menguit-nguit dalam mulut nanti erkkk...



Setelah sampai di muara Sunagi Mukah, pembawa 'serahang' (serahan/bahan persembahan) diiringi ke suatu tempat. Makanan dan kemenyan diletakkan di dalam serahang to appease the spirit of sea, land, forest and farm.

 Beras kunyit ditabur, mentera dibaca

Setelah selesai mentera dibaca lilin dinyalakan dan kemudian jamuan makan secara berjemaah diadakan. Makanan disediakan sendiri oleh orang-orang kampung yang datang ke upacara ini. Makan beramai-ramai bersama tetamu festival macam open house gittewww.


Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak yang baru. Yang bagusnya rombongan VIP ni tiba tepat pada waktunya dan mereka yang dipanggil berucap pun takdelah berucap panjang lebar sampai lenguh kaki kita berdiri. Mereka bagi tau point penting aje...eloklah tu...jenuh dah budak sekolah yang nak membuat persembahan u berpanas. Sarawak ni awal sejam daripada kita so kalau majlis start 9.30 pagi panahan mataharinya sama macam pukul 10.30 di semenanjung. Fuhhhh lenjun baju.


Haaaaa.... yang ini paling best! Permainan ini dipanggil tibow (giant swing yaang diperbuat daripada rotan). I tell you, korang booking lah tiket kapatebang untuk tahun depan kalau berhajat nak try. Pemain-pemain ni termasuk yang kanak-kanak sangat enjoy bermain tibow.

 Ready.... jump!

 
Cara duduk sama ada kedua-dua kaki dimasukkan ke dalam gelung rotan atau sebelah sahaja kemudian berbuailah sampai hilang momentum. Orang kampung ni bermain beramai-ramai sehingga 6 orang sekali berbuai. Mesti sakit peha orang yang first naik.

Mengikut cerita kawan aku ni, the scary part adalah masa nak naik. Rotan tu agak jauh dari tangga. Masa nak mula ko kena masukkan sebelah kaki ke dalam gulungan rotan kemudian swing. Bila rotan tu sampai ke tangga semula pemain lain akan melompat naik. Proses ini diulang-ulang sehingga buaian berhenti. Seronok weh!

Kawan aku yang dua orang ni dan guide kami tak jemu-jemu mengajak aku try main buaian ni. Idok le teman mau weh, aku ni perempuan... spesis katik pulak tu, dibuatnya terlepas pegangan masa nak mula tu tak ke jatuh terkangkang nanti? Masuk berita perdana pulak nanti. Dah le masa nak shoot upacara serahang tu aku dah gedebuk jatuh macam nangka. Si mamat sorang ni boleh pulak kata, I don't know whether to save you or your camera. Hampeh tol!

Banyak lagi cerita di Mukah ni, nanti aku sambung ye.







Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free