Indonesia | 5H 4M Jakarta Bandung - Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre



5H 4M Jakarta Bandung - Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre | Hallu.... aku ke Bandung lagi yah! Ya Allah rindu menggebu-gebu mau ke sini lagi. Kali terakhir ke Bandung tahun 2019 sebelum covid-19 yang aku jumpa Bapak Bambang Hidayat tu. Siapa yang baca blog ni dari dulu ingat kot.

Rancangan asalnya nak pergi sendiri je as always tapi terfikir kalau ajak geng makan best juga nanti boleh cuba makan macam-macam. Jujurnya aku suka berjalan sendiri di Bandung, masuk ke jalan short cut atau sekadar berjalan-jalan pusing bandar bertegur-sapa dengan warga tempatan. Aku suka berjalan seawal 7 pagi tapi pepagi nau kedai pun tak buka jadi kita tak jumpa orang sangat kecuali pasar je meriah pepagi. Geram tengok sayur dan tempe yang bentuk segitiga tu.

Suhu di Bandung sekitar 20-27℃, paling sejuk 18℃ di antara bulan Jun dan September, nyaman untuk berjalan-jalan sehinggakan penjajah Belanda menggelarnya Paris Van Java dan menjadikan Bandung sebagai lokasi beristirehat. Lecak ketiak diorang duduk Batavia (Jakarta) agaknya.

Dahulu naik Air Asia boleh terus mendarat di Bandung tapi sayangnya kini Bandara Husein Sastranegara telah ditutup dan orang yang nak ke Bandung harus turun di Bandara Soekarno Hatta  di Jakarta atau Kertajati International Airport. Kelemahan lapangan terbang baharu KIA ni untuk kita dari Malaysia ialah tiada penerbangan setiap hari ke sana. Jadi pilihan terbaik ialah mendarat di Jakarta. Airport lama Bandung dulu sangat strategik, 2.4km saja dari Stasiun Kereta Api Bandung. Dulu ada kenalan tertinggal barang di hotel sempat lagi berpatah balik.

Aku pelawa kawan-kawan join sekali trip ni sejak awal tahun lagi tapi tak juga bagi kata putus jadi ikut ke tak. Masuk April aku beli dulu tiket penerbangan sebab tarikh yang kami pergi tu cuti umum di Malaysia. Lagi lambat beli harga tiket makin naik. Aku bukan suka menunggu... hang lambat, tinggal. Memang betul seperti dijangka, tiket Batik Air dah mahal maka kengkawan aku beli tiket MAS sebab harga siap luggage 20kg tapi... mereka beli sehari awal, sampai tengah malam di Soekarto Hatta Airport jadi mereka pi tidur kat hotel dulu sementara tunggu aku sampai keesokan paginya. Tak juga jimat bila masukkan kos sewa hotel.

Aku ni kan ada juga tak cerdiknya. Dah tau pergi Bandung masa beli tiket Batik Air tak include luggage sekali. Bila add-on hah amekkau RM165 ye untuk 10kg padahal kalau masukkan dalam tiket tak sampai RM100 pun dapat 20kg. Di Bandung yang digelar "kota belanja" ni orang yang bukan kaki shopping pun belanja tak hengat, tak sedar hilang berjuta lelebih lagi masa ni IDR1 juta bersamaan RM256. Feeling jutawan gituh!

Aku bawa wang tunai, kad debit, kad kredit dan kad Wise tapi hampeh Wise tak boleh guna dahlah banyak duit dalam tu 😣.  Masa nak bayar declined lepas tu Wise hantar mesej kata ada entiti di Hong Kong cuba hack halah halah mace mace... setiap kali aku google currency converter manjang di set ke HKD/USD  walau berkali-kali tukar. 

Untuk sesiapa yang akan ke Indonesia, bermula 1 September 2025 kena isi All Indonesia dulu dalam masa tiga hari termasuk hari kejadian di applikasi atau website dan simpan kod QR sebab kita akan scan di imigresen nanti. Aku punya entah pasaipa tak boleh scan dari kertas yang aku print jadi aku pergi ke kaunter dan sahkan secara manual. Selesai.

Welcome to Wonderful Indonesia!

Nak flex sikit passport Malaysia yang ke-12 terkuat di dunia setara dengan passport USA. Power seh!


Money changer bagi semua not IDR50,000 tapi bila korek korek dalam rumah jumpa banyak juga duit kecil.

Mencuba Whoosh
Jarak Jakarta ke Bandung dalam 150km macam KL ke Melaka dan tempoh masa yang diambil kalau naik kereta api biasa 3 jam 20 minit manakala bas pula selama 2 jam, tapi macet hujung minggu boleh pergi tujuh jam!

Ramai dah yang bercerita pengalaman menaiki kereta api cepat Whoosh jadi kite pun teringin la juga nak naik. Setengah jam je naik Whoosh sebab lajunya boleh berdesup 340 km/j tapi dalam perjalanan ni dia pergi maksima 324 km/j je. Keluar dari Terminal 2 Bandara Soekarno Hatta aku berjalan ke stesen bas di hujung kiri dan naik bas Damri ke Stasiun Kereta Cepat Halim yang jauhnya 40km. Tiket hanya IDR80k seorang. Kena berjimat beb, duit simpan untuk shopping 😁. Kawan berdua dah ke sana naik Grab. Slow bas ni weh sejam baru sampai walau takde berhenti memana.

Tiket Whoosh berharga 350,000 rupiah. Kami ingat ada mesin tapi orang situ kata ada error dan di suruh download apps. Aku cuba beli di website tapi tak boleh pula jadi kami beli di kaunter je.


Kamilah tu...


Koc tak penuh tapi ramai warga Malaysia maklumlah Isnin cuti Deepavali. Untuk melihat pemandangan, adalah dicadangkan hampa beli seat belah kiri. Pemandangan kampung seperti di atas susah nak tengok kalau duduk belah kanan sebab ada penghadang bunyi/keselamatan. Bila kau ready dengan kamera je mesti kena tutup dengan penghadang tu.

Bila Stasiun Padalarang kita turun bawah dan naik pula feeder train (selama ni aku ingat feeder bus) hingga Stasiun Bandung. Aku ni jalan laju menonong ke lobi alih alih tengok member takde tak sampai sampai... rupanya diorang pergi pintu selatan hahahhah... dah kenapa korang pergi sana??? 😄


Cara untuk ke Stasiun Kereta Api Cepat Halim (Whoosh):
1. Naik bas DAMRI. Jalan kaki ke hujung terminal sekitar 50m sehingga jumpa Stesen Bas DAMRI. Harga tiket IDR80k perjalanan 60 minit. 

Nanti bila ada orang jerit "ke ce i ce (KCIC)! Halim!" maknanya bas dah sampai. Di sini ada papantanda yang mengingatkan pelanggan tentang larangan memberi tips. 


2. Dari airport naik Skytrain, turun di stasiun railink dan naik menuju BNI City. Dari BNI City jalan sedikit menuju Stasiun Dukuh Atas kemudian naik ke LRT Jabodetabek menuju Stasiun Halim. 

Mungkin akan datang kalau pergi seorang aku akan buat yang nombor dua tu. Saja nak cuba. 

Bayaran semua cashless.

Dengan membeli tiket Whoosh kita dapat masuk percuma tujuh tempat pelancongan (di hari yang sama):
- Dusun Bambu
- Dago Dreampark
- Floating Market Lembang
- Farmhouse
- The Great Asia Afrika
- Fairy Garden
- The Great Asia Africa


Aktiviti Di Bandung
Bandung, Indonesia, dikenali sebagai kota yang penuh warna, sejuk dan mendamaikan. Bandung adalah destinasi yang terkenal dengan syurga membeli-belah, makanan tradisi Sunda serta pemandangan semula jadi yang menakjubkan. Aku suka ke Bandung dan rasanya ini kali kelima dah tapi masih banyak tempat belum dilawati. Mana sempat nak pergi merata cuti pun empat hari je setiap kali pergi. Cuti lelama karang takut bos suruh berhenti kerja terus 😄. Teringin sangat nak backpacking trans-Java dengan keluarga.

Masa membina itinerary hari tu, sebagai seorang yang sukakan sedikit cabaran, aku cadanglah kami buat aktiviti water rafting di Pengalengan... sistur berdua tu kata, "kak, kita bukan nak pergi team building" hahahhaahh... mentang mentang tahun lepas aku yang uruskan team building terus diperlinya 😆. "Kitorang ni bawa trip shopping je kak" .

Mana boleh, bosanlah! Kita naik Keranjang Sultan. 

Akak je lah naik, kitorang tacoddd...

hahhhah...gitu ler.


Tiga malam di sana aku fikir apa nak dibuat memalam selain jalan-jalan di Jalan Braga dan berurut. Tetiba tinggg...! Konsert! 

Random betul ko ni kak hahahhahah... 

Cari penyanyi yang kita biasa dengar, kak. Ok baik.

Aku bercadang nak tengok mini konsert/showcase kalau ada maka aku pun carilah info tentang konsert Tulus/Hindia/Pamungkas/Mahalini/Afgan/Sheila On 7 tapi nan hado. Papandayan Jazz Festival pun dah lepas tapi petang Ahad baru supir kata Ariel Noah ada buat persembahan di Lembang semalamnya. Laa... kalau tau terus kami shoot ke sana. Awat tak habaq awai?? padahal dah tanya dia sebelum fly.


Hari Pertama Di Bandung
Sampai Bandung tunggu pula check-in pukul 2 petang jadi lepas solat kami terus ke Pasar Baru Bandung untuk shopping. Dalam sejam setengah je di situ, pukul lima kedai dah tutup. Tak pernah aku buat sampai sampai terus shopping hahhhahah... tapi kami nak mengoptimakan masa yang ada. 

Aku terus naik lantai atas ke kedai jual barangan haji dan umrah. Dulu aku berkenan satu telekung sulam siap ada bunga timbul yang aku masih terbayang desainnya Kedai tu je jual desain yang lain sikit. Masa tu harganya sejuta rupiah (RM350++ masa tu kite tak mampu). Dah takde dah desain tu 😞Ada corak lain yang tak kurang cantik 450k rupiah je tapi diperbuat daripada kain chiffon, dua lapis pun masih nampak warna kulit. Tak beli... pakaian kite di rumah bukan berbungkus macam ke pejabat, maleh aku nak bersusah-payah nanti. Telekung tersebut tidak menepati fungsinya. Cancel.

Cari pula di kedai lain tapi takde yang berkenan baik telekung mahupun kebaya. Kebanyakan kebaya yang dijual bukan dari jenis cotton biasa seperti yang pernah dibeli dulu. Pakai ke pejabat okeylah, bawa pi kenduri mau berlengas, suhu Malaysia tak senyaman Bandung. Corak baju renang muslimah pun tak berkenan di hati.

Konklusinya, selain batik dan kain ela, benda lain tak menarik (kawan aku pun bersetuju). Aku cuma beli telekung untuk dihadiahkan kepada cikgu anak-anak, dah nak habis sesi persekolahan kannn... mudah-mudahan dapat menumpang pahala jika dipakai. Kalau mereka tak pakai harap diberi kepada orang lain. Selain daripada tu aku beli kerepek malinja pedas dan yang rasa daun limau purut sebab dua tu je tak dijual di kedai kerepek berdekatan rumah. Maleh aku nak memunggah benda yang dah ada.

Selepas tu kami ke 23 Paskal Shopping Centre khas untuk menyampaikan hajat kengkawan beli perfume Alchemist iaitu wangian buatan Indonesia. Banyak eh diorang beli.. aku tumpang membau je semua yang diorang pilih. Sedap sungguh bau Philea.

Malam tu kami berjalan kaki jalan jalan cari makan di Jl Braga. Elok sudah makan hujan pun turun dengan lebatnya apa pun tak boleh buat. Call teksi balik ke Air BnB The Royale Apartment (El Hotel). Menariknya di pintu lif ada "Kedai Jujur", ada bermacam makanan, susu, ubat, selipar tapi tiada cashier, kita bayar guna qr je terus atau masukkan duit dalam kotak yang disediakan. Tahap kejujuran tinggi diperlukan di sini. Hampa jangan tak bayaq jangan buat malu negara, kat dahi memasing ada cop Jalur Gemilang.

Jl Braga belah kiri. Kenapalah letak tong sampah kat situ ek? Orang nak amik gambar.

Lepak di Kedai Jujur dulu. Member tengah scan kod qr untuk membayar. Masukkan duit dalam tong tu pun boleh.

Duduk dalam bilik berborak je lah kami sambil makan lagi 😄. Jumpa di Day 2.











































Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom