Snorkelling di Pulau Redang

Tags



Aku pernah beritahu tentang minat aku dengan eco-tourism. Laut, hutan, gunung, kawasan hijau memang sesuai sangatlah dengan jiwa tapi setakat ni bukit dan gunung setakat di kaki sajalah…tak pernah naik walau sekerat dengan kaki sendiri. Gunung paling tinggi yang aku pernah sampai ialah Gunung Mat Cinchang. Itupun naik cable car. Tahu di mana? Takkan tak tahu kot? Peberet cik kiah mengabih an duit kek situ. Exercise pun malas takde maknanya nak naik gunung.

Selain gunung yang terkenal Malaysia bumi bertuah ni ada banyak world class island. Di Terengganu saja yang aku tahu ada enam; Pulau Redang, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Pulau Tenggol, Pulau Bidong dan Pulau Kapas. Aku percaya ada lagi yang lain…ni sebut setakat yang popular di kalangan kita je lah. Tu tak termasuk Pulau Duyung, Pulau Wan Man…hahahah…

Kami dibawa ke Pulau Redang dari jeti Syahbandar di Kuala Terengganu. Untuk pilihan lain boleh naik di jeti Merang. Jarak perjalanan sejauh 30km tak terasa sangat disebabkan keterujaan nak ke Pulau Redang. Syukur….lama dah berangan. Tiket untuk seorang berharga rm100. Aku dah pernah survey, harga untuk kita pergi sendiri dengan pakej lengkap lebih kurang je melainkan ko sanggup makan yang kering dan segera bolehlah berjimat sikit.

Mula-mula kami di bawa snorkelling di Pulau Pinang berdekatan Pulau Redang. Di sini cuma ada chalet untuk jabatan tertentu membuat research, mungkin tempat berkursus staf jabatan kerajaan juga kot. Masa sampai tu ya rabbi….penuh kawasan tu dengan manusia. Mak aiii camano nak beronang nih? Nasib baik selepas setengah jam pelancong-pelancong tu beredar. Tak terjejas nampaknya pelancongan Terengganu dengan orang ‘tanah besar’ ittewww. Kawan aku kata, cuba  tengok…pergi pantai pun melawa :D . Dah duit diorang banyak, tu yang sanggup beratur panjang kat butik LV di London nun.






 Jangan jadikan 'tak tahu berenang' sebagai alasan tak mahu ke pulau...ada je yang sanggup tarik korang nanti
Kalau berenang di taman laut mana-mana pulau jangan melebihi tanda yang telah ditetapkan. Jangan asyik sangat snorkelling sampai terlajak keluar, boleh putus kepala kalau dilanggar bot. Aku ni memula yo yo oooo tak nak pakai life jacket sebab kununnya tahu berenang sikit sikit tapi bila life guard kata ada tempat yang sedalam 4-6 meter hohohoooo tak berani acik. Aku ni tak boleh terapung setempat, tak pandai lagi scalling.

Banyaknya ikan berenang dengan kita…..rasa nak bawak balik. Sayangnya aku takde Go Pro ataupun underwater camera yang lain. Aku berenang sekali dengan Faris, Joyce, Xuan, Ivan dan seorang lagi tu…siapa ek? Berkali-kali diorang diorang suruh aku buka life jacket. Oiii ingat aku reti berenang macam korang ke? Snorkelling set yang kat mulut aku ni pun asyik masuk air je. Yang kelakarnya masa nak naik atas platform. Gigih budak berdua tu tarik aku naik hahah….kalau kena buasir jangan salahkan aku ye.

Lepas sejam mandi-manda di sini kami dibawa ke Laguna Redang Beach Resort untuk menikmati makan tengahari. Cantiknya tempat ni….. ada orang kata pakej resort ni mahal tapi sebenarnya mereka menawarkan complete package dengan beberapa kali makan. 






Rumah yang di sebelah kiri tu pernah jadi props dalam sebuah filem Hong Kong dan ia dijadikan selling points kepada tourist di sana


 Dah bagi gambar begini pun takmo pi Pulau Redang lagi ka?

Kami mandi-manda lagi di sini sampai lebam, airnya masyallah cantik, jernih dan bersih. Pantai memutih bersih alahai…kena pergi sendiri baru puas hati. Sementara tu tengoklah dulu gambar-gambar yang aku ambil ni.

Cerita Terengganu ni tak habis lagi. Banyak lagi gambar yang menarik nak tunjuk kat hangpa. Sabaq naa…

2 comments

jenjalan singgah sini..
cantiknya air di redang tu..
tak pernah lagi sampai ke redang

Pergilah antara Mac-Oktober memang berbaloi!

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free