Resipi Dan Teknik Craquelin Yang Rangup



Resipi Dan Teknik Craquelin Yang Crunchy | I'm back to school...!

Acik masuk kelas memasak dik 😄. Satu hari tu kawan sekolah menengah iklankan dua kursus di Giat MARA Kuala Pilah. Satu kelas kraftangan satu lagi memasak. Ofkoslah aku pilih baking walaupun tak pernah dengar perkataan "craquelin" 😁. Lepas google baru tahu maknanya...

Choux au craquelin is a classic French pastry featuring airy, hollow choux buns topped with a thin, sweet cookie disc (craquelin). During baking, the cookie layer spreads and crackles, delivering a signature crunchy, golden exterior. It is typically filled with pastry cream, diplomat cream, or crème légère.

Sebenarnya Giat MARA selalu juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek untuk menambah kemahiran baharu supaya kita boleh menambah nilai diri dan kekal relevan dalam kerjaya serta boleh menjadi usahawan. Jenis kursus bergantung kepada lokasi Giat MARA tersebut. Masa anak aku tingkatan empat aku pernah hantar dia berkursus dua hari belajar Asas Pendawaian Elektrik di Giat MARA Seremban. Dia terus pandai pasang extension plug eh. Selepas tamat SPM anak yang sama ku hantar belajar Teknologi Motorsikal di Giat MARA Jelebu selama enam bulan sebab dia selalu repair motor berpandukan youtube aje. Daripada membazir masa menunggu keputusan SPM lebih baik belajar lagi pun dia minat, dapat SKM 2 pula tu. Sekarang dia belajar Teknologi Automotif pula di IKM. Ada banyak lagi kursus jangka pendek yang lain hampa google ja. 

Berbalik ke kelas memasak.

Kami mulakan dengan menyediakan pastry choux (bunyinya shu). Pastry choux ini adalah asas kepada cream puff, profiterole, e'clair, Paris brest, croquembouche, St Honore dan churros, cuma churros digorenglah. Sebelum adunan dibakar kita sediakan pula crust craquelin, hiasan yang pecah kecil-kecil (crack) bila dibakar. Akhir sekali kita buat krim (fillings) yang akan dimasukkan ke dimasukkan ke dalam pastry choux dan badan kura-kura. Boleh je kalau nak buat crust craquelin dulu. Kalau nak buat cream puff abaikan crust craquelin tu.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk pastri ini kebanyakannya ada di rumah. Jom kita mula!

1) Resipi Pastry Choux
100g mentega
250g air
110g tepung gandum
3 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila

Cara Penyediaan:
1. Panaskan air dan mentega sehingga menggelegak.
2. Alihkan dari api. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
3. Letakkan semula atas api dan kacau sehingga melekat sedikit di tepi periuk.
4. Alihkan dari api, biarkan suam sedikit.
5. Masukkan telur dan esen vanila lalu kacau lagi hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam piping bag dan paip bentuk yang dikehendaki atas dulang pembakar yang dialas dengan parchment paper. Biarkan sebentar.


2) Resipi Crust Craquelin
120g mentega
120g gula aising
120g tepung gandum
Pewarna makanan jenis gel (tapi cair..eh?)

Cara Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kecuali pewarna dan gaulkan dengan jari sehingga menjadi satu doh yang tak melekat di tangan.
2. Bahagikan kepada empat bahagian dan warnakan. Ikut suka hanglah nak boh merah ka biru ka hijau ka...
3. Keluarkan doh, susun warna berselang-seli. Canai setebal 2-3mm di antara dua kertas parchment kemudian tekap menggunakan acuan bulat atau apa-apa sahaja bentuk yang diinginkan.
4. Masukkan doh dalam peti sejuk beku selama lima minit.
5. Selepas dikeluarkan, letak crust di atas pastry choux yang telah dipaip. Jika adunan crust mula lembik masukkan semula ke dalam peti sejuk beku.
6. Untuk kura-kura, bakar pada suhu 200℃ selama 20 minit kemudian turunkan suhu ke 190℃ selama 10 minit lagi. Ini adalah untuk mengekalkan warna. Bagi pastry choux pula terus bakar 30 minit pada suhu 200℃.
7. Setelah masak, potong bulat bahagian atas pastri yang bulat warna asli (nak buat topi) dan tebuk sedikit bahagian bawah kura-kura dengan gunting.

**Tips: Kalau dicanai nipis sangat nanti hasilnya tak cantik bila dibakar.


3) Resipi Inti Kastard (Pastry Cream Filling)
1 cawan susu penuh krim
3 biji kuning telur
60g gula kastor
20g tepung jagung
1/2 sudu kecil mentega
1/2 sudu kecil esen vanila
350 non diary fresh cream/whipping cream (kita gunakan jenis ini sebab lebih stabil dalam suhu bilik)

Cara Penyediaan:
1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Dalam mangkuk lain satukan kuning telur, esen vanila, gula kastor hingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan kacau hingga licin.
4. Tuangkan susu panas sedikit demi sedikit sambil kacau berterusan sehingga pekat.
5. Masukkan mentega, kacau lagi. 
6. Tutupkan dengan plastik dan biarkan seketika dalam peti sejuk.
7. Putar fresh krim hingga ringan kemudian masukkan krim yang disejukkan tadi (no 6). Putar hingga sebati tetapi tidak cair.
8. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam kura-kura hingga kembung dan pastry choux bulat untuk membentuk Snowman. Hiaskan ikut kreativiti masing-masing.

Hiasan:
1. Snow / dusting powder berbanding gula aising sebab tak cair.
2. Coklat cair untuk mata.
3. Sedikit krim warna merah jambu sebagai blusher.

Hasil tangan cikgu. Comel je Snowman dan kura-kura dia 😊. Yang crack tu lah crust craquelin.

Cikgu Hazirah sedang mendemonstrasi pembuatan crust craquelin.

Ai pula buat.

Sedang buat kura-kura 😁. Yang berwarna-warni tu crust craqulien yang akan diletakkan atas kura-kura tersebut sebelum dibakar. Kalau mula lembut masukkan je balik dalam freezer sementara kura-kura siap.

Dah masak. Kita potong bulat bahagian atas dan tebuk lubang kecil di bawah kura-kura untuk memasukkan krim.

Cikgu sedang buat snowman. Sebelum buat mata pipi hidung, taburkan dulu dengan dusting powder.

Hasil kerja anak-anak murid hahahahh...rupa kodok 😂😂

Aku kan, masa buat kepala dan kaki kura-kura dah cakap kat kengkawan, balik nanti nak buat cream puff atau snow man je. Yang berseni sangat macam kura-kura ai malasssss... kerja seni ni membuatkan aku stress hahahahh..

Pastu sorang peserta tu cakap, akak ni belum balik rumah dah surrender hahahah...

Apa nak buat dengan lebihan pastri? Beli tart shell dan buat tat buah. Settle.

Cuba ya uols...bahan-bahan tak susah dapat pun, dengan satu adunan di atas boleh dapat 25 biji. Tunjukkan kehebatan depan anak-anak. You can do it!




Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom