Tuanku Muhriz - Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Dipecat?
Sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Nampaknya perebutan kuasa bukan sahaja di kalangan parti politik malahan peringkat bangsawan!
Kepada yang tidak tahu, selepas kemangkatan Tuanku Munawir, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sepatutnya ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Besar seterusnya. Namun Tuan Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang ditabalkan. Tuanku Jaafar ialah bapa saudara kepada Tuanku Muhriz. Alasan yang diberikan - Tuanku Muhriz masih muda, 18 tahun ketika ayahandanya mangkat.
Ada yang kata sepatutnya takhta diserahkan kembali kepada Tuanku Muhriz apabila dewasa tetapi baginda hanya ditabalkan sebagai Yamtuan Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 iaitu selepas kemangkatan Tuanku Jaafar pada 27 Disember 2008. 41 tahun baginda menunggu.

Keluarga Tuanku Muhriz tidak pernah terpalit dengan apa-apa cerita kurang enak. Baginda dan anakandanya juga solat Jumaat di masjid yang berlainan pada setiap solat Jumaat. Kito taulah, kito oghang Pilah.
Berdasarkan pembacaan di pelbagai medium media sosial, Tuanku Muhriz mendapat sokongan sebahagian besar rakyat Nismilan. Keluarga baginda boleh merakyat, berpendidikan dan lowkey. Namun dalam hal kebangsawanan ini netizen tiada apa-apa kuasa. Yang pegang kuasa ialah Undang Yang Empat.
Semoga Undang berlaku adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat Nismilan dan kestabilan negara. Kami dah penat dengan drama politik, jangan ditambah beban mental kami. Kita semua kena ingat, selepas kematian ada hari pembalasan.
Siapa Yang Disebut Sebagai Pengganti Yamtuan Ke-11?
Tuanku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar, dari keluarga bisnes.
Menjadi nombor syatuuu dalam negeri menerikan banyak perks.
hmm..carilah sendiri maklumat fasal mereka. Baru habis Syawal takkan ai nak membawang. Insofffff..
Semoga selesai dengan baik kemelut ini bagai menarik rambut dalam tepung, tepung tak berserakan dan rambut tidak putus.
--- --- --- --- --- ---
Dari facebook Arkib Negara Malaysia:
PENGISYTIHARAN DYMM TUANKU JA’AFAR IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Pada hari ini 18 April dalam tahun 1967, DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, adinda kepada Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis yang diadakan di Istana Besar, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Perisytiharan pelantikan baginda dibacakan oleh YTM Dato’ Abu Bakar bin Ma’mor, Undang Luak Jelebu.
Sejurus diisytiharkan, laungan “Daulat Tuanku” bergema sebanyak tiga kali disusuli dengan upacara mengadap oleh YTM Dato’ Undang Luak Yang Empat. Baginda kemudian berangkat keluar sambil diiringi oleh tembakan meriam sebanyak 32 kali. DYMM Tuanku Ja’afar dipilih bagi menggantikan Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 15 April 1967. Sebelum dilantik, DYMM Tuanku Ja’afar merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria dan Ghana.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.