Pilihanraya Kecil Negeri (PRN) Negeri Sembilan



Asal cerita kerana krisis Adat Perpatih.

Kemudian 14 Adun Barisan Nasional menarik sokongan daripada Pakatan Harapan kononnya kerana Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun 'tak tahu adat' dan dipengaruhi DAP - YB Anthony Loke. Dikatakan YB Anthony yang juga ahli parlimen Seremban memberi wang kepada orang adat tertentu.

Oleh kerana kerajaan negeri sudah tidak stabil MBNS terpaksa membubarkan pentadbiran dan bersedia untuk pilihanraya kecil.


NEGERI SEMBILAN ELOK DAH

Dibawah pentadbiran Datuk Seri Aminuddin begitu banyak kemajuan material dan spiritual berlaku. Fokusnya memajukan modal insan dan pelaburan berkualiti tinggi supaya anak-anak negeri tidak perlu berhijrah ke negeri lain mencari rezeki.

Penyokong sana kata Tok Min hanya menyambung usaha Tok Mat. Tahukah mereka di zaman PMX ni ada KPI? Takkan lapan tahun mentadbiran tidak berbuat apa-apa? Kita kerja swasta pun sampai dua kali appraisal supaya sentiasa on track.

Dalam Malaysia, Negeri  Sembilan yang pertama berjaya menghapuskan miskin tegar. Ketua kampung kena cakna dengan penduduk kampung yang susah dan memerlukan bantuan. Selain STR dan SARA, golongan susah dapat bakul makanan. Warga tua dapat RM200 sekali bayar. Tahun lepas semasa abah sakit, dua kali YB Zunita datang berziarah. Bantuan katil hospital kami terima selepas tiga hari hantar surat permohonan. Efisien. Alhamdulillah.

Bantuan untuk pelajar ke IPT mudah dipohon dan proses cepat melalui n9digital. Mudah, tak perlu cop pengesahan pun kecuali yang tiada slip gaji. Anak aku sendiri dah dapat lima kali kerana yang dua orang tu bermula dengan sijil jadi mereka dapat semasa kursus sijil dan diploma. Yang terbaharu ni dapat RM1,000 kerana dikategorikan diploma STEM. Terkejut juga sebab abang-abang dia dapat bantuan RM750 sahaja untuk diploma. Lepaslah belanja makan dia dua tiga bulan.

Bantuan lain yang kami tak dapat sebab bukan penerima STR ialah bantuan masuk sekolah berasrama penuh, sara diri pelajar RM200 sebulan selama setahun, komputer riba (laptop) dan beberapa lagi. Kecewa jugalah anak tak dapat laptop percuma....kami B40 tersakiti. Pegawai LHDN kata sebab kami suami isteri ada rumah lain. Uhukkk... Rumah kami sewanya mur mur je wakkk.. below market rate. Beli pun sebab fikir kami takde pencen. Kita fikir 30 tahun ke depan.

Sesungguhnya pilihanraya ni tak perlu pun, membuang masa dan duit cukai rakyat. Punca pertelingkahan bukan kerana mempertahankan adat tetapi melayan nafsu manusia yang berkehendakkan kuasa dan kelabu mata melihat state coffer yang dah ada RM1 bilion. Bukan kami tak boleh baca semua tu. Kami bijak, jangan cuba memandirkan kami. MEMBAZIR wang rakyat sedangkan pilihanraya umum tahun depan je..dah dekat sangat. Ada peluang nak tebuk atap takkan nak tunggu, ye tak? 

Hairan sungguh, di peringkat persekutuan bergerak bersama Perdana Menteri PH tetapi di negeri bercekau mencaci menghina macam tak beragama, lupa siapa bos mereka. Kami ni kalau up story Whatapps perli rakan sekerja atau memburukkan syarikat siaplah kau kena panggil dengan HR. Macam mana eh mereka berhadapan dengan Perdana Menteri yang bawa mereka ke sana sini untuk groom mereka menjadi pemimpin berkualiti? Tebal sungguh muka masing-masing.

Ketika tim MBNS memberikan fakta dan data, pasukan lawan hanya meratib DAP DAP DAP sampai abang Jamil mampos. Bosan.

Kepada orang Nismilan, pilihlah yang terbukti buat kerja tanpa rasuah. Lihat fakta, abaikan emosi dan sentimen.

Negeri Sembilan elok dah dan berada di landasan yang betul. Semoga Allah menghinakan orang tamak kuasa dan merahmati semua yang berusaha membina negara.

Tak setuju tak apa. 

Selamat mengundi pada 1 Ogos 2026. Sayangi Malaysia.















Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom